Thursday, September 20, 2012

Gomen itu singkatan kepada Government!

Salam..salam...salam...

Lama sungguh tak bersua tulisan melalui panca bilah cermin skrin masing-masing... Lupakan dulu segala hal-hal yang (mungkin) ditulis di blog ini berkenaan hari raya, tangkap ayam, nampak ular dalam bilik air, result exam, semester baru buka, kisah praktikal di Maritim, thesis dan sebagainya sebab sekarang sedang rage tahap Kartina Aziz rage dalam Mami Jarum tatkala dapat tahu Zahida Rafik-bukan botox bermain cheenta dengan Ezad Exist...

Hari ini aku rage sebab sesetengah/sebilangan/bukan segelintir/kebanyakan penjawat awam yang aku berurusan dengannya pun secara langsung atau tidak langsung!

Sebelum itu, sebagai pendahuluan, kerja kerajaan memang syok sebab dapat banyak kelebihan. Antaranya adalah:


  1. Senang nak buat pinjaman bank
  2. Seamat payah diberhentikan kerja kecuali melakukan jenayah hebat
  3. Skim pencen yang lumayan-pose cantik time tua
  4. Anak-anak mudah dapat tawaran sambung belajar, tajaan belajar.
  5. Mudah jadi guarantor untuk kawan-kawan atau sedara mara yang nak buat loan
  6. Bonus yang pelbagai
  7. Elaun kalau pergi kursus
  8. Kursus sambil melancong dan melencong
  9. Cuti tahunan yang lumayan apabila semakin meningkat tahun kerjaya
  10. Elaun untuk cuti tahunan yang tidak digunakan
  11. Kenaikan gaji setiap tahun
  12. Dan sebagainya


Sumber: Pengalaman hidup dan mereka-mereka yang kerja kerajaan bagitahu. 

Ok, mari sini aku nak senaraikan beberapa peristiwa bersama penjawat awam yang mengguris hati dan perasaan aku atau aku namakan sebagai:

SIRI BERCAKAP DENGAN PENJAWAT AWAM:

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
PM Ah Jib Gorr ada beri bantuan rakyat RM500 kepada isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3000 kala tak silap. Benda ni macam tiba-tiba je kan dan agensi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan BR1M adalah LHDN. Kena isi borang semua lah kan. Alkisahnya, aku isikan borang untuk keluarga aku.

Nota: Aku orang miskin, sebab tu aku mohon BR1M. Terima kasih gomen untuk nikmat ini, kena bersyukur, kalau tak, sila keluar dari Meleisia katanya...Dengan BR1M macam-macam manfaat yang kita dapat, keluarga Cina tu dapat tukar tiub motor, keluarga India tu dapat sekolahkan anak-anak dia, keluarga di Sarawak tu dapat beli barangan runcit, keluarga Melayu tu yang kerja tukang jahit kini boleh beli ubat-ubatan (mohon rujuk iklan BR1M kat youtube sebab sekarang dah takde lagi dah kat tibi)

Sambung cerita, maka aku isikanlah borang tu, sebab antara hobi aku adalah isi borang, jadi, pieces of cakes lah kan atau kacang je. Tapi masa semak status penerimaan, tak dapat! Posmen plak yang hantar surat tak dapat BR1M tu kan!

Masa tu dunia kurasakan kelam, semua jari menuding kepadaku seolah aku tak pandai isi borang tapi aku tetap berani menepisnya sebab aku benar, aku yakin aku isi borang dengan betul sebab isi borang adalah hobi aku!

Maka, ada slot rayuan untuk BR1M, pose canteklah kami sekeluarga ke LHDN Temerloh yang mengambil masa sejam lebih perjalanan dan RM30 minyak petrol pergi balik. Pergi tanya kat kaunter, dia kata yang tak layak sebab ada dua pemohon untuk satu alamat! Nampak sangat bukan salah aku! Yang salah, abang aku yang kat Perak sebab dia isi keluarga kat sini sebagai tanggungan juga sebab kalau takde tanggungan pun takleh dapat BR1M walaupun kau hidup melarat makan kayu sebagai ubi kayu, gigit paku sebagai kerabu pucuk paku. Kemudian, LHDN kata, memang borang aku isi itu lengkap *senyum puas* tapi keutamaan pada abang aku katanya, padahal ayah aku hidup lagi ok! Lepastu, abang aku pun tak layak sebab borang yang dia isi tu tak lengkap, tak cukup maklumat! Memanglah tak lengkap sebab mengisi borang tu hobi aku, bukan hobi abang aku!

Maka, akhirnya dapatlah juga selepas berbulan-bulan orang lain dapat.

Nampak tak ke-hampesh-an cara kerja diorang??


2. URUSAN PENDAFTARAN MASTER
Dipendekkan cerita sebab cerita BR1M sangat panjang, kawan aku mohon master tapi offer letter tak sampai, kalau tanya, belum proses, belum proses, belum proses. Orang tengah bersemangat nak sambung belajar, kalau dah macam tu layanannya, memang aku pun lemah lah. Lepastu setelah, di-telefon, berjumpa muka ke muka, akhirnya dapat gak (baca: setelah melalui macam-macam dan kena berulang alik sebab pusat pendafataran ngan tempat tinggal kita jauh ok!) Tengok tarikh, dah 2minggu lebih dah ready, kenapa tak pos? Belum proses konon! Entah-entah tengah busy kongsi resepi buat biskut batik sesama staf! Hampesh.

3. URUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN
Dipendekkan cerita juga, kawan aku dah hantar borang 2minggu, pergi follow up banyak kali, suruh tunggu, last-last, cakap borang awak hilang.....Memang *tuut*

Ni tunggu esok, dapat ke tak..

4. DAN SETERUSNYA. MALAS NAK TULIS. BUSY BUSY BUSY

Ok, aku sangat percaya yang korang (bajet banyak readers) pun pernah mengalami situasi yang tak best kalau berurusan dengan gomen kan..

Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu, TNB, JBA, POS Malaysia semuanya di bawah kerajaan. Namun, dek kebijaksaan Tun Mahathir masa memerintah, beliau jalankan satu dasar baru iaitu dasar penswastaan. Dasar ini yang menswastakan sektor-sektor perkhidmatan. Sebab sektor perkhidmatan ni adalah mengenai berurusan, kalau staf perkhidmatan teruk, tapi under gomen, susah nak buang, kena naik turun mahkamah untuk pecat pekerja gomen tau! Jadi, pekerja teruk, servis teruk, apa nak jadi??? Negara kelas terakhir?

Sebab tu, dalam sektor perkhidmatan, jarang kita dapat tengok servis yang kurang memuaskan. Bayangkan kalau POS Malaysia masih bawah gomen, banyaklah surat tak terhantar, buku-buku ASB tinggal menjadi helaian-helaian kertas yang carik, pos laju dan pos ekspres ditukar nama menjadi pos-tengok-mood-lah.

Akhir kata, bukanlah SEMUA kerja gomen tu teruk, ada je yang baik. Tapi nasib aku belum lagi aku berjumpa dan berurusan dengan mereka. Aku yakin mereka ada. Kita yang mungkin pelapis pekerja gomen ni kenalah faham situasi ni, kita bekerja, dibayar gaji berdasarkan kerja kita, berkat tak duit gaji yang akan kita guna untuk sara keluarga, bagi makan minum pakai, hulur kat orang tua kat kampung yang tinggal di kampung dan orang tua kat bandar yang tinggal kat bandar dan tak mustahil untuk kita pergi Mekah dengan duit tu.

TAK TAKUT KE JADI COVER PAGE MASTIKA:

WARGA PENCEN MELIHAT KESALAHAN DOSA LAMPAU SEMASA MENJAWAT KERJA KERAJAAN DI HADAPAN KAABAH DAN ORANG-ORANG YANG DIANIAYANYA.

Akhir kata (lagi), tepuk dada tanya iman. Kerja gomen ke kerja swasta ke, bekerjalah sesungguhnya ibarat kamu akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kamu akan mati esok hari. *sarung kopiah*


Peringatan bersama. (ayat dalam cloud box itu sangat BM Julai ye)


love,
jefri

ps: Aku nak kerja kerajaan gak tak kisahlah masa tu BN lagi atau PKR yang jadi gomen cuma aku harap colleagues aku nanti dan diri aku sendiri janganlah sambil lewa atau culas untuk menjalankan tugas. #doa


Friday, August 10, 2012

Friend till Jannah-Kawan sampai ke syurga yuk!

Salam...salam...salam...

Selamat menempuhi 10 malam terakhir. Siapa-siapa yang tak mau/tak larat nak memecut beribadah, mohon istiqamah dalam amal kebajikan yang sedang dilakukan kerana apa? Kerana apa kau tanya? Kerana amalan yang paling disukai Allah adalah istiqamah....Alhamdulillah..Ketuk-ketuk? Ramadan...Rancangan Malaysia nombor? Satu...di Malaysia..

Baiklah, pada entri kali ini *nada formal* aku dengan ikhlas hati dan senang hati ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada the one and never two, three, four, only one, my feberet, best, teen choice award:


(rasa betul dah eja ni)

Sesungguhnya aku ada plan nak pos kad raya dengan kad birthday lepas tu fikir balik nak satukan je dalam kad raya yang meriah lepas tu hari berganti hari, praktikal berganti praktikal, assignment berganti assignment, kedai-kedai hadiah  buka dan tutup mengikut waktu perniagaan, pejabat pos buka dan tutup silih berganti, minyak motor pasang dan surut, duit dalam bank surut dan surut, maka, maafkanlah aku, Aiman oiiii kerana gagal membentangkan kayu ukur sebagai benteng pertahanan kami melunaskan impian aku sendiri untuk pos kad raya mahupun kad birthday mahupun kad dua dalam satu. Sesungguhnya aku betul-betul perasan sibuk. Isk3 *menangis dalam hati*




Maka, dengan menurut peredaran zaman, walaupun blogger kini bukan lagi alat sosial yang popular macam beberapa tahun yang lepas, sangat molek aku tulis di entri blog berbanding aku tulis kat status fb saja walaupun aku memang selalu tulis panjang-panjang dalam fb.

Sesungguhnya *gaya ustat boring baca tazkirah dalam masjid* hadiah yang mampu aku beri setakat ini sebelum aku bergelar jutawan entah bila? hanyalah nasihat........(bantal dan tilam disediakan bagi audiens yang mula menguap-orang mengantuk disorongkan bantal-banyak cantik muka kau???)

1. Men are like wine. Some turn to vinegar, but the best improve with time. (J.P Sears)
Menginjak ke usia 22 (oh my tatabahasa!) menandakan umur semakin bertambah. Masa lampau makin berlalu dan masa depan sedang menanti. Lagi-lagi kan nak sambung Master kat UKM (wohoooo!) Kompem, pengalaman hidup akan bertambah. Jangan lupa dugaan dan cabaran yang mesti diatasi. Ingatlah fasa-fasa kegelapan/kejatuhan/Renaissance yang pernah dialami supaya kita sedar yang jatuh bangun hidup adalah normal bagi manusia yang ingin berjaya. Inilah yang dipanggil proses pematangan.

2. We turn not older with years, but newer everyday. (Emily Dickinson)
Sepanjang 364 hari dalam setahun (365hari untuk tahun lompat), hari lahir sendiri adalah hari yang dirasakan istimewa kerana hari tersebut merupakan hari bersejarah, ulang tahun dari hari pertama dilahirkan, menemani bumi beredar mengelilingi matahari sehinggalah dipertemukan semula pada hari yang sama kita dilahirkan. Impian dan harapan tak perlu hilang, alternatif yang perlu dicari.

Mohon semat dalam hati bahawa I'll be there whenever whatever you need me to have favor for.




................
Alaaaaaa bosan plak aku baca karangan sendiri..Dua points je la ye...

Baiklah, dengan berkat bulan Ramadan dan doa-doa orang yang berpuasa itu mustajab doanya, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan, ketabahan, kegigihan, kesihatan, keselamatan Aiman dan keluarga untuk menempuhi perjalanan hidup akan datang. Amin.

*Audiens membuat ombak beramai-ramai secara berirama*

Eh, mari sini nak jelaskan, memang tabiat aku nak wish orang pada maghrib tarikh hari sebelumnya kerana maghrib adalah permulaan hari. Bukan 12.01pm ye! Kecuali lah yang aku wish kat fb tu, sebab aku tak hapal bday mereka tu bila? Ingat aku takde keje lain ke selain nak hapal tarikh bday orang-orang kampung sekalian?

Haiz isu lapuk yang sering diperkotak-katikkan. Mencik!

..................


Ok, lah. Akhir kata, Selamat berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur dan selamat hari raya pom pom pom pom pommmm pommmmmmmmm pommmmmmmmm ye Aiman! InsyaAllah raya tahun ni sama-sama.

Aku doakan kau sentiasa dalam keadaan baik dan berjaya di dunia dan di akhirat, tabah dengan dugaan, reda dengan ujian, dan bersyukur dengan nikmat dan musibah. Selamat hari lahir dan bak kata fb share artikel, WE FRIEND TILL JANNAH! *pose peace menggantikan duck face*


Sekian dulu. Mekaseh...

love,
jefri

ps: Yang membaca ini akan terus mendoakan dan kita sama-sama ambil iktibar, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita sudahi majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. *kelihatan ustat boring itu tadi meninggalkan majlis dengan bubur lambuk dibungkus oleh ajk masjid*

Tuesday, July 31, 2012

The Pearl....Mutiara Sabah...Order k!

.....................


Kino tinggal bersama isterinya, Juana dan anaknya, Koyotito. Mereka bahagia walaupun hidup miskin melarat. Pada satu hari, sedang Koyotito enak diulit rehat di dalam buaiannya, seekor kala jengking telah menggigitnya. Dia segera dibawa ke hospital namun kos rawatan yang tinggi telah meletakkan nyawa Koyotito ke tahap yang bahaya. 


Kino perlu mencari duit untuk membayar kos rawatan tersebut...Sebagai seorang penyelam mutiara, Kino sangat berharap untuk menjumpai mutiara legenda yang sangat berharga dek kesempurnaanya. 


Maka, bersusah-payahlah Kino mencari mutiara itu dan jika dipendekkan cerita, Kino dapat mutiara itu tetapi beliau telah menjadi sasaran banyak pihak sehingga beliau stress lalu dilemparnya semula mutiara itu ke laut.

Olahan sendiri berdasarkan memori ingat-ingat lupa novel The Pearl, antalogi novel bahasa Inggeris tingkatan 5, 2007.


Salam...salam...salam....


Punyalah panjang intro mengalahkan intro seorang khatib Jumaat masjid Ubudiah Felda Chemomoi, entri kali ini bertujuan untuk mempromosi mutiara Sabah yang boleh didapati secara atas talian. Ya! Mutiara Sabah online!!! *gaya courts mammoth*

Secara pengenalannya, mutiara merupakan......(sila rujuk wikipedia)

Maka, kawan saya ada buat bisnes jual mutiara Sabah yang sangat menggamit rasa, sungguh mempersona, sangat menggoda dan amat berpatutan. Jangan risau, ini memang ori ok, bukan macam keropok lekor Terengganu yang kat pasar malam Bangi bukan tempat sebenar tu, kata keropok Losong tapi kurasa kosong..kosong...kosong......*eh, kenapa ada gadis pakai shawl main gitar kat seat belakang kereta proton ni???*

.....................

Baiklah, soalan karangan bahasa Melayu SPM tahun ini mungkin berbunyi sebegini:

Nyatakan kelebihan memiliki mutiara Sabah yang dibeli online ini. 50markah.

Dengan baik hati, saya ingin membantu adik-adik mahupun hadek-hadek untuk membuat rangka karangan.

Pendahuluan: definisi mutiara-asal-latar belakang-

Isi-Kelebihan:


  1. Pemakai akan tampak berseri bak kak Nita di pagi Syawal (amalan mengambil wudu' tetap diteruskan, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan)
  2. Wajah gangsta boleh bertukar menjadi wajah Ustat Don (belakang parang lagikan tajam jika diasah inikan pula wajah manusia)
  3. Kalau baju raya tak cantik-mutiara akan tolong cover bagi jadi cantik balik (konsep tolong-menolong antara mutiara dan baju raya yang buruk-tidak pentingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing)
  4. Kalau baju raya dah sedia cantik-makin bertambah cantik (saling melengkapi-bagai aur dengan tebing)
  5. Tetiba boleh bercakap dalam dialek Sabah sebab pakai mutiara Sabah, kerana terkesan dengan feel Sabah. (menambahkan pengetahuan tidak seperti katak di bawah tempurung)
  6. Keyakinan diri bertambah tapi mohon jangan over kompiden. (Sifat ujub, riak, takabur perlu dielakkan walau kompiden tahap dewa sekalipun-dosa tanggung sendiri)
  7. Mendapat puji-pujian dan musuh dalam selimut mahupun luar selimut apatah lagi toto narita dan comforter Nilai 3 jadi gelisah dan merenyam tak tentu pasal sebab jelessss lah! 
  8. Dan sebagainya.


Penutup-belilah mutiara Sabah online-murah-berpatutan-agar-cadangan-supaya-harapan-Sekian, terima kasih sudi membeli, jangan lupa beli lagi ;D

Ok. Berminat???
Ok lah, kadang ada yang banyak duit tu, beli jek tapi tak tau nak buat apa dengan mutiara yang dah dibeli ni. Dimaklumkan koleksi mutiara Sabah ini merangkumi dari butang baju Melayu, kerongsang, rantai, gelang, dan sebagainya.

Kegunaan atau aplikasi mutiara Sabah ini dalam hidup:

  • Aksesori baik lelaki mahupun perempuan. Hey, kerongsang tu boleh taruk pada baju Melayu Teluk Belanga Johor tau!
  • Hadiah hari lahir 
  • Hadiah hari ibu
  • Hadiah hari bapa
  • Hadiah hari kanak-kanak sedunia
  • Hadiah hari AIDS, hepatitis, diabetis, dan segala macam penyakit di dunia
  • Cenderahati untuk program
  • Hantaran tunang belah lelaki atau perempuan
  • Hantaran kahwin belah lelaki atau perempuan
  • Dan sebagainya...


Ok, korang dah tergoda dan tak sabar untuk menggayakan mutiara Sabah dan dipakai ke bazar-bazar Ramadan, majlis-majlis iftar di masjid terdekat, solat tarawikh, kenduri kahwin, dan yang paling terdekat *drumroll* HARI RAYA AIDILFITRI selama sebulan! WOW!!!! KEBABOMMMMM!!!

Harga? Cara pembelian? Nak kena naik Air Asia naik flight ke Tawau, Sabah atau berenang merentasi Laut China Selatan menurut kata google map?

Jangan risau, harga adalah berpatutan dan sangat mampu milik *ayat subjek Kemahiran Hidup*
Cara pembelian adalah seperti trend sekarang iaitu online...Hanya di hujung jari ok. Sila like page fb ini Pearl Garden untuk melihat katalog dan sila private message anda. Admin akan melayan anda ye.
Penghantaran adalah secara pos laju dan dijangka sampai dalam masa 2-3 hari bekerja.

Oh my!!!!!
Excitednya nak raya tahun ni. Nanti kalau ada orang tanya, cantiknya mutiara ni....
Maka silalah pose cantik cakap, 'Mutiara Sabah, asli dari Sabah, anggun, pesona, memukau' sambil libas rambut. Tak ke kelasssss kau Jah!


Baiklah, nanti ada kata yang aku ni berhalusinasi di bulan Ramadan lah, cakap sorang-soranglah, terlebih makan waktu berbukalah...apa lah...Mari kita saksikan sneak peek antara koleksi yang mencairkan dan mempesonakan jiwa raga....









Ko tak orgasms ke Jah oiii tengok mutiara-mutiara Sabah yang seamat cun ini? Maka, sila pergi ke fb page Pearl Garden (klik) dan selamatlah menyopink ye...

Tudia, selamat dah update blog ni setelah beribu tahun dibiarkan sepi. Akhir kata, majulah bangsa majulah negara...Janji siapa? Janji apa? Kini masa balas budi! #ehhhhhh

love,
jefri


ps: In before, ini bukan bisnes aku ye, ko gila aku nak menyelam kat laut Sabah tu nak cari Pearl? Tak pasal-pasal kena sumpit dengan orang asli Filipina nanti... Aku tolong promote kawan aku ye. Kalau nak diskaun sila ambil gula pasir dan letak pada bibir atau tanamlah tebu di pinggir bibir bak lirik kak Ani, Awallah Dondang, dan bermanis bicaralah dengan tokey fb itu ye...

ps2: Ini bukan sticky post entah haram jadah entri berbayar macam yang top bloggah biasa buat tu ye. Diulangi! Tolong promote kawan punya...Blog aku ni ibarat pondok usang di alam maya yang bila-bila boleh roboh apabila musim tengkujuh tiba. Follower pun 2,3 orang je ala-ala nyawa-nyawa ikan duyung gitu. Duyung ke?

ps3: mohon sebarkan la ye...nak copy paste pun suka hatilah ye...I tak guna software plagiarism checker tu...Sebarkanlah...sebarkanlah...sebarkanlah.Serbanistas yang asyik mohon share tu pun digalakkan untuk mohon share......Sekian, terima kasih.

Saturday, June 2, 2012

Subjek Pengenalan Makanan. STKKLAPAR3134

Salam...salam...salam...

Apa khabar adik-adik yang baru nak up, kawan-kawan yang nak grad, abang-abang yang bekerja dan perasan kerja, akak-akak yag bekerja dan perasan kerja, makcik-pakcik yang sibuk dengan hal dunia, atuk nenek yang menunggu kepulangan cucu di hari lebaran nan mulia, seterusnya masyarakat setempat, jiran-jiran dan penduduk dunia sekalian?

Sejak dua menjak ni asyik emosi tak tentu pasal jek kan, mari kita buat entri bergambar. Eh, bercakap pasal emosi, satu kajian telah dilakukan pada kurun ke 19 yang mengkaji perilaku lelaki dalam masa 33 hari. Hasil yang juga kertas kajian ini telah di-publish-kan pun, menunjukkan dalam 33 hari, terdapat 1 hari lelaki akan menunjukkan simptom ala-PMS sebagai akibat tindak balas hormon pada waktu-waktu tertentu...

Untuk pembaca lelaki bawah 12 tahun, jangan risau, kita tak perlu pakai pad, wing, liner, pantyliner, tampon mahupun kain batik pada hari 1-5 pada setiap kitar bulan. Mohon adik-adik jangan ponteng kelas Sains ye nanti.

Errr published paper tu kalau rajin, cari la kat mana-mana laman journal yang boleh dipercayai ye.

...............
Ok. Sebenarnya, nak buat entri pasal makanan ni. Aku yakin sangat yang ada di antara ribuan pembaca blog aku *keyboard warriros mogok lapar* yang tak tahu dan belum pernah merasa makanan yang bakal aku upload sebentar lagi.

Ok, kita jangan isi banyak-banyak sangat gambar, kesian kat mereka yang online guna broadband Celcom atau Maxis atau Digi atau ada aku kesah. 



 Pes op ol, makanan ini namanya nan kima atau juga disebut secara kampungnya, nan kimak. 
Awas jangan keliru dengan carutan fukimawati itu ya...Behave...~
Nan kimak ini boleh didapati di mamak
 Fareez Majoo Bandar Baru Bangi ss15 belakang Petronas tu.

Restoran mamak ini dibuka 23 jam, 
motif lagi sejam tak tau la maybe dorang tengok AF versi Bangladesh 
atau post mortem tentang hasil perniagaan.
Nan kimak ni roti pita yang berinti sedap then ada 3 jenis kuah untuk dicicah. 
Yang putih tu mayonis ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Harap maklum.



Bagi yang feeling bandar walau asal-usul adalah kampung ceruk, semua kuih dipanggilnya kuih.
What a waste on our old folks efforts naming those kuihs. Kan??
Baik, dari atas kiri, yang warna pink putih jalur tu kita panggil kuih bendera. Negara mana tak tau?
Tengah atas, kita panggil kuih talam keladi. Atas ungu bawah putih. Yang ungu tu keladi punya ekstrak warna tapi skang dah moden dan negara maju dengan pimpinan bijak Datuk Seri Najib, maybe para peniaga guna pewarna jek. Bawah putih tu santan ye..ada plak susu.isk3.
Yang kanan atas tu nama dia seri muka. Atas hijau bawah pulut.

Bawah kiri yang warna coklat ada macam bintik-bintik penuaan itu namanya kuih koley kacang.
Yang bintik-bintik tu adalah kacang yang di-taik-kan. Pandai-pandai la paham ek.
Sebelah kuih koley kacang itu adalah kuih talam dua muka, eh bukan, namanya talam kaya.
Atas santan, bawah kaya atau atas kaya, bawah santan. Bergantung pada POV anda.

Kuih-kuih ini saya dapatkan di Pasar Malam Bangi ss16 yang dibuka pada hari Sabtu dan Selasa seawal pukul 5 petang. Harga mereka berlima adalah RM2. *nangis tengok dompet*



 Cuba teka ini apa? Nasi goreng pattaya? Nasi goreng phuket? Songkhla? Naratiwat? 
Hampir...




Mari kita lihat *suspen yang tak suspen*


 Ini adalah bihun goreng pattaya. Bihun goreng salut telur lah!
nota: aku tak suka makan ngan sos, sama gak kalau makan kfc tak mau sos. 
Sos hanya digunakan untuk makanan yang tak sedap. True story.
Bihun goreng pattaya ini boleh didapati di kafe kolej Burhanudin Helmi, UKM Bangi, 
seawal pukul 3 petang pada setiap hari kecuali cuti sem. 
Harga adalah RM4. RM4.20 kalau bungkus polistrin. RM4 kalau bungkus guna bekas sendiri.
Sayangi alam sekitar...~




Ok, ini makanan tengah hari saya tak ingat bila? 
Saya perlu membayar sebanyak RM4.20 untuk ini *kesat air mata terharu*
Yang bulat-bulat macam bawang tu adalah rebung ye. 
Ada daging, dan yang merah tu sambal telur rebus ye.
Yang hitam setompok tu namanya sambal gesek hitam.
Mengancam pedas macam kena tenyeh cili sebab mencarut zaman kanak-kanak dulu
 *sape dia taktau*
Saya mendapatkan ini di kafe di fakulti Pengajian Islam atau ada juga yang panggil kafe bangunan Canselori aras bawah sekali berhadapan dengan mesin ATM Bank Islam.
Waktu perniagaan dirasakan adalah pada setiap Isnin hingga Jumaat dan lauk-lauk kampung sebegini dan banyak lagi boleh didapati dengan meriahnya pada julat waktu 10 pagi-12 tengah hari.


Demikianlah sedikit sebanyak ye. Dah malas nak taip dah.
Ok, akhir kata, makan-makan juga, senaman jangan lupa! (ouch!!!)

Sekian dulu,

love,
jefri


ps: my all time favourite now kalau pergi pasar malam is ayam goreng Bob...sukanya lagi sukanyaaaaaa kalau ada orang belanjaaaaaaaaaaaa...

ps2 : ini adalah rentetan makanan pada zaman dulu, tinggallah seorang Jefri yang asyik beli makanan bila-bila dia rasa nak makan...Sekarang, dia kena berfikir sebanyak 124325294493209 kali (pangg!!! kau ingat kau juju julaija???) sebelum dia beli sesuatu. Tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...