Thursday, April 7, 2011

kek keju kukus resepi. sekian.

salam...salam..salam...

mencuri sedikit masa, sementara berada di rumah, hoho, sila jangan jealous.
study week di rumah adalah gerraannnddd!

ok. back to our main reason on why i wanna update this blog,
let me share the new, simply, easy, breezy and beautiful, cover girl...

Kek Keju Kukus Mudah Tahap Pra Sekolah....*tepukan gemuruh kedengaran.


Bagi sesiapa yang senasib iaitu yang mempunyai sisa saki-baki whipped cream, cheese cream, moleklah jika tidak dibuang dan dicuba resepi ini...
Tepuk montot sket sebab ini adalah cubaan menggedik penulis. Mungkin ini cara yang simple, tak banyak kerenah, tidak begitu cerewet dan suka hati la nak buat lagu manaaaaaa...tahap pra sekolah bermaksud, budak pra sekolah pun boleh makan kek ni...errr...

Ok.Kalau dalam kimia, kita panggil ini materials :
  1. Setengah cawan gula
  2. Setengah cawan marjerin atau buttercup atau mana-mana mentega idaman hati
  3. Setengah cawan whipped cream (tak kisah la nak cairkan dulu ke nak bekukan dulu ke)
  4. Dua cawan tepung blue key..*dah promote blue key sila amek saya jadi duta. mekaseh.
  5. Satu peket krim keju yang berat 285g itu. Actually tak kisah la berat banyak mana pun. Ikut keselesaan. Tapi sekali beli, yang dah siap peket kan, gunakan aje.
  6. Telur 3 biji
  7. Sedikit aisen vanilla atau yang takde tu tapi rajin, amek la daun pandan, blender, pastu amek pati. Motif menggunankan aisen vanilla mahupun ekstrak pandan adalah hanya sekadar memberi aroma dan bau yang menyetimkan....In other word, takde pun takpe.

Seterusnya apparatus :

  1. Periuk kukus
  2. Sudu bagi meratakan
  3. Loyang yang dipastikan muat dalam periuk kukus kalian
  4. Blender ataupun mixer
  5. Sinki bagi tempat membersih lagi menyucikan
  6. Semangat dan iltizam

Prosedurnya :

Kalau malas, blender (serius, guna blender jek kalau kat umah takde mixer, macam saya..eh, jangan risau, kek anda takkan rasa pedas punya.....!) semua ramuan tadi. Kalau jenis yang malu-malu, mula-mula, satukan mentega atau marjerin dengan gula. Blend kasi hancur. Masukkan telur satu demi satu dan teruskan aktiviti blend itu. Kemudian masukkan cheese cream dan whiped cream dan aisen vanilla atau ekstrak pandan itu. Kemudian masukkan tepung blue key itu. Tadaa...

Masukkan adunan ke dalam loyang. ni nak bagi petua, sebelum masukkan adunan ke dalam loyang, calitkan dulu marjerin ke permukaan loyang. Ala, gris ke apa tah istilah dia, aku cakap, kasi lumurq..(lumur). Dengan cara ini,. apabila kek sudah masak, kek boleh dicabutkan dari loyang dengan penuh perasaan bangga dan riaknya depan mertua dan jiran sebelah..*dosa tanggung sendiri k.


Masak air menggunakan periuk kukus. Dah sampai boiling pont, menggelegak la kiranya,  Kukus lah. Dalam 30minit hingga 45 minit siaplah tu...lagi lama lagi kering la tekstur kek itu. Ikut selera. Sila tepuk dada sekarang!

kemudian, suka hati la nak buat apa-apa pun dengan kek itu.Nak hias buh aising ke nak tengok semalaman ke, nak bagi jiran buat juadah berbuka ke, suka hati la yek....


Sebagai lampiran dan bukti :










walaupun tampak simple, rasanya menggamit rasa..*ayat tipikal, ok kita tukar. Walaupun tampak hina, rasanya sungguh sensasi sehingga mengakibatkan multiple orgasmssssss....

ok. sekian dulu...nak sambung 'study'...errrr...



p/s : gud luck untuk exam next week ye semua khususnya pelajar Ukm. Jangan lupa singgah di blog feeling kaunselor empunya saya jua...*gigih promote

Wednesday, March 30, 2011

isteri kedua.

eh. maksud saya blog kedua..

taknak cakap banyak. tengah perasan busy..

jemputla ke blog kedua saya...http://bersamajefri.blogspot.com/

jadi la follower sekali kalu berminat. thanx ya.


love,
jefri

p/s : haha idea gila (gila ke?) nak buat diri bertambah perasan sibuk...adoi..tapi hidup mesti senyum..:)

Wednesday, March 23, 2011

es, pi, em.

salam...salam...salam...

sebelum apa-apa hal, izinkan saya mengopipes ayat-ayat dari fb saya..

Khas buat bebudak yang nak/dah amek result SPM, pada yang bjaya tuh tahniah and sila jangan riak, Allah kalau nak tarik bila-bila pun boleh, pada yang kurang berjaya/tak mendapat seperti yang diidamkan, abang jefri (ehem!) nak cakap, "HILANG CINCIN, BUKAN HILANG JARI !)"


tu diaa...orang lain nak buat pasal spm, hang pun nak cita pasai spm...

ehem,,diumumkan sekolah yang kucintai..SMKC atau SMKFC (sek men keb felda chemomoi) tahun ni result spm gempak-gempak...straight As lagi uolsss...

tapi kadar kejelesan aku kali ni makin kurang maybe i have realized that hala tuju yang seterusnya is the same path as most of us..nothing can differentiate us but the current achievements..*err pandai-pandai la paham ek.


bebudak zaman sekarang ni makin untung..nak soalan past year, siap skema jawapan lagi, soalan bocor ke soalan target ke soalan apa-apa je lah..donlod jek..macam-macam sangat kemudahan..dont let me start with fb thing...

jadi, untuk itu..take your time...enjoy the result....lots will come to your life..hahaha..
jadi, sekali lagi..


Khas buat bebudak yang nak/dah amek result SPM, pada yang bjaya tuh tahniah and sila jangan riak, Allah kalau nak tarik bila-bila pun boleh, pada yang kurang berjaya/tak mendapat seperti yang diidamkan, abang jefri (ehem!) nak cakap, "HILANG CINCIN, BUKAN HILANG JARI !)"
tu diaa...orang lain nak buat pasal spm, hang pun nak cita pasai spm...

ok lah...sekarang ni aku sedang menaruh harapan pada adik ppuan nan seorangku ini..

haish.. cane nak jadi best student SPM nih...study sambil main anak patung!
*piangggg..bunyi lemparan periuk oleh mak, adik ko ni UPSR pun belum lagi..haish........xsabarnye lagi 9tahun nak wat status fb pasal result adik aku nih..eh, fb dah rupe cane tah camtuh...~

psst : dia perasan rantai tuh santekkkk...iskkk


ok lah tuan-tuan dan puan-puan..
eh jap...

ini pic saya masa hari last paper SPM, Bio kalau tak silap..hehe...rinduu..eh salah..winduuuwww..



sekian dulu.. c yaa

love,
jefri


p/s : selalu orang cakap berkorban la time sebelum SPM, pasni leh je enjoy puas-puas..tapi masuk matrik...cakap camtu gak..pastu masuk U..camtu gak..pasni da keje...lagi laaaa....sebenarnya...time study tu la kita enjoy...dalam proses pembelajaran tu lah..*nada kaunselor.

Thursday, March 17, 2011

Busanaaaaaaaa.......~

salam....salam...salam...

poppp..poppp...popppppppp....

eh, bunyi apakah itu? err i mean bunyi apakah itteww???
haa..itulah bunyi tepuk montot sendiri! *iyeww jijix!

Pefeeling (perasan) jadi nurse terjun and pefeeling join contest ala pesona nona..


Alkisahnya......

Petang itu damai..sesekali angin bayu meniup ke selatan...Daun-daun kering berguguran...
Burung-burung mula usai ke sarang sendiri....Matahari ingin terbenam...Asyiknya langit diulit awan berarak menyelubungi sang suria....

Anis (matila ganti diri sebagai anis!) sedang khusyuk menyiapkan kerja universitinya..Laporan amali kimia itu sewajarnya dilakukan beberapa hari yang lepas..Lantaran sibuk dan terikat dengan komitmen yang lain, Anis terpaksa mendahulukan perkara-perkara yang lain berbanding laporan amali kimia yang sepatutnya dihantar 3 hari yang lepas..cadang Anis, dia ingin menghantarnya esok hari. Maka, segala pengiraan, lukisan graf dan perbincangan ilmiah dalam laporan itu dilakukan dengan gopoh-gapah dan tergesa-gesa... Namun Anis tetap berpegang kuat dengan prinsipnya, "Air dicincang takkan putus"

Tiba-tiba Anis merasakan bahawa prinsipnya tidak sesuai dengan situasi tersebut. Anis tidak ambil peduli. Anis terus menconteng dan membakar kertas bersaiz A4 itu dengan penuh semangat iltizam dan kesungguhan yang tampak benar kepura-puraannya...


Anis melihat telefon bimbitnya..memandang skrin laptopnya..Jejaka (baca : gadis) yang diidamkannya selama ini, yang dilihatnya dari jauh, yang dirasakan seperti jinak merpati, jinak didekat, terbang dipegang itu masih mengunci kata awal pembuka kata.Anis juga pemalu. Mungkin ada kawan-kawan Anis yang akan tergelak dengan pernyataan itu..Tapi dalam hal ini, Anis betul-betul berubah menjadi orang lain. Hal ini dipanggil mutasi cinta...oh...

Tidak lama kemudian, Anis mendapat panggilan dari rakan satu kosnya, Mamat (baca : Mimi)...Mamat sangat mengharapkan Anis menyertai satu peraduan yang dinamakan Pesona Nona (baca : Busana Asean MITRAD anjuran UPSM, UKM)....

Atas dasar keprihatinan dan tolong-menolong, Anis lantas bersetuju dan mencari busana yang ingin diperagakan...Anis baru teringat bahawa Majid (baca : Solehah) telah meminjam kebayanya (baca : baju melayu) beberapa hari yang lepas kerana Majid selalu mengalami krisis identiti.

Cepat-cepat Anis meminta Majid memulangkan kebayanya dan tolong menyeterikakan kebayanya itu dengan kemas...Setelah dicalit beberapa tompok bedak dan celak, Anis membonceng (baca : merempit) bersama Majid ke Pavilion (baca : Pusanika UKM ) untuk ke tempat pertandingan itu....

Maka berlangsunglah sesi peragaan dan sesi soal jawab dan Anis hanya berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 11 tempat yang dicalonkan...

Setelah itu, Anis pun pulang..syukur tiada anjing mahupun hanjeng mengejar Anis demi meragut kesucian dan kedaraan Anis.....

Begitulah alkisahnyaaaaaa...............


Sebagai lampiran....





Anis begitu ayu dan jelita dalam pakaian kebaya berwarna merah jambunya itu..
dua gambar terakhir menunjukkan Anis sedang merenung masa depannya setelah gagal menjadi Pesona Nona yang sering diimpikan oleh ibu kandungnya (baca : mak ayam beliau)


Ok...till then..sekian dulu, c yaa


love,
jefri


p/s : terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...