Thursday, October 27, 2011

Kisah-kisah yang lalu usah dikisahkan.

Salam...salam...salam...

Kejap ye nak sapu segala mak nenek habuk kat sini...


ok done...*aiyyyo selambak*
............

Ok. Semalam hujan. Hari ni belum hujan.
Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur semalam dan aku bermimpi aku update blog.
Isi kandungan entri yang aku tulis (baca : dalam mimpi) merupakan yang telah aku plan sebelum aku tidur semalam lalu aku berpendapat, cis, tak kreatif lagi otak aku ni...Cuba mimpi tulis entri lain, mesti otak aku ligat berfikir kan...

Semalam aku mimpi aku update blog dalam bentuk points. Demi menghormati mimpi aku semalam di kala hujan lebat melewati kamarku beradu, aku turutkan kemahuan fikiran ala-ala fauziah latif, eh?


Baiklah, mari kita teruskan..uhuk uhuk..*tawa kecil si pojiah latif*


  1. Last weekend, 21-23 Okt 2011 aku baru usai mengikuti program interaksi forensik di Pulau Pinang dan bukan itu yang aku nak ceritakan di sini, lain kali kalau rajin aku cerita (baca : kalau rajin)
  2. Penang trip tu aku jadi ketua pengarah dan macam biasalah kan dan bukan itu yang aku nak cerita di sini dan takkan cerita kot pasal perangai sorang-sorang yang macam.......eh, tak nak cerita lah!
  3. Gambar-gambar kat Penang sangat meriah dan boleh ditonton dengan percuma di fb aku. Sila add kalau berminat (kat sidebar blog ada link kalau tak silap, kalau takde, lantak lah!)
  4. Oh, aku beli henpong baru!

    Sekadar gambar hiasan.
  5. Aku beli sony ericcson experia mini pro emeritus in senior profesor madya tansri datuk tun dato' atau singkatannya Baby Ya. (Baby sebab baru, Ya sebab Experia, puas hati? )
  6. Henpong lama dah masuk air masa tengah merempit dalam hujan pergi KTM atas urusan ASTRO yang cegampang dan bukan itu yang nak diceritakan di sini tapi merasalah aku travel (lah sangat) ke Maluri untuk ke Astro Services Centre. Siyes weh ko leh tengok air dalam skrin ala macam mainan masa kecil-kecil dulu yang ada sprinkles lah colorful sparks pejadah tah pastu ada gelung-gelung kecik ko goyang-goyang masukkan dalam dua batang plastik yang terjojol..ala...tak paham sudah!
  7. Dengan kamera 5mp, HD, touchscreen dan juga keybod disertakan jika slide, menggunakan Android 2.3.3, dan lain-lain fungsi, maka, nikmat yang mana lagi aku dustakan?
  8. Namun, kuota pengambilan makanan dan berjimba-jimba perlu dikawal kerana aku telah menghabiskan duit kerajaan sebanyak rm780.
  9. Charger laptop aku rosak. Rosak secara rasmi. Kalau sebelum ni, kejap elok, kejap tak elok, kali ni dah 3 hari tak elok-elok dan setelah puas menumpang charger orang lain sehingga dijegil, maka aku terpaksa beli yang baru tapi bukan ori tapi ok lah janji aku boleh guna dan disedapkan hati dengan 6 bulan warranty, maka jadilah, rm95 dan rm5 lagi aku beli card reader sebab nak transfer gambar-gamabr dari baby Ya ke laptop setelah ebrhari-hari aku cuba install PC Companion Sony Ericsson tapi tak lepas sebab internet asyik buat hal jek maka jumlahnya RM100.
  10. Kalau ada mana-mana staf JPA yang baca entri ni, tolong la naikkan elaun biasiswa. Hari tu aku makan nasi portion sederhana, bergedil, sosej sebatang tu dipotong tiga aku amek dua, sardin seketul takdela panjang mana dan air neskafe panas dekat kafe fst tu aku kena bayar rm6. Perit jiwa tau! (aku tak amek gambar sebab aku bukan blogger tegar, wohaa!)


Ok lah. Mengada-ngada pulak aku ni ye. Akhir kata, ada banyak lagi benda nak cakap/tulis tapi sekarang nak layan cerita-cerita huhuhuhu  finally I get my life back even for a short time katanyerr...

love,
jefri


p/s : Harry Potter part 2 BRRip dah keluar! Download lah di sini kalau leh, download yang mediafire link ye sebab dah banyak kali dah kot aku bagitau kebaikan mediafire link kat sini! *tiber emo*

2 comments:

Unknown said...

huhu..redha je la

Jefri said...

nak wat caner lagi kan..sabo je laa...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...