Salam...salam....salam...
Salam aidiladha.
Pertama sekali, umat Islam mempunyai dua perayaan besar iaitu Aidilfitri (1 Syawal) dan Aidiladha (10 Zulhijjah). Aidilfitri atau Hari Raya Puasa merupakan hari kemenangan (atau bulan) bagi umat Islam yang berjaya berpuasa penuh sepanjang bulan Ramada. Wbgaimanapun, mereka yang tak berpuasa turut meraikan Aidilfitri mengalahkan orang yang berpuasa khususnya dari segi persiapan. Aidiladha pula merupakan hari simboliknya pengorbanan Nabi Ibrahim (maklumat lanjut sila rujuk buku agama) dan juga tempoh melakukan ibadah haji (maklumat lanjut sila rujuk buka agama). Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang memanggil Aidiladha sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban tetapi majoriti memilih Hari Raya Haji.
..........
Penjelasan lanjut mengenai perayaan ini dari aspek keagamaan bolehlah diajukan kepada mereka yang bertauliah untuk memberika ceramah sebab aku takde tauliah, nanti kena tangkap. I tak rela you....
Sekadar gambar hiasan...
.........
Jadi, mari kita singkap fakta-fakta menarik atau trivia yang telah aku fikirkan beberapa saat sebelum meluahkannya dalam bentuk penulisan di entri ini.
- Raya Haji lagi meriah berbanding Raya Puasa di Kelantan dan Terengganu. Tapi aku ada tanya dorang, tak jugak, mungkin mulut ke mulut je ni macam asyik cakap jek, lama-lama dah jadi cop yang Raya Haji lagi meriah berbanding Raya Puasa di Kelantan dan Terengganu. Kalau nak diikutkan, belah sana memang agak islamik la berbanding belah lain *belah mana tak tau* maka Raya Puasa yang majoritinya disambut dengan hiburan suka-suki huhahuha dielakkan oleh belah sana jadi Raya Haji menjadi meriah tapi kalau meriah, mesti ada huhahuha gak kan. Eh, tak tau. No comment plis.
- Raya Haji kat negeri-negeri lain selain Kelantan dan Terengganu di Malaysia adalah tidak semeriah Raya Puasa tapi fakta ini menjadi keraguan oleh sebab cerita di atas.
- Raya Haji di negara lain tak tau.
- Daging korban biasanya diagihkan ke seluruh kampung. Biasa sekilo sorang tapi yang tolong buat kerja (sembelih, lapah, cincang) dapat extra la dan kadang-kadang dapat upah duit oleh orang yang melakukan korban itu. Sistem kuota 'Satu Family Satu Bungkus Daging
Satu Malaysia' mungkin dilaksanakan jika sumber adalah terhad. Kalau tak, sape yang beratur mesti dapat tak kira ko satu family beratur. - Juadah klise macam biasa lemang, rendang dan ketupat. Kuih raya macam Almond London, Tat Nenas, dan Tempeyek adalah sangat jarang dijumpai sebab kebanyakan rumah mengambil pendekatan membuat makan-makan untuk dijuadahkan seperti laksa, mi kari dan mi sup.
- Setakat ni, tak pernah lagi aku pergi mana-mana rumah terbuka Raya Haji.
- Rancangan di televisyen tidak sekencang macam Raya Puasa dan kalau ada mestilah tema klise pasal pengorbanan keluarga susah nangis-nangis dan pergi Haji tapi takde duit tapi ending dapat pergi Haji.
- Lagu-lagu raya tidak banyak dimainkan sebab sumber yang terhad. Lagu raya yang tidak mengandungi lirik Aidilfitri dan Puasa boleh dimainkan. Sebagai contoh tadi siang aku dengar lagu Balik Kampung, Sepasang Kurung Biru dan Indahnya Beraya di Desa di corong radio. Lagu yang bertemakan Aidiladha paling popular adalah yang mengandungi lirik, Seruan haji.....telah tiba lagi...menunaikan ibadah..panggilan baitullah' (sila youtube untuk keseluruhan lagu itu.) dan lagu Setia KuKorbankan dendangan Fauziah Latiff adalah takde kaitan dengan Aidiladha.
- Mengunjungi pusara adalah tidak sefofuler sewaktu Aidilfitri.
- Kunjung-mengunjung, pergi beraya dalam kalangan kanak-kanak dan pemberian duit raya masih ada tapi, macam biasa, tidak sehebat sewaktu Aidilfitri.
- Kepulangan ke kampung halaman adalah tidak penting sangat dan bagi pasangan yang berkahwin, isu balik kampung siapa? tidak begitu diperdebat sangat.
- Solat sunat Aidiladha dan Aidilfitri lebih kurang la sama banyak meriahnya.
- Dan sebagainya.
Maka, dengan ini, saya gulungkan, tak kira Aidilfitri ke Aidiladha ke, masing-masing ada keunikan dan keistimewaan masing-masing. Saya akhiri entri ini dengan mengucapkan Salam Aidiladha, berkorbanlah demi kebaikan agama, sucikan hati seperti sucinya hati para jemaah haji. Sekian, terima kasih.
love,
jefri
p/s : Esok kalau solat sunat Aidiladha, disunatkan untuk makan selepas balik daripada solat sunat itu.
p/s 2 : Entri ini sangat tidak reliable untuk dijadikan sumber tesis bagi apa-apa tajuk berkenaan.
off topic : ini aku pergi dinner kos sesi 2011/2012 dengan pakaian haji.
No comments:
Post a Comment