Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Edisi Ucapan 2011

Salam...salam...salam...

Pening.Pening tengok kat wall fb penuh dengan ucapan raya (perasan)
Semua dok pakat nak wish raya. Meriah ke? I'd say no.
But maybe yes.

Oleh itu, aku juga di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin. Segala kesilapan dan keterlanjuran menulis dalam blog ini,
harap dimaafi...

Minta maaf jugak la malas dah nak kongsi resepi kuih raya sebab dah lambat sangat kan.
Esok dah nak raya, kompem-kompem skang semua sibuk melemang, merendang, mengetupat dan sebagainya. Tahun depan panjang umur murah rezeki boleh lagi kongsi kan.....

Kemudian, tahun ini, akan raya di rumah tok kat Kg Bukit Gajah, Pelangai, Bentong, Pahang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan kereta dari rumahku di Felda Chemomoi, 28310 Triang, Pahang.

Hakikatnya, kampung aku tuh liputan rangkaian Celcom sangat miskin (poor).
Seperti kebiasaan, wishes yang dilontarkan pada malam raya semestinya berkisarkan ucapan selamat hari raya dan minta ampun dan maaf maka baiklah aku balas awal-awal,

"Selamat hari raya gak. Aku ampunkan korang dan maafkan aku gak. Sekian terima kasih"

Tapi kan, tahun ni tak dapat plak mesej dari Celcom nak ingatkan pasal talian sibuk pada malam raya dari pukul sekian-sekian ntah camne tah tak ingat dah. Agaknya fenomena laman sosial (direct je lah cakap FB) dah mengatasi kiriman ucapan raya melalui sms, kan?

Akhir kata, ini adalah ucapan-ucapan raya :

Dari fb aku :

Happy Eid Mubarak to all yang merayakannya yakni yang berpuasa/perasan berpuasa.Aku memohon maaf sekiranya selama kita berhubungan secara langsung atau tidak langsung dalam alam maya ini, ada salahsilapnya.Maafkanlah segala kesilapan ini.Kalau takpuashati ngan aku, sound direct jek, aku kalis.Takpe. Then we forgive-forgive la. Lastly pandu hati-hati di jalan raya,kalau korang orang penting,lambat pun orang tunggu,kalau korang orang tak penting, sampai awal pun orang tak layan.

Hadis Nabi :

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. 



Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Maksudnya : Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.
Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Dan sebagainya...



Ini pula ucapan raya tahun 1990, ouh nostalgia :



Akhir kata selamat berhari raya dan selamat menjamu selera di rumah sendiri. Hati-hati dengan kalori dan jauhi keracunan makanan, pastikan makanan itu halal dan toyyiba.

love,
jefri


p/s : wordless p/s :




Saturday, August 27, 2011

selamat merdeka raya edisi pra ucapan

Salam...salam...salam....


Selamat hari kemerdekaan



Selamat hari raya



love,
jefri

p/s : Yang indie version macam ni lagi best dari yang commercial kan...
Jadi, selamat hari raya dan selamat menyambut bulan kemerdekaan.



#ResepiKuihRaya : Biskut Arab

Salam....salam...salam...

Bersua kembali. Kini kita akan belajar cara-cara untuk membuat biskut Arab.
Kenapa Arab? I think it's just a matter of name. Main petik jek. Paham?

Baiklah. Dah buat resepi biskut makmur tadi? Tahniah.
Mari kita buat biskut Arab.
Terlebih dahulu, ingin saya tegaskan di sini, kalau aku buat kuih-kuih ni,
sangatlah tak suka nak guna sukatan 250g, 50g ke 150oz lah tahpape kan.
Rumah kita bukan ada penimbang.....

Bagus.

Sekarang, kita belajar nisbah sahaja yek,
Tepung gandum : Gula halus : Minyak Sapi = 2 : 1 : 1

Maksudnya, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula halus, 1 cawan minyak sapi.

*minyak sapi tu tak payah nak cairkan*

Caraku, minyak sapi kan dijual dalam bentuk tin, aku beli yang paling kecil tu dalam 200g kot, habiskan semua, masukkan dalam mangkuk, pastu gunakan tin itu untuk sukat gula dan tepung gandum dengan nisbah Tepung gandum : Gula halus : Minyak Sapi = 2 : 1 : 1

Ok paham kan? Semua lulus Matematik UPSR kan? Bagusssssss

Setelah diadun menjadi doh, kalau lembik sangat, tambah tepung, kalau keras sangat, tambah marjerin atau butter atau lebihan minyak sapi. Making biscuits is all about creativity! Not that measurements! *tiber emo*

Ok. kemudian uli jadi bentuk bulatan kecil-kecilan dan bakar dalam oven untuk 15 minit bersuhukan 180C.
Kalau nak cantik atau perasan cantik, bolehlah letakkan ceri kecil-kecilan atau apa-apa sahaja yang dirasakan cantik atau perasan cantik.

Dah siap tu, masukkan la dalam cup kecil-kecilan ala yang biasa letak kuih sarangsemut tu bagi nampak cantik atau perasan cantik.

Suka hati lah kan...



kalau nak perasan cantik lagi, taburlah gula halus..


Kedua-dua boskut itu adalah daripada adunan yang sama. Biskut negroid itu terjadi lantaran overheat. Maaf aku terasyik online time ni. Moral : Jaga suhu dan masa anda. Negroid? Kenapa negroid? Racist much? Oh tidak..I think it's just a matter of name. Main petik jek. Paham?

Sekian dulu, selamat mencuba *gaya rancangan masakan kat tv*

love,
jefri


p/s : kenapa takde biskut Melayu? well, I think it's just a matter of name. Takde yang petik lagi nama tu. Paham? Thank youuuuuuu




#ResepiKuihRaya : Biskut Makmur

Salam...salam...salam...


Nak cepat-cepat taip entri ni, nak Subuh pastu nak tidur balik ni (isk2 buruknya perangai)
Baiklah, seperti yang tidak dijanjikan,
mari kita belajar buat kuih raya yang simple tapi grand....

Ye..aku sudah sedia maklum sekarang dah 27 ramadan,
Sempat lagi..sempat lagi untuk buat....
Sebab tu aku nak kongsi resepi ni...


Kuih raya pertama :

Biskut Makmur Aman Damai Bukan Versi Pahang

Bahan-bahan diperlukan
  1. Tepung gandum secawan
  2. Kacang tanah yang sudah dikisar secawan
  3. Marjerin cair dalam secawan
  4. Gula kastor aka gula kisarkasihancuq (Fransissca Peter-sekadar hiasan)


Peralatan yang mesti ada

  1. Mangkuk
  2. Sudu
  3. Cawan untuk menyukat (cawan free gift beli colgate pun boleh!)
  4. Tangan
  5. Oven yang berfungsi


Baiklah, dalam mangkuk, masukkan tepung gandum dan kacang tanah yang dikisar. Gaulkan bagi mesra dan ala-ala sebati. Nampak macam perasan dah sebati, masukkan marjerin cair perlahan-lahan. Gaulkan sehingga berjaya menjadi adunan yang boleh dikepal. Biasanya tak habis marjerin secawan tu. Patikan tak terlalu lembik, kalau lembik, tambahlah tepung! Making biscuits is all about creativity! Not that measurements! *tiber emo*

Kendian, dah siap jadi doh, bulatkan bulat-bulat masukkan atas tray dan bakar dalam oven untuk 150-170C selama 25minit atau sampai rasa masak. Masaknya sesebuah kuih adalah apabila warna kuih bertukar dari doh kepada keperang-perangan dan bottom kuih nampak garing (bukan hangit ye!)

Ambil sebuah mangkuk lain yang berisi gula kisar, tunggu bola-bola tadi sejuk, salutkan gula tersebut dengan cara golek-golekkan mereka. Kalau masa panas jugak gatai tangan nak golek dalam gula, sia-sia je lah sebab gula itu akan cair sebab kuih panas jadi tak nampak la efek gula tersebut maka tiadalah guna menyiram air ke daun keladi atau dalam konteks ini, tiadalah guna menggolekkan bebola kacang panas ke dalam gula kastor..
*buat-buat paham je la yek*


Taraaa...

Kalau ikut resepi ni ...
dapatlah dalam sedulang bakar yang besar atau dua dulang bakar kecil.
Kalau nak tambah adunan, guna je la nisbah 1:1:1
*jangan ponteng kelas Math*


Ini hasil betul-betul ye bukan carian gugel. Biskut ni ada yang panggil biskut makmur Sabah mungkin sebab orang Sabah buat cara gini. Orang Pahang punya cara kena isi inti bagai lah. Tidak kuasa kan sebab kita puasa....

Baiklah. Selamat mencuba *gaya rancangan masakan kat tv*

love,
jefri


p/s : kalau nak buat biskut Mazola, ganti marjerin dengan minyak Mazola, kalau tak mampu, minyak masak pun boleh, pastu tekap dengan acuan bunga-bunga, letak sebelah kacang tanah kat atas sebagai hiasan. God knows how easy that is...
p/s : suka hati aku lah nak tulis resepi ke nak tulis kisah aku ke apa! Ni blog aku! *tiber emo kali kedua*

Monday, August 22, 2011

solat terawih itu sunat. Mencuri itu haram.

Salam...salam...salam...

Punyalah lama kumpul semangat nak update blog, akhirnya terlaksana jua.
Maaf ye readers semua (perasan blog femes)

Pertama-tama sekali-kali, perasan busy makin berkurangan. Syukur.
Kedua-dua kali, nanti nak share resepi kuih raya kalau tak perasan busy.
(ouh paradoksnya ayat!)

Seterusnya, nak bercerita kisah di bulan mulia, Ramadan, maka, aku pun perasan alim pergi menunaikan solat terawih pada malam-malam Ramadan dengan menaiki motorsikal EX5-belian 2005. Berbeza sekali dalam tahun-tahun sebelum ini, tahun ini aku berterawih di kampung halaman sendiri. Secara sejarah, ingin saya singkapkan :

  • 1990-2005 : Tak ingat (aku dah tua-memory kurang-banyak makan fast food-sel otak banyak mati)
  • 2006 : Sangat jarang terawih sebab part time kerja kat kedai runcit Cik Mat yang paling 'best'tah pape, kitorang kerja situ, dia plak yang gi terawih. Masa ni form4. Time cuti sekolah maka LHDN jangan nak saman aku sebab menjadi pekerja underage.
  • 2007 : selalu gak pergi terawih (nak SPM-biasalah kan student..huhuuuuuuuu)
  • 2008 : kat matrik negeri sembilan. Masa ni rebel sebab first time berdikari eceh so Jarangggggggggggggggggg
  • 2009 : First year UKM. Rajin. Pergi dengan roomate. Naik turun daki tangga bukit Burhan nak ke masjid. fuh!
  • 2010 : Sama macam 2009 tapi meriah lagi.
  • 2011 : Sedang berlaku.


Maka itulah sedikit pekung di dada untuk dibuka buat tatapan umum. Ish3.
Tahun ini, motor aku suka sangat dijadikan sasaran kecurian. Kat masjid pun nak curi. Pelik tak.

Masjid + bulan puasa + Syaitan dirantai = Masih nak curi?


Sebagai fakta kes. 
Ni kalau nak trace cap jari ni senang sangat ni..
Dan aku memang malas nak basuh motor kereta apatah lagi.


Nampak lubang tuh? Patut ada penutup dia. 
Itupun mau curi ka? Agak-agak ribu-ribu kot kalau jual...
hurmmm



Sepatutnya rantai tu tak patut kelihatan. Kini rantai itu sudah berbugil.
Ini macam pun mau curi. -_-'



Cakap banyak nanti kurang pahala puasa yang entah seberapa ni kan...
Yang mencuri barang-barang ni pun bukan baca blog ni. Jadi aku berpesan pada yang membaca entri ini, sama-sama la kita menjaga kesucian bulan puasa ini di samping menambah amalan mulia di sepuluh malam terakhir. Kurangkanlah perbuatan mungkar sebab mangsa yang teraniaya akan menyumpah-seranah dalam bahasa yang takkan pernah kita dengari dan ingat ye doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Doa yang teraniaya juga mustajab. Kalau orang yang berpuasa dan teraniaya macam kes ni, mustajab kuasa dua! Jangan main-main.


K lah. sekian dulu. :-D

love,
jefri

p/s : Aku akhiri entri ini dengan pantun dari fbku :

Tepung pelita harganya murah, 
Bekalan kuih untuk Aunt Senah, 
Pasang pelita keliling rumah, 
Solat terawih dia tak pernah...

Siapakah dia? Tak tahuuuuu


Thursday, August 18, 2011

salam ucapan dari pengucap eceh.

Salam...salam....salam...

Pertama sekali, wajib kita syukuri dan hargai peluang yang diberikan untuk terus bernafas dan bergerak (sebab ada yang suka duduk atas katil jek tak gerak-gerak) dan menjalani kehidupan seperti yang kita mahukan tapi Tuhan yang tentukan.

Tanpa membuang masa dan tenaga, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri semoga semuanya baik-baik sahaja. Umur yang meningkat bermaksud tanggungjawab dan amanah yang tersedia perlu disandang dan digalas dengan baik tak kiralah sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang warganegara, bumiputra Melayu, penganut agama Islam dan sebagainya.

Oleh itu, kad hari lahir yang aku tulis sendiri *nangis* ini khas untuk tatapan semua.



talent : diri sendiri berusia setahun
lokasi : kedai gambar depan hospital Mentakab
photog : apek Cina yang kerja kat kedai gambar depan hospital Mentakab
masa : back in 90s when I was one year old. 1991 rasanya.
peristiwa : baru lepas operate bisul kat ketiak
 *see, profesional tak? baru lepas sakit tu orang suh bergambar terus bagi komitmen yang jitu*

Macam biasa, aku nak ucap balas balik secara umum kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengucapkan tahniah kepadaku yang beruntung masih hidup pada tanggal 14 Ogos 2011 disertai dengan ucapan-ucapan kesejahteraan. Terima kasih banyak-banyak.
(klik sini untuk ucapan tahun lepas)

Baiklah. Perasan sibuk tambah perasan penat ni. Kuih raya banyak dah buat. Korang mampu?
*Astagfirullah*

Eh jap, sebelum nak habiskan entri ni, mau kongsi cerita, masa 13 Ogos 2011 malamnya birthday aku tu, mak aku citer balik masa aku nak lahir *aww tacing tuh* Ceritalah pasal mak masuk hospital seminggu tapi aku takmau keluar-keluar. Masa tu nenek, sedara mara aku datang melawat jenuh tapi aku tak keluar-keluar lagi, Tanggal 14 Ogos 1990 JENG JENG JENG, abah cakap abah nak balik, nak amek baju ke apetah, then tengah harinya sewaktu tengah hari tengah azan Zohor aku pun lahir. Mak cakap aku takut kena tinggal. Haha. Time tu jugak doktor kat situ nak gi lunch hour..Ada plak, utamakanlah aku yang nak lahir ni...Etika..Etika..Etika bukan setakat insurans etika...Maka lahirlah aku...

Terima kasih kepada mak yang selamat mengandungkan dan melahirkan aku dengan jayanya. Abah yang dengan penuh tanggungjawabnya. Tok, Mak Long, Arwah Aki, Jeni, Jeti, Atan dan semua yang terlibat.
(trivia : Arwah Aki yang letak nama Muhammad Jefri bin Mohd Yusof)

Sambung cerita, kat rumah berpantang, selalu la nurse datang tengok perkembangan kan. Aku ni jenis tidur jek. Tak banyak aktif nak nangis-nangis macam jiran sebelah (jiran sebelah pun ada baby) Nurse tu cakap aku ni besar nanti tak aktif, masalah tulang la, otak lembap lah, susah nak belajar la, OKU ke apa tah ok itu semua dah overrated. Ada plak nurse cakap camtu depan aku dan depan mak aku....Etika..Etika..Etika bukan setakat insurans etika...Maka membesarlah aku.
Part yang tak aktif tu ada betul kot. Tapi takdelah kaitan dengan aku suka tidur waktu baby. Tak aktif sukan je tapi takdelah tak tahu sukan tu apa......Isk aktif la jugak takdelah tak aktif sangat..

Ah, yang penting I am on my way to finish my degree in 2013 and all of this while, I have been through many things and gained many many things. *apetah ayat*

Terima kasih sekali lagi semua yang mengenali diri ini. Tanpa kalian hidup ini tidak berseri.
*eceh*

love,
jefri

p/s : terima kasih 1st wisher, Ijah sepupuku, 2nd wisher, Aiman sahabat sekampung sedunia seakhirat, Elaine rakan sekos. God bless us!
p/s 2 : Aiman buat kek batik untuk bday aku. Terima kasih ;)


Friday, August 12, 2011

taboo bukan tebu.

Salam...salam....salam...

Kali ini mari kita membincangkan soal TABOO...

Taboo dari wikipedia bermaksud : strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and forbidden based on moral judgment and religious beliefs. Breaking the taboo is usually considered objectionable or abhorrent by society.

Pada yang ponteng  atau tidur dalam kelas BI, taboo merupakan satu perkara yang menjadi larangan oleh adat resam mahupun agama dalam sesebuah masyarakat. Mengubah taboo atau dengan ayat popularnya, memecah tradisi (dalam konteks ini-bukan konteks sukan) akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima masyarakat yang mengamalkan taboo itu.

Apakah yang ingin aku sampaikan dari taboo ini?

Ada taboo baik, ada taboo jahat dan ada dua-dua. (macam jin plak ye)
*It's actually good and bad taboo. (aku pun suka ponteng kelas BI)

Contoh : Isu seks.
Hal ini sangat taboooooo kalau buat carta, isu seks adalah taboo yang bakal dapat banyak undian.

Taboo baik yang juga bermaksud good taboo yang juga bermaksud larangan yang baik adalah jangan nak suka-suka hati declare pasal seksualiti songsang atau gaya hidup maksiat anda pada umum. Dalam Islam pun, antara orang yang buat zina secara sembunyi dan yang suka menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga, yang buat zina secara sembunyi adalah lagi elok walaubagaimanapun zina tetap salah dan berdosa dan aku bukan menggalakkan zina, do not sue me!

nota : menunjuk-nunjuk/berbangga dengan zina bermaksud membuat seks di jalanan persis keldai (hambek ko!), cemolot depan pavilion atau bendang sawah, membuat statement saya adalah lesbian saya kesian, teruna saya dipecahkan lesung batu yang dibeli di Padang Besar, Perlis, zon bebas cukai dan sebagainya. Dan aku bukan nak cari trafik atau gila trafik dengan keyword lucah, do not sue me!

Taboo jahat yang juga bermaksud bad taboo yang juga bermaksud larangan yang salah adalah pendidikan seks. Masih dalam konteks isu seks, pendidikan seks adalah 'diharamkan' demi menjaga kesucian nama martabat pangkat dan darjat apa-lagi-haa??? Akhirnya, anak-anak akan terjerumus juga dalam pendidikan seks yang salah seperti klip 3gp yang tidak HD-buang karan, temu duga secara langsung dengan rakan sekelas dan latihan industri di celah pepohon pisang sehinggalah ke hotel 5 binatang.

Ah. Aku takde mood dah nak tulis. Lain kali sambung kalau rajin (macam tak rajin jek!)
Semoga kalian pembaca faham akan maksud taboo dan faham akan peranan taboo dan mengamalkan yang baik, membuangkan yang buruk.

love,
jefri

p/s : taboo dan tebu memang berbeza.


ini adalah air tebu yang sangat seronok diminum waktu-waktu panas....

Wednesday, August 10, 2011

selamatkan hari yang sepatutnya.

Salam....salam...salam...

Balik dari terawih, terus buang serban, bersihkan celak di mata, tanggal jubah, pakai kain pelekat dengan seluar panjang di dalamnya (oh, akulah lelaki paling beriman di akhir zaman kononnya!), terus aku hadap laptop sebab....sebab apa kau tanya??? sebab aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran atau happy birthday kepada insan istimewa (baca : bukan kanak-kanak istimewa, belia apetah lagi!) kepada :



(betul tak nama ni? hehe dah lama tak tengok buku kedatangan sekolah-ala yang ada senarai nama pastu kat kolum sebelah ada kotak untuk tanda tangan dan biasanya masa form 5 cikgu zarimi suruh aku tandakan memandangkan aku adalah ketua kelas yang tidak seberapa wibawa)


sekadar gambar hiasan

Baiklah. Birthday Aiman atau ulangtahun kelahiran ikut kalender masihi adalah 11 Ogos pada setiap tahun. Tahun Islam aku tak tahu sebab aku punya sendiri pun tak tahu yang aku tahu Shikin Zaki jek sebab Shikin Zaki cakap dia lahir pada nisfu Syaaban aka 15 Syaaban kan? Dia la kata....Dan perlu la aku nak mention itu eh ittew?

Biasa orang wish pukul 12 tengah malam kan? Ah, itu style Barat! Aku jiwa Melayu nan Islam wish lepas Maghrib (tapi bukan sekarang Isya' ke?) Saje je Aiman nak wish lepas Isya' sebab masa Maghrib tadi orang semua sibuk berbuka puasa...Tak nak ganggu...*alasan*
*Kalau yang suka wish lepas pukul 12am tu nape tak berbuka puasa pukul 12am jek?*

Baiklah.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran kau ye Aiman, (orang lain pun bulih baca-no hal!)
Semoga sifat-sifat mahmudah/baik yang ada dalam dirimu itu terus mekar dan bersemi dan berkekalan.
Sifat-sifat mazmumah akan terhakis dan terkakis lalu terkikis.
Untuk pengetahuan umum, aku sangat senang banget bersahabat dengan  Aiman lantaran :

Be nice to me whenever it would be
Be there for me wherever it would be
Be listened to me for any preach/thought I give

Those are beyond enough for me. Kalau setiap sms yang aku hantar, mesti dia balas. Korang ada? Takde kan. Aku yakin sangat Aiman tak pernah kutuk belakang aku. Purely kompiden! Kalau bercanggah pendapat, dia tak pernah attack. Nor personal attack. Senantiasa menyokong aku. Lawak-lawak aku dia gelak. Percayalah ini semua lahir dari hati dan sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kelahiranmu wahai Aiman *hujan rintik-rintik menambahkan suasana sepi dan damai*

Sangat susah nak cari sahabat macam Aiman. You are the truly one macam truly Asia....
Memang la aku ada kawan kat matrik KMNS sampai la kat UKM nak masuk tahun 3 September ni, tapi persahabatan kami tetap ampuh dan utuh (sebut betul-betul)

Ada banyak lagi nak cerita pasal persahabatan kitorang -nak jeleskan korang yang membaca sebab korang ada ke sahabat best macam Aiman???
*aiyoo riak*

Takpelah. Semuanya tersemat dalam hati dan minda walau angin yang menyapu tulisan pasir di pantai tak bisa memadamnya *Cikgu Rohila alert*

Sepanjang perkenalan serius (?) dari form 2 (2004) sampai la sekarang, macam-macam dah kami explore, jumpa, dan temui *sinonim* dan aku malas nak citer kat sini sebab...sebab apa kau tanya??? sebab aku perasan sibuk......

Akhir kata, di bulan puasa ini, aku hanya mampu hadiahkan sekuntum senyuman (bluek!) dan alfatihah buat doa semoga kau, Aiman, sentiasa sihat sejahtera dan berjaya di dunia dan akhirat. Ingat nak baca Yassin tapi tak hafal, maklumlah aku bukan budak maahad, sekadar bekas pelajar sekolah menengah harian...sekolah felda pulak tu...sekolah yang banyak kes raba-ngeh-ngeh-ada-orang-raba-saya-lah-cikgu-norhaizan, kes romen-di-tangga-tangga-dan-taman-permainan, kes adik-abang-akak-cikgu-angkat, dan sebagainya.

Semoga ibadat puasa kita diterima dan banyakkan ibadat sunat di samping yang wajib kerana bulan Ramadan ini penuh kemuliaan dan dilipatkaligandakan ganjaran, jangan lupa bayar zakat.
Semoga kita akan mati dalam iman dengan akidah Islam yang mapan.

Akhir kata (again), semoga kita terus menjadi sahabat baik dunia dan akhirat dan bertemu di syurga yang kekal di dalamnya. Ketahuilah olehmu wahai Aiman bahawa di dalam syurga nanti, akan ada satu hari yang diperuntukkan untuk penghuni-penghuni syurga berhimpun (ibarat macam pasar kot) bersama dan menceritakan atau berbual-bual mengenai kisah di dunia terdahulu dan aku nak borak ngan ko, nanti ajak Shafiq sekali...;)

Rujukan : Buku Keindahan Syurga yang Cikgu Syukri Yusof bagi sebab dapat A1 Sejarah SPM.
Buku tu dah hilang plak.

Akhir kata, selamat berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur dan berhari raya kepada semua dengan ucapan,  kenang daku dalam doamu. Eceh!

love,
jefri

p/s : banyak lagi nak tulis tapi perasan sibuk sudah mari...
p/s 2 : takde hadiah nak bagi *meraung*
p/s 3 : Sape cakap Aiman mulut jahat suka maki orang sebab korang jahat ngan dia. Rasain. Hoho. Kitorang simple jek, macam reflex, kalau baik ngan kami, kami baiklah....Dan sebaliknya.
p/s 4 : kalau ada tersalah kata atau bahasa, sila ampuni, no hard feeling
p/s 5 : sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya...aku pakai t-shirt ngan kain pelekat jek pergi terawih tadi. Doakan aku!




Monday, August 8, 2011

Aku bukan Malaikat. *enteri ini bukan mencari publisiti*

tu diaa intro terpampang muka syok sendiri..tidak kesah...
-sekadar gambar hiasan-


Salam...salam...salam...


Syukur ke hadrat ilahi sudah seminggu kita berpuasa.

Baiklah. Sebenarnya..sebenarnya aku baru teringat yang blog buruk-hina-dina-kusam-jahil-murahan-taklaku-takfemes-perasan dan sebagainyalah nak caci maki apa-apa pun den tak kesah....Sudah mencapai usia 2 tahun setelah ditulis dengan penuh warna-warni kecik-besor short-form bagai pada 7.08.09. Aku saja pilih tarikh tu untuk senang ingat dan paling penting perasan unik.

Sepanjang dua tahun ni :

  1. Followers/Joiner of this site baru 91 orang. *nanges*
  2. Komen untuk setiap entri secara purata adalah dua *nanges laju-laju*
  3. Duit nuffnang baru singgit *nanges tak henti*
  4. Pageviews all time sebanyak 5586 *bukan nombor ekor. harom*
  5. Entri-entri lama masih ada yang rujuk macam nak buat kek 1, nak buat kek 2, nak donlod muvie, nak donlod IDM dan sebagainya *tahan nanges*
  6. Masih ada pengunjung walau dua tiga orang sehari *senyum dalam tangisan*
  7. Dan sebagainya



Apa-apa hal, bukanlah menjadi isu kalau followers aku sikit, traffic aku sikit, komen tak banyak, layout ngan header tak guna teknologi flash hanya sekadar adobe fotoshop cabok cs4. Update blog pun nak-taknak ada hati nak meletop. Dah la topik bosan dan tidak kontrobesi. Segmen kontes pun baru join sekali pastu tobat tanak join dah, tahu tak penting segmen kontes tu! Ah!Yang penting aku happy dan puas ahhhhhhhh dalam proses berblogging ini dan tidak punya haters mahupun hatred (so far so good). Setakat duit  nuffnang tu aku tak heran la sangat, aku ada biasiswa JPA ok. *matila riak! ampun..ampun..*

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah menjejaki dan membaca susur galur hidupku yang penuh berliku dan mencabar *alahai* yang dicoretkan dalam blog ini di samping kita berkongsi-kongsi resepi dan entri. gituh. Semoga hubungan kerjasama erat ini akan diteruskan dan berkekalan till death do us part *sambil senyum Rosmah*

love,
jefri

p/s : Eh, lagi satu, minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, termaki hamun, tersentapkan tanpa tak sedar dan segalalah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri ini.
Aku bukan malaikat *tajuk macam drama Astro tuh*

Friday, August 5, 2011

sibuk sibuk sibuk

Salam....salam...salam...

  1. Busy..Busy..Busy...Nak korek hidung pun tak sempat. Makan apetah lagi. Eh, puasa ye dak?
  2. Esok nak pergi Port Dickson. Takde makna nak melancong time bulan pose cenggini. Nanti terliur tengok buah kelapa kat tepi laut...Esok mau hantar abang masuk polisi pak!
  3. Baju raya nak beli online. Skang tengah tunggu reply pasal stok, warna dan saiz. Semoga berhasil!
  4. Penat. Air liur kering. Dahaga. Haus.....Nak minum air sejuk-sejuk yang membasahi tekak ini. 
  5. Eh, tau tak kat Dubai suhu depa dah dekat 52 darjah celcius manakala kita baru cuma 32 darjah celcius. Do your Math please....
  6. Warga Somalia dah setahun tak makan. Kita baru 5 hari nak pergi sebulan 30 hari jek maksimum....
  7. Bertabahlah....
  8. Akhir kata, kalau yang wajib pun tak buat, tarawih takyah la pergi...eh, jangan! Tengok tu tanda seru.
  9. Amalkanlah amalan yang wajib dan sunat kerana bulan ini ganjarannya sangat best berlipat kali ganda tak macam Astro yang suka naik bil memahal ngan celcom yang suka makan kredit.
eh, tengok air lopak ni macam teh susu pun ada.....




love,
jefri


p/s : nantikan kemunculan blog ini sebagai blog resepi..huahuahuahuaaaaaa...aku beli oben (baca : oven) guna duit sendiri...ko ada? *matila riak, ampun..ampun..*

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa dan ingin berpuasa tapi mengalami uzur syarie

Salam...salam...salam..

Salam Ramadan kalian pembaca.

Syukur masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menjalani ibadah di bulan puasa untuk tahun ini.
Bagi yang tak tahu niat puasa,



Kalau nak berbuka pulak,



Gituh.
Sebenarnya, aku sedang menghadapi keterperasanan sibuk yang amat tinggi sekarang.
Banyak benda nak tulis nak cerita tapi....itulah perasan sibuk kalau nak tahu..


Dan, selamat berpuasa ;)

love,
jefri

p/s : bulan Ramadan banyak giler keberkatan dan rahmat melimpah ruah. Sila jangan bazirkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...