Thursday, September 20, 2012

Gomen itu singkatan kepada Government!

Salam..salam...salam...

Lama sungguh tak bersua tulisan melalui panca bilah cermin skrin masing-masing... Lupakan dulu segala hal-hal yang (mungkin) ditulis di blog ini berkenaan hari raya, tangkap ayam, nampak ular dalam bilik air, result exam, semester baru buka, kisah praktikal di Maritim, thesis dan sebagainya sebab sekarang sedang rage tahap Kartina Aziz rage dalam Mami Jarum tatkala dapat tahu Zahida Rafik-bukan botox bermain cheenta dengan Ezad Exist...

Hari ini aku rage sebab sesetengah/sebilangan/bukan segelintir/kebanyakan penjawat awam yang aku berurusan dengannya pun secara langsung atau tidak langsung!

Sebelum itu, sebagai pendahuluan, kerja kerajaan memang syok sebab dapat banyak kelebihan. Antaranya adalah:


  1. Senang nak buat pinjaman bank
  2. Seamat payah diberhentikan kerja kecuali melakukan jenayah hebat
  3. Skim pencen yang lumayan-pose cantik time tua
  4. Anak-anak mudah dapat tawaran sambung belajar, tajaan belajar.
  5. Mudah jadi guarantor untuk kawan-kawan atau sedara mara yang nak buat loan
  6. Bonus yang pelbagai
  7. Elaun kalau pergi kursus
  8. Kursus sambil melancong dan melencong
  9. Cuti tahunan yang lumayan apabila semakin meningkat tahun kerjaya
  10. Elaun untuk cuti tahunan yang tidak digunakan
  11. Kenaikan gaji setiap tahun
  12. Dan sebagainya


Sumber: Pengalaman hidup dan mereka-mereka yang kerja kerajaan bagitahu. 

Ok, mari sini aku nak senaraikan beberapa peristiwa bersama penjawat awam yang mengguris hati dan perasaan aku atau aku namakan sebagai:

SIRI BERCAKAP DENGAN PENJAWAT AWAM:

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
PM Ah Jib Gorr ada beri bantuan rakyat RM500 kepada isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3000 kala tak silap. Benda ni macam tiba-tiba je kan dan agensi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan BR1M adalah LHDN. Kena isi borang semua lah kan. Alkisahnya, aku isikan borang untuk keluarga aku.

Nota: Aku orang miskin, sebab tu aku mohon BR1M. Terima kasih gomen untuk nikmat ini, kena bersyukur, kalau tak, sila keluar dari Meleisia katanya...Dengan BR1M macam-macam manfaat yang kita dapat, keluarga Cina tu dapat tukar tiub motor, keluarga India tu dapat sekolahkan anak-anak dia, keluarga di Sarawak tu dapat beli barangan runcit, keluarga Melayu tu yang kerja tukang jahit kini boleh beli ubat-ubatan (mohon rujuk iklan BR1M kat youtube sebab sekarang dah takde lagi dah kat tibi)

Sambung cerita, maka aku isikanlah borang tu, sebab antara hobi aku adalah isi borang, jadi, pieces of cakes lah kan atau kacang je. Tapi masa semak status penerimaan, tak dapat! Posmen plak yang hantar surat tak dapat BR1M tu kan!

Masa tu dunia kurasakan kelam, semua jari menuding kepadaku seolah aku tak pandai isi borang tapi aku tetap berani menepisnya sebab aku benar, aku yakin aku isi borang dengan betul sebab isi borang adalah hobi aku!

Maka, ada slot rayuan untuk BR1M, pose canteklah kami sekeluarga ke LHDN Temerloh yang mengambil masa sejam lebih perjalanan dan RM30 minyak petrol pergi balik. Pergi tanya kat kaunter, dia kata yang tak layak sebab ada dua pemohon untuk satu alamat! Nampak sangat bukan salah aku! Yang salah, abang aku yang kat Perak sebab dia isi keluarga kat sini sebagai tanggungan juga sebab kalau takde tanggungan pun takleh dapat BR1M walaupun kau hidup melarat makan kayu sebagai ubi kayu, gigit paku sebagai kerabu pucuk paku. Kemudian, LHDN kata, memang borang aku isi itu lengkap *senyum puas* tapi keutamaan pada abang aku katanya, padahal ayah aku hidup lagi ok! Lepastu, abang aku pun tak layak sebab borang yang dia isi tu tak lengkap, tak cukup maklumat! Memanglah tak lengkap sebab mengisi borang tu hobi aku, bukan hobi abang aku!

Maka, akhirnya dapatlah juga selepas berbulan-bulan orang lain dapat.

Nampak tak ke-hampesh-an cara kerja diorang??


2. URUSAN PENDAFTARAN MASTER
Dipendekkan cerita sebab cerita BR1M sangat panjang, kawan aku mohon master tapi offer letter tak sampai, kalau tanya, belum proses, belum proses, belum proses. Orang tengah bersemangat nak sambung belajar, kalau dah macam tu layanannya, memang aku pun lemah lah. Lepastu setelah, di-telefon, berjumpa muka ke muka, akhirnya dapat gak (baca: setelah melalui macam-macam dan kena berulang alik sebab pusat pendafataran ngan tempat tinggal kita jauh ok!) Tengok tarikh, dah 2minggu lebih dah ready, kenapa tak pos? Belum proses konon! Entah-entah tengah busy kongsi resepi buat biskut batik sesama staf! Hampesh.

3. URUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN
Dipendekkan cerita juga, kawan aku dah hantar borang 2minggu, pergi follow up banyak kali, suruh tunggu, last-last, cakap borang awak hilang.....Memang *tuut*

Ni tunggu esok, dapat ke tak..

4. DAN SETERUSNYA. MALAS NAK TULIS. BUSY BUSY BUSY

Ok, aku sangat percaya yang korang (bajet banyak readers) pun pernah mengalami situasi yang tak best kalau berurusan dengan gomen kan..

Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu, TNB, JBA, POS Malaysia semuanya di bawah kerajaan. Namun, dek kebijaksaan Tun Mahathir masa memerintah, beliau jalankan satu dasar baru iaitu dasar penswastaan. Dasar ini yang menswastakan sektor-sektor perkhidmatan. Sebab sektor perkhidmatan ni adalah mengenai berurusan, kalau staf perkhidmatan teruk, tapi under gomen, susah nak buang, kena naik turun mahkamah untuk pecat pekerja gomen tau! Jadi, pekerja teruk, servis teruk, apa nak jadi??? Negara kelas terakhir?

Sebab tu, dalam sektor perkhidmatan, jarang kita dapat tengok servis yang kurang memuaskan. Bayangkan kalau POS Malaysia masih bawah gomen, banyaklah surat tak terhantar, buku-buku ASB tinggal menjadi helaian-helaian kertas yang carik, pos laju dan pos ekspres ditukar nama menjadi pos-tengok-mood-lah.

Akhir kata, bukanlah SEMUA kerja gomen tu teruk, ada je yang baik. Tapi nasib aku belum lagi aku berjumpa dan berurusan dengan mereka. Aku yakin mereka ada. Kita yang mungkin pelapis pekerja gomen ni kenalah faham situasi ni, kita bekerja, dibayar gaji berdasarkan kerja kita, berkat tak duit gaji yang akan kita guna untuk sara keluarga, bagi makan minum pakai, hulur kat orang tua kat kampung yang tinggal di kampung dan orang tua kat bandar yang tinggal kat bandar dan tak mustahil untuk kita pergi Mekah dengan duit tu.

TAK TAKUT KE JADI COVER PAGE MASTIKA:

WARGA PENCEN MELIHAT KESALAHAN DOSA LAMPAU SEMASA MENJAWAT KERJA KERAJAAN DI HADAPAN KAABAH DAN ORANG-ORANG YANG DIANIAYANYA.

Akhir kata (lagi), tepuk dada tanya iman. Kerja gomen ke kerja swasta ke, bekerjalah sesungguhnya ibarat kamu akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kamu akan mati esok hari. *sarung kopiah*


Peringatan bersama. (ayat dalam cloud box itu sangat BM Julai ye)


love,
jefri

ps: Aku nak kerja kerajaan gak tak kisahlah masa tu BN lagi atau PKR yang jadi gomen cuma aku harap colleagues aku nanti dan diri aku sendiri janganlah sambil lewa atau culas untuk menjalankan tugas. #doa


1 comment:

Ayai said...

Urusan permohonan kolej tu mcm kenal?masuk blog..kagumnyaaaaahhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...