Saturday, September 28, 2013

Resepi pizza mudah resepi pizza resepi roti pizza mudah (tamak key word)

Quick update-copy paste from my fb-Aku perasan sibuk ni!

Resepi doh roti pizza

1. setengah kilo tepung gandum
2. sepeket mauripan
3. sesudu garam
4. sesudu gula
5. sesudu minyak masak
6. air secukupnya untuk menguli semua bahan di atas.

ketul-ketulkan bape banyak mana pizza nak buat. kalau ketul kecil dapat la pizza comel-comel. tapi kena biarkan doh rehat, nanti doh akan naik dua kali ganda. rehatkan dalam masa sejam.

topping tu ko guna je sos prego. kalau takmau dan ko rajin, buat tomato puree pastu goreng2. ada yg suka buat topping kari ke apa ke. pastu campak la lada benggala, sosej, cendawan butang dan WAJIB keju mozarella sahaja, pastu tabur oregano dalam sesudu dua atas topping prego tu tau. mozarella dengan oregano yang bagi bau pizza macam biasa makan.

bakar api atas bawah, 150C, aku bakar 15 minit, roti masak. kalau nak garing sikit, lebihkan lah dalam 20minit ke atas. jangan hangit sudah!

Selamat mencuba!









Kudos kepada team katering sekolah pelangai tempat aku jadi guru ganti dan bukan itu yang aku nak ceritakan hari ini. Kbye! *lari pecut-perasan sibuk*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...