Monday, October 10, 2011

Falling In Love not-so-offical-video-clip dan sebagainya.

Salam...salam...salam...

Hari ni sebenarnya gembira tapi tak gembira. Cane tuh?
Gembira sebab biasiswa udah masyuk.
Tak gembira sebab hutang keliling pinggang melingkari segenap tubuh.

Tadi baru lepas bayar yuran. fuh legaaaa..




Kemudian, aku dah takde mood nak tulis..


......................


(seketika kemudian) 

Eh, eh tau tak Dato Siti Nurhaliza ada buat album Inggeris? *senyapsunyi*
Pastu single pertama beliau, Falling In Love / I'm Falling In Love tu,
Ada official video klip..tapi kat youtube dah diremove..
Alasan apataktau..

Kononnya music video itu penuh keheyynaaan?

Nasib aku antara penonton dan pendownload awal muzik video itu,*tepokmontot*
maka, kalau korang nak gak, meh sini aku nak share sebab aku rajin...

DOWNLOAD DI SINI

Tu diah...
Dan komentar-komentar aku adalah :


  • Konsep flashmob; modern ke? Zaman P Ramlee lagi dah ada (rujuk citer Musang Berjanggut)
  • Jalan cerita takde kaitan sangat dengan lirik dan lagu. Kot?
  • Guna one-take camera only...Cubaan berani mati nih. Ala-ala konsep vlog
  • Setting kat Bukit Bintang dengan hadek-hadek berpeleseran dan berflashmob lah. Hurmm.
  • Siti pakai purple, blaus, pastu jadi centre (ofkosla kan). hurm. Makcik-makcik sangat
  • Ada part yang ramai-ramai menari da macam senamrobik 1Malaysia pimpinan kak Ros?
  • Dan sebagainya yang macam lah aku ni hebat sangat nak kritik video klip siti nurhalijah plak tu kan dan apa-apa hal pun ini pendapat peribadi aku sebab tu aku letak kat blog, kalau aku giler glamer aku print entri ni pastu aku tampal kat bus stop berhampiran ! *tiber emo*


Setakat ni, Siti ada banyak perubahan terutama dalam pertuturan bahasa Inggeris.
Sebagai bukti :



Not bad lah kan...Yang penting dia kaya dan isteri kepada Datuk K yang macho itu. Kita ada?
Sesungguhnya hanya ada satu Datuk K di Malaysia ni dan suami Umi Aida pulak adalah Abang K. Juga macho dan penuh stamina. Eh?

Apa-apa je la kan. Sekian entri rojak.

love,
jefri

p/s : I do really need to control my urge(s) of buying gadgets and spending on meals.
(ada kaitan tak ngan isi entri? suka hatilah kan....)

6 comments:

IQBAL ZARIN said...

motif sgt berhutang tbung kegiatan pelajar smpi 1000++. buat apekah?

Jefri said...

itulah. keliling pinggang berhutang. nak spedo anakikan punya pasal..ops. itulah, buat program lah..dapat peruntukan dari jppel untuk buat program...merasa OKB sebentar cuma

apik pehe said...

isk3...takmo2

Jefri said...

eh? takmo ape? sabo jelah..

apik pehe said...

hahaha..tamo bazir duit..

Jefri said...

hahaha...bagus2. orang berpraktikal ni bagus berjimat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...