Friday, November 11, 2011

Teknologi Pemacu Kemajuan!!!

Salam...salam....salam...

Tu dia tajuk entri ala-ala kempen kemerdekaan kan?
Maka, sempena hari Jumaat ni, sama-sama lah kita bakar semangat perjuangan dalam diri kita.
Perjuangan itu banyak cabangnya. Pandai-pandailah nak hidup yek...

..........

Sebenarnya, nak tepek print screen yang aku buat ni jek.
Sebelum tu, nak dikhabarkan dan di-amaran-kan terlebih dahulu,
Bukanlah aku nak menunjuk ke nak apa ke kan..tapi nak berkongsi..
Tapi dalam masa yang sama, nak menunjuk dan berkongsi lah..(?)

Ok, secara intro, aku buat latihan tutorial kimia organik 3,
pasal kumpulan dwifungsi (PPSMI kan mansuh...)

Pening-pening tengok nota ngan journal ngan gugel,
aku mengambil pendekatan yang belum pernah aku lakukan sebelum ini...
*bunyi seram berlagu*
Dalam banyak-banyak solution manual di internet, aku secara rawak sambil berharap telah memilih seorang ahli akademik di luar negara, lalu aku menghantar emel sebagai tanda usyar kot-kot dia boleh tolong jawabkan soalan tutorial aku tuh...Kalau lepas yang tuh, leh la aku pelan-pelan bagi dia semua soalan suh jawab dan akhirnya setiap kali ada tutorial organik chem, dia yang jawabkan..
HAHAHAHAHAHAHA...*gelak perangai tak senonoh*

Namun aku percaya, itu sebenarnya tugas seorang pelajar yang telah diberi mandat dan kepercayaan oleh semua orang. Aku sesaja je hantar emel kat alamat emel yang entah wujud ke tidak pastu tatkala dapat first reply pun aku dah rasa syioks.....

Banyak cakap plak kan....-_-'





malas nak watermark ke waterkaler ke, censored ke apa..malaihhh

Maka, itulah kisahnya....Saja jek nak menyelit kat blog ni..
Haish...nak keluh banyak-banyak rasa macam tak bersyukur plak kan..

Eh, lepastu nak bagitau yang aku adalah antara pembaca tegar blog keretamayat.
Pada satu hari (which is today), kat fanpage fb keretamayat, ada status yang best lalu aku pun suka (like)
Pastu tengok ramai(lebih dari satu) yang mohon share-lah, izin share-lah...
Pastu, haish, tengoklah...


nota : nama fb aku adalah Jefbree Van De Kamp. 
Aku pun da bosan ngan nama ni, nak tukar tak boleh, 
fb tak bagi dan bukan itu yang aku nak ceritakan di sini......


Takdelah batak mana pun kalau kena macam tu tapi aku suka sebab usaha dan cara aku diiktiraf di peringkat antarabangsa mahupun tempatan *tiber*
Dan bukan juga aku ni gila glamer *sambil menatap jumlah blog follower yang ciput*

Apa-apa pun, mesej yang ingin disampaikan adalah, teknologi adalah salah satu perkembangan kemajuan manusia yang mempunyai pelbagai manfaat mahupun mudarat. Bak kata bapa toksikologi, Paracelsus (kot),
beliau buat Press Conference (PC) dan mengeluarkan statement :

"All things are poison, and nothing is without poison; only the dose permits something not to be poisonous."

Atau juga bermaksud, argh! Jangan ponteng kelas BI!

Dan PC itu berakhir dengan jamuan ringan teh kosong dan karipap beberapa ketul..

Sekian dulu,

love,
jefri


p/s : sebenarnya nak tulis banyak benda, tapi malas. Selamat berhujung minggu ;)
p/s 2 : eh, nak tutorial cara nak buat print screen ke? Nantilah..........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...