Tuesday, May 10, 2011

IDM versi 6.05 mediafire link.Mari donlod video!

Salam..salam...salam...

Ingat lagi entri ini?
Hari ni Dr Jefbree Van De Komputer ingin menolong kalian yang ingin download video dari link, video youtube mahupun video dari facebook menggunakan IDM menerusi google chrome atau mozilla firefox versi 4.0 dan ke atas atau Safari atau Opera....


Secara mudahnya :
Mungkin tuan-tuan memiliki IDM tapi versi 5.18 atau 5.19 dan sebagainya yang mempunyai keupayaan yang terbatas untuk download di google chrome dan mozilla 4.0 dan ke atas. Jadi, saya cadangkan, download dan installah IDM versi 6.05.

PERHATIAN : SILA TEKAN CTRL DAN KLIK UNTUK BUKA IN A NEW TAB
Sila download di sini
Password extract : smilesoftware

Dan sila ikut arahan dalam note yang diberikan.
Ikut betul-betul ye.

Sekali lagi, aku nak promote untuk download di link mediafire kerana

  1. Mediafire punya link jarang yang broken
  2. Mediafire link memberi download yang licensed dan registered. Paling syok!
  3. Lajuuuuu untuk didownload
  4. Bebas dari virus, kuman dan bakteria
  5. Kalau tetiba download korang terputus, IDM leh resumekan download itu.
  6. Dan sebagainya (yang membawa erti aku dah tak tahu..haha)
 Tadaaa..inilah dia. Software berjual nih.


Tapi kalau rajin godek google, banyak software best boleh diperolehi dengan percuma......
Jefri suka freeeeee...Contoh tempat best downl;aod software is filehippo
Kalau jumpa link untuk download, better right click, then choose download with IDM, 
Sebab kengkadang kalau direct click, mozilla yang downloadkan. Ala, yang save file tuh..
Tidak grand ye itu...


Hahahahaha...*motif gelak?*

K lah sekian dulu.

love,
jefri


p/s : Benda ni kita google jek. yang penting, mediafire link. ok! Eh, rupa-rupanya link ini datang dari www.smilesoftware.blogspot.com....Terima kasih! Jemput singgah ke sana. tadi singgah, sungguh cool....

Monday, May 9, 2011

Bubur Nasi Jefri Hohoho Ikut Sukeati (BNJHIS)

Salam....salam...salam...

Setelah diberikan hidayah, petunjuk, nur, kasih dan nurkasih the movie,
Mari kita lihat cara memasak bubur nasi jefri hohoho ikut sukeati...

Pertama sekali mari kita sediakan barang-barang
*eh, sebelum kita sediakan barang-barang, ini untuk mereka yang hendak try jek, kalau tak, rugi je mekeme-mekeme seme sediakan barang tapi dipandang nan sepi kan...*

Ok. Bahan-bahan (untuk 3 orang makan yang tidak pelahap)  :

  1. Beras (saya guna 4 genggam beras : tangan saya kiut, untuk kalian yang badan aneroxic tuh, mau 6 genggam kot)
  2. Lada hitam (kalau mampu, tumbuklah bagi hancur. Oleh sebab saya berada di kawasan yang tidak terdapatnya alatan menumbuk, saya relakan saja lada hitam saya membulat-bulat berbiji.
  3. Ikan bilis (ikut selera nak letak sebanyak yang mungkin)
  4. Sosej untuk dijadikan sumber protein tambahan selain ikan bilis itu tadi. Dipotong-potong, jangan diletak seketul-seketul, nanti mak mertua lalu, pitam beliau.
  5. Garam (kurangkan garam untuk mengelakkan darah tinggi dan strok! sekadar penambah rasa kan..)
  6. Air (letakkan banyak air supaya nasi bertukar menjadi bubur, apa nak buat.....nasi dah jadi bubur...*pose fauziah nawi*)


Alatan

  1. Rice cooker (heater adalah tidak digalakkan manakala seterika adalah dilarang)
  2. Senduk untuk mengacau bubur (bukan untuk mengacau roomate atau budak baru balik mengaji ye)
  3. Sumber elektrik untuk menghidupkan periuk nasi. Kayu api adalah tidak efisyien.
  4. Kalau siapa-siapa yang ada dapur gas atau dapur kayu sila abaikan rice cooker anda.(jimatkan penggunaan elektrik)
  5. Semangat yang jitu dan tidak kenal erti lelah..(lelah tu apa ek? haa..tengok, i tak tau pun apa tu lelah..)


Caranya :
Masukkan semua bahan dan tunggu lah masak....ejas rasa masin dengan tambah air.

Tadaaaaaa....

saya sayang rice cooker saya sebab dia colorful dan penuh bunga.
*penggunaan rice cooker boleh menyebabkan rampasan oleh orang opis*
"eh, aku buat ni kat umah...mana ada buat kat kolej...takde..takde...kat umah ni"


the reactants were reacting with each other to form the final product.
Any disturbances during the process will cause the reaction shifts 
according to the Le Chatelier's Principle.
*tiiiberrr*


Finally, see. Tak perlu lah nak menumis-numis guna minyak atau marjerin.
Ikan bilis itu akan pecah minyak dengan sendiri.
Selamat mencuba!



Tu diaaa...sesuai untuk mereka yang dintissss (no money) di hujung sem selain senang,kenyang, mudah, cepat, dan mesra, pdrm...Kalau rajin, tambahlah carrot ke, sawi ke, halia ke, fishcat ke, apa-apa lah, nak kurangkan bahan ke, tapi nanti tukarlah nama masakan ini. Bubur nasi jefri hohoho ikut sukeati ini adalah ciptaan asal, asli,dan tulen oleh aku ok. huahuahua...

Sekian dulu. c yaaa


love,
jefri

p/s : pasni nak ajar cara buat air milo pulak ye..
*pangggg...bunyi lemparan baldi di kepala jefri oleh unknown*

Wednesday, May 4, 2011

jena jen old songssssss

salam...salam...salam...

Teriknya mentari. Haba hangatnya mencengkam setiap sendi dan liang. Peluh menitis. Jantan betina.
Walau hari itu terik, seorang perempuan tua tetap gigih menghimpun rautan dedaun kelapa untuk dijadikan jerami.
Sayup dari kejauhan kelihatan seseorang melambai-lambai.
Mungkinkah itu anak tunggalnya yang telah setahun merantau di negeri orang?
Sayup-sayup kedengaran, suara bergema,

"Mari kita berziana zain!" *haaa tade keje*
















Sesungguhnya ini adalah lagu-lagu yang best tapi jarang diperdengarkan. sekian.
Perempuan tua itu tersenyum puas. Jimat duitnya daripada digunakan untuk pusat karaoke orang ramai di hujung desa itu. Perempuan tua itu terus menyambung kerja-kerja meraut daun kelapa dan menyambung impian untuk mengahwini putera raja. Perempuan tua itu gila rupanya!

lalalalalalala


sekian dulu..c yaaaa


love,
jefri


p/s : nak download video-video ini? dapatkan IDM...hehehe...

selamat hari ibu (in advance)

salam...salam...salam...

Kat tv9 sekarang asyik dok ulang iklan peraduan hari ibu.
"Lukis gambar ibu anda dan tulis pesanan-pesanan ibu kepada anda"

Terus ni, shamina (adikku) nak join.
Wah..terharu...tak sia-sia aku menyusukan memberikan susu pada beliau sewaktu mengasuhnya beberapa tahun yang lalu.

Terus ni, bajet menang. dah la hadiah dia, antaranya,
Kawan9(pebende tuh, so i simplify it as artis when explaining to her) akan datang rumah.

Firstly dia tak tahu what are the prizes. Bajet ni, jap ek, nak kesat ayaq mata..
Shamina kata kalau dapat hadiah utama  (which she imagined) dalam rm10ribu camtuh, dia nak buat rumah.


gambar hiasan (oi gambar betul lah!)



alololo. Budak-budak memang suci.
Dia tahu rumah yang kami diami ini sangatlah heyynaar dipandang dari luar.....
pastu aku cakap, nanti artis nak datang umah,
terus dia gelabah...'hahahaha..rumah kita dah la buruk!"

pun boleh...


eh jap...what if i get the 10k?


  1. Nak bayar hutang ptptn yang digunakan semasa tahun 1.huhu. Dekat rm5ribu jugak ni termasukla duit intro dari ptptn masa memula nak masuk u dulu.
  2. Nak bayar duit motor. Rm5 ribu jugak....
  3. Laaa..dah habes? Ada banyak lagi nihhhh

Alaaaa....;(
Susah wooo idop berhutang ni.


Ok. Mari. Mari. Mari.




nukilan ikhlas nih...*genang ayaq mataaaaa o_o


Ok lah. kalau sudi, berumur 6tahun ngan 14tahun sila lah join....



Rasa macam berterabur plak entri kali ni. ahhh..aku perasan busy.
Home sweet home. jap gi nak makan patin masak tempoyak (pantun nih!)

love.
jefri


p/s : santeekkknye mak aku. siap ada taik lalat lagi (dari mana tah datang!) eyeshadow betul tuh! huahuahua. keje aku..........
p/s : selamat hari ibu in advance kepada ibu, ibu angkat, bakal ibu, ibu jari, ibu ayam, ibu itik, ibu rimau dan semua ibu di duniaaaaaaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...