Thursday, October 1, 2009

menjamu yang dijamu oleh penjamu di jamuan...

salam aidilfitri..( lagi..)
salam lebaran..( masih..)

Rabu, 30 0kt 2009 - Satu jamuan hari raya forensik tahun pertama sahaja telah diadakan di cafe KBH yang sangat 'best' itu. Hal ini demikian kerana dewan aktiviti pelajar telah ditempah oleh orang lain selama 3 hari berturut-turut. Gila tamak makhluk berkenaan, bukan?

...... Pelbagai juadah yang sudah terang lagi bersuluh majoritinya dibeli telah disediakan oleh pelajar-pelajar. Terdapat juga mereka yang melenggang ala kangkung. Tetapi tidak menjadi hal kerana juadah sangat banyak sehingga tidak berjaya dihabiskan dan terpaksa ditunda pada hari Jumaat petang bersama kelas Fisioanatomi pula..
.......isk....isk...iskk....

Majlis dikenyangkan lagi dengan keropok yang digoreng di rumah saudara Solehah. Tambahan pula terdapat bihun goreng yang ditaja oleh Nadia berharga RM40/tray. Sangat mencekik darah dan leher akan harga tersebut. Majlis diteruskan dengan sesi tapau-menapau. Botol-botol air berkarbonat berjaya dikosongkan. Kebanyakan pelajar hampir pengsan kekenyangan kerana telah bertindak seperti orang yang sudah lama tidak menjumpai makanan.
ish..ish..ishh...

Kemuncak majlis ialah sesi fotografi yang memerlukan setiap peserta bergambar dan memberikan ucapan raya dan dirakam.


~bukan baju raya k~


one Malaysia..hmm..


ciss sape amek pic ni xpnoh..??



bukan aku yg abishkan..die2...


gile snap...( isk3)








Demikian lah alkisahnya...

hmm.. k laa.. c yaa..

p/s : puase 6 ni bile mau cukup..?? baru dpt 2hari..hmm..



love
jefri..

2 comments:

Anonymous said...

makan makan makan, nak jugak !!

Jefri said...

nak nak nak, mai laa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...