Saturday, January 7, 2012

Sebuah update khas buatmu di sana......

Salam...salam...salam


Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia buat semua pengunjung tegar dan pelangut-pelangut setia blog femes aku ni yang sentiasa menanti update terbaru walaupun dah dekat berzaman tak update blog! *POMMMMM bunyi petir sambar-menyambar*

Baiklah, untuk pengetahuan kalian, aku diserang perasan sibuk yang sangat kritikal dan perasan malas yang sungguh kritikal dan hal ini sangat kritikalis bak kata aku. Banyak hal terjadi dan banyak benda terjadi dan hal ini sangat terjadilis bak kata aku. Maka, daripada aku buat karangan SPM cerita pasal rentetan hidup aku sepanjang ketidak-update-an blog ini, bukankah lebih baik jika kita bersemuka face to face lantas aku cerita jek kat korang kan????
*sila ambil nombor di kaunter*
                                   
Kaunter semakin sesak dengan lapisan masyarakat pelbagi kaum dan lapisan umur.


-----Perasan blog femes padahal *teet*-----------


Baiklah. Mungkin ada peminat-peminat aku *matila satgi* yang berada di UK yang tengah amek medik ke *ops*, yang berada di UPSI *ops gak*, yang berada di Ireland *ops lagik*, dan juga di seluruh dunia seperti Angola, Burundi, Mozambique, Djibouti, dan Togo dengan ucapan, "Ok tak buat medic kat situ? Hati-hati kalau nak upload pic kat fb, nak senang, upload kat myspace jek, takde sapa tau!"


                                          
Ai ok jek. Medic is fun! Tiber kan...Huk3. Comel gelak ai tau...



Maka, baiklah kiranya aku tolong summarize-kan kisah hidup aku. Senang korang takyah beratur kat kaunter itu *kaunter kelihatan sesak* dan jimat tiket flight untuk mendengar kisah hidup aku ini. Fuh.

Ok. Mulain ya dong!

  1. Welcome to 2012 to all of you especially to Puak Maya
  2. Malam tahun baru aku tak selebret sangat sebab aku ada banyak benda lain lagi nak buat macam tengok tv, makan sambil tengok tv, tak study tapi online, dan tak study tapi nak exam.
  3. Oh, final exam sem 1 tahun 3 aku sudah bermula pada 3 Januari 2012 dan dijangka tamat pada 19 Januari 2012. Antara subjek yang diambil adalah......................*ada korang kesah kan?*
  4. Isu yang paling hangat sekarang kat UKM adalah isu air. Aku tak terlepas dari terkena tempias ini. Untuk pengetahuan, terdapat dua saliran air UKM yang merangkumi dua lingkaran; lingkaran 1 dan 2. Ala, macam lingkaran api pasifik tuh, eh yeke?
  5. Kolej aku, Kolej Burhanuddin Helmi yang kucintai kujulang setinggi Syura di AJL Nazam Berkasih termasuk dalam lingkungan yang mengalami krisis identiti dan krisis air.
  6. Sudah 5 hari perkara ini berlangsung dengan meriahnya. Bermula hari ketiga, secara rasminya air sudah ghaib dari pandangan penghuni kolej Burhanuddin Helmi dan monyet-monyet sekitar. Tak lupa anjing dan babi yang  berkeliaran.
  7. Maka, bermulah episod cinta dan episod siri pencarian jejak imam muda dan pencarian ustazah pilihan dan pencarian air yang merempatkan para pelajar. Ada yang mencakar-cakar tanah tanda protes pada belenggu permasalahan ini. 
  8. Aku punya pengalaman simple jek, takda air memang dahsyat. Nasib baik ada motor. Aku angkut baju-baju bawa pergi dobi, mandi kat masjid, kat kolej lain, kat Petronas Seksyen *tuut* dan serata fakulti lah siri penjelajahan dan road tour nih.
  9. Aku mengisytiharkan bahawa masalah air kali ini adalah yang terburuk yang pernah dialami sepanjang tiga tahun di sini. *potong reben*
  10. Dan begitulah sebenarnya. Ada banyak lagi benda berlaku tapi malasssssssssssssss. Tahu tak malas? Malas tu tak rajin lah......


Ok.

love,
jefri



p/s: Doakan aku berjaya menjawab dengan tenang, mendapat ilham yang kreatif untuk menjawab, mengulangkaji pelajaran dengan baik, dan mendapat keputusan yang best. Akhir kata, doakan aku terus tabah menghadapi masalah isu air dan jamban yang keras dengan bau hancing-mancing sepanjang musim peperiksaan dan air cepatlah hadir. Kuseruuuuuuuuuuuuuuuu.....Dah la sekarang dekat seminggu gak tak hujan....

Amin.

3 comments:

Apik Pehe said...

huhu..jangan malas tau

Apik Pehe said...

huhu..jangan malas tau

Jefri said...

hoho..malasssssssssssss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...