Monday, May 30, 2011

musang berapi (firefox) aku terpadam.takupdateblog. so?tadesapekesahnye.(gituh tajuk)

Salam...salam...salam...

Sebenarnya bukan sengaja aku nak abaikan blog ini,
untuk makluman semua, aku lagi suka guna mozilla forefox berbanding yang lain.

Kelebihan Mozilla?

  1. Add-ons dia banyak and menarik (sila google sendiri kalau nak tahu)
  2. Senang nak access. Tak selalu crash macam chrome.
  3. Saiz dia medium. Skrin lebar macam chrome tak syok lah bila gerakkan cursor rasa macam it takes years to close the tabs
  4. Disebabkan dah lama guna, banyak sites and blogs yang aku suka hendap dibookmark di mozilla. Kalau browse guna IE atau chrome, tak ingat url dah tak dapat mengendap..
  5. IDM paling optimum penggunaanya di mozilla berbanding chrome
  6. Dan sebagainya (yang bermaksud aku dah tak tahu dah)


Jadi, sejak seminggu ni, nak masuk blogspot guna mozilla tak boleh up until i realized that chrome does.
And i just dont want to know why....lantaklah konspirasi ke hape...
So, aku ngah guna chrome lah ni.

Ekceli...ada banyak benda nak share..ada banyak resepi nak bagi (ngantuk!) ada banyak cerita nak diceritakan tapi tunggu..tungguuuuuuu...tunggggguuuuuuuu...


Sekian dulu siri janji aku update ini.

Mengakhiri entri ini, mari aku sajikan korang dengan video yang i-wanna-have-kid-too




love,
jefri


p/s : chrome memang browser terpantas tapi kalau internet slow pun tarak guna lah...eh, again, kalau nak download browser, sila singgah di filehippo dan godek-godek sendiri k.!

Saturday, May 21, 2011

Kepulauan Seychelles nan indah *gituh tajuk*

Salam...salam..salam...

Korang, korang....korangggggg...*nada mencapub*
Biarpun merdeka lambat lagi, aku nak pesan nih,
Sayangilah dan lindungilah tanah air kita ini. Orang zaman dulu banyak berkorban untuk kemerdekaan yang kita kecapi dan nikmati sekarang.

Ni nak diberitakan satu kisah, khusus bagi warga Perak.
Kan masa kita belajar sejarah kat sekolah menengah dulu-dulu yang sampai kita tertido-tido tu kan,
setiap negeri ada Pegawai Inggeris yang lahanat kan dan macam biasa kalau ada putih mesti ada hitam, ada raksasa ada otromen, begitulah jua ada kebrobrokan, ada penentangan.


*Mood serius, fakta, kementerian penerangan*

Pejuang di Perak adalah antaranya Sultan Abdullah yang menentang kezaliman J.WWW.Birch.com yang mengganggu adat resam dan budaya tempatan, menaikkan cukai secara membabi babi buta, menghapuskan kuasa raja dan pembesar dan sebagainya. Digosipkan juga, J.WWW.Birch.com itu mengintai anak dara mandi......gituh!

Pembunuhan J.WWW.Birch.com oleh Sultan Abdullah telah menyabitkan baginda hukuman dibuang negeri oleh pihak penjajah pada masa itu. Baginda dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles.

....................


Haaaa..Korang, korang....korangggggg...*nada mencapub*
Dah paham dah? Jerih-perih pejuang terdahulu. Itu baru satu kisah. Ada berlambak lagi taw!

Ok. Di sebalik tabir. Rentetan itu, setelah habis menjalani hukuman buang negeri itu, baginda pun pulang lah ke negeri Perak Darul Ridzuan itu. Bersama....bersamaaaa....bersamaaaaaa

Lagu negeri Perak, 'Allah lanjutkan usia sultan' kemudian digubah menjadi lagu Negaraku yang korang selalu nyanyi masa perhimpunan sekolah, majlis rasmi, acara formal (bukan sama ke maksud) dan sebagainya.


...............................

Sumber rujukan tesis (gugel is your best friend) :
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Negaraku
  2. http://cikgusejarah.blogspot.com/2009/09/penentangan-di-perak.html 
  3. http://cikgurazak.blogspot.com/2011/01/penentangan-di-perak.html

Jadi, apakah motif entri ini ditulis?
Ok lah. Selain daripada isu tersebut, aku nak gitau...
Korang, korang....korangggggg...*nada mencapub*

Prince William dan Kate Middleton sedang honeymoon di kepulauan Seychelles.








Itu saja.

Sekian dulu,



love,
jefri

p/s : Korang, korang....korangggggg...*nada mencapub*
Ingat lagi tak kontroversi pasal lagu negaraku. Banyak kan...Isk3. Tidak patriotik langsung mereka. Nak tau ke? Ala gugel jah guna kata kunci kontroversi lagu negaraku. gituh!

Friday, May 20, 2011

Bubur Kacang Jefri Budak Suci (BKJBC)

Salam...salam.....salam..


Hehe..hehe...hehe...
Entri masak-masak lagi?

Hehe..hehe...hehe....

......................


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Saya Sheila Bimbo, ingin mengajar korang semua mengenai cara masak Bubur Kacang Jefri Budak Suci.
Eh, suka hati saya lah nak buat entri masak je. Tak puas hati?
Meh sini nak tonyoh ngan batang serai!
*tonyoh mulut ye..korang niiii*





Motep nama i diseru! I Sheila Rusly hokeh. Sheila Bimbo tuh saperr?
*emcee memohon maaf atas kesilapan teknikal itu tadi*


Baiklah. Bahan-bahan untuk satu keluarga yang harmoni, ala-ala iklan SINGER tahun 90an

  1. Kacang hijau dalam setengah kilo
  2. Gula merah dalam suku kilo
  3. Gula pasir dalam sesenduk dua
  4. Air
  5. Garam dalam setabur dua
  6. Santan dalam secawan atau susu isian sejat dalam setin
  7. Sagu dalam segenggam
  8. Daun pandan untuk kasi wangi macam ambi pure.

Sebenarnya sukatan tu ikut suka la. Bestnya buat bubur, kita leh adjust ikut suka hati kita.
Hahaha.*motif gelak?*

Pandai-pandai la ejas yek nak manis ke nak tawar ke nak kencing manis ke nak mati cepat ke tau tak harga gula dah naik???? *ko kenapa tetiba emo?*

Ok lah. Prosedur :



Kacang hijau+Gula merah+Air+Gula pasir+Daun pandan kasi rebus sampai kacang ijo kembang



Selepas itu, masukkan susu atau santan disertai garam bagi memberi ilusi rasa lemak.





Agak-agak dah menggelegak lama, masukkan sagu.
*Sagu masak apabila berwarna lutsinar*


 
Boleh dibuat juadah minum petang atau juadah berbuka puasa bagi yang puasa di bulan puasa.
Puasa jangan tak puasaaaaa....



Ok lah. Sekian dulu

love,
jefri


p/s : daun pandan tu beli tuh kat econsave Jalan Reko. RM1 serumpun...hampeh tol.


Thursday, May 19, 2011

Bubur Nasi Jefbree Van De Kamp Ikut Skeati (BNJVDKIS)

Salam....salam...salam...

..............

Ani melihat ke luar jendela. Hujan lebat. Tempiasnya mengenai tabir jendelanya. Guruh berdentum, kilat pula sabung-menyabung. Ani segera mendapatkan ibunya.

"Ibu, ibu buat apa?"
"Ibu sedang masak bubur nasi Jefbree Van De Kamp!"
"Apa beza dengan bubur nasi Jefri hohoho?"
"Banyak bunyik plak ko ni yek!"



Ok Adik-adik semua...Mari kita masak-masak!

Bahan-bahannya :

Bubur Nasi
  1. Beras dalam segenggam (dimakan oleh seorang atau dua orang atau tiga orang yang makan sikit)
  2. Air untuk masak bubur nasi
  3. Lada hitam dalam setabur dua (secukup rasa)
  4. Garam dalam setabur dua (secukup rasa)

Side dishes...gituh..
  1. Sosej 3 batangs (perlu ke s itu?)
  2. Ikan bilis segenggam atau ikut nafsu
  3. Kicap Jalen Lemak Masin

Lain-lain

  1. Minyak masak
  2. Periuk Nasi
  3. Sumber elektrik
  4. Semangat yang tidak pernah pudar

Baiklah. Jika anda menggunakan rice cooker, sila goreng dulu ikan bilis dan sosej itu. Guna minyak masak tau. Kalau guna air, namanya rebus. Disebabkan rice cooker memerlukan pemberat untuk menjalani fungsi 'cooking' instead of 'warm', sebab itulah sosej digunakan kerana sosej lebih berat berbanding ikan bilis.





Keluarkan ikan bilis dan sosej yang sudah siap digoreng itu.

Masak pula bubur nasi dengan menyatukan saja air, beras, lada hitam, garam dan periuk nasi disambungkan kepada sumber elektrik.



Sudah siap? Masukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.Tuang kicap, dan tabur sosej dan ikan bilis yang sudah siap digoreng itu.



Baca doa makan dan makanlah. Lebih orgasms jika disertai dengan air horlicks.



Oklah. Sekian duluuuuuu

love,
jefri


p/s : lada hitam boleh menyebabkan cherry berry. Awas dengan sukatan pengambilan. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...