Friday, September 30, 2011

eh, mana kaitannya?

Salam....salam...salam...

Sekilas update untuk mengkhabarkan kalian bahawa aku masih ingat password blog ini dan juga sebagai token penghargaan buat hadirin-hadirat yang sudi melangut di sini dari hari ke hari menantikan entri baru tanpa rasa jemu dan pilu *panggggggg kena baling selipar jamban*

Amboi. Aku sekarang makin perasan sibuk. Bertambah-tambah perasan sibuknya.
Mana sibuk tu, mana sibuk nih. Haish. Harap semua bertenang ye.

Lagi satu, sekarang ni American TV Series melimpah ruah bagai cendawan tumbuh selepas hujan *esei SPM* Itulah. Sekali ada, berlimbun-limbun mari tapi sekali takde, kosong je la. Takde pape yang nak didownload.
Meh sini aku listkan the latest season yang available :

  1. Desperate Housewives Season 8 Isnin
  2. Glee Season 3 Rabu
  3. America's Next Top Model All Stars Cycle 17 Khamis
  4. The Vampire Diaries Season 3 Khamis
  5. The Amazing Race 19 Khamis kot
  6. Gossip Girl Season 5 Taktau 


Nak download kat mana? Nanti kalau aku dah tak perasan sibuk, nanti aku bagitau.

Itulah antaranya. Mana sibuk nak download lagi mana nak mencarut-carut kat line wifi yang sangat sakitkan hati, jiwa, dan raga. Mana nak makan mana nak minum mana nak berak nak kentut dan kuskus dan sebagainya. Mana nak berprogram lagi mana nak pergi kelas lagi mana nak assignment lagi mana tanda soal nih????????????????

Maka, MANA itu sudah jadi tanda tanya yang popular sekarang bagi aku. Bercakap mengenai tanda soal, aku nak soal korang pasal Matematik dan Kaunseling. Eh mana kaitan?

Jom skodeng :

Kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dgn 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

jadi...
...
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E=12+15+22+5= 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini sume x dpt markah penuh...

tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Attitude paling penting... :)





Rimas aku tengok benda ni sekarang dah menular kat facebook dan dijadikan status.
Well, biasa tengok kat program motivasi la kaunselor sekolah cuba membersihkan hati ktia dengan kata-kata semnagat bila saya sebut SPM kamu kena jerit BOLEH!!!!! dan perkataan lain maka selepas beberapa hari kemudian, or worst jam, maka laungan tinggal laungan.

Nota : Hanya mereka yang bersekolah era 90an hingga 2000an faham kot bengkel-bengkel motivasi kejadah ni. Aku memang menganggap bengkel motivasi ni sebagai persinggahan sekejap, pelepas lelah jek. Nothing much. Bawaklah naik flying fox, terjun bangunan turun bangunan, panjat gunung, demonstrasi kebakaran (?), ice breaking-kumpul ikut bulan eklahiran, warna baju dan sebagainya, semua itu hanyalah hangat-hangat pejuangan memboikot barangan yahudi! eh silap, hangat-hangat tahi ayam!

Melalut dah, aku nak condemn benda ni jek, yang lain aku taknak sentuh. Mungkin ada pihak yang terkesan dengan cara motivasi sebegitu but i was not the one. Dan ini adalah entri bersifat pendapat peribadi.

Back to business, jadahnya guna peratusan macam tu?
Ye pun nak buat magic dalam motivasi, perlulah berlandaskan jalan yang benar. Memang la betul Attitude atau sikap tu penting tapi kenapa pembuktian tu dijalankan sebegitu. Kalau satu ahri wartawan 360 atau 999 atau Cobaan Akhill Hayy datang tanya aku, pasal benda ni, aku cakap,

Dengan nada sopan sambil urut halkum," Yang paling penting adalah IMAN"


sekadar gambar hiasan.

Lantas kedengaran suara dari backstage berkata,

"IMAN baru I+M+A+N= 9+13+1+14= 37% Kalau UPSR tu gagal tuh!"

Lalu aku pun meludah beliau. Padan muka sapa suh perasan unik....

Simple Matematik kot. Sekolah darjah 3 ke 4 dah belajar pasal peratusan.
Meh sini aku nak ajar



x/total darab 100% then baru jadi peratus.

Untuk kes mengira 'markah' ATTITUDE :

100/total A sampai Z darab 100% baru dapat persen.

Haish. Ini la sebabnya TERDAPAT SEGELINTIR Melayu bengap Math! *OPSSSSSSSSSSSSS
dah habis cover da tu ek.

K lah. Benda macam ni pun nak buat entri kan...

ADA AKU KESAH......

Sekian dulu,

love,
jefri

p/s : berapa total A=1 tambah sampai Z=26 ? Ah kira sendiri. Takkan semua nak suap jek. Ini la sebabnya MELAYU.......suka makan nasi LEMAK. Eh, mana kaitannya?

Ops.

p/s 2 : Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Selamat datang Zulkaedah.

2 comments:

IQBAL ZARIN said...

heyyynaaarrr!!! choi laa maen peratus2 itu. kalau aku: yang penting redha kepada ALLAH...

A+L+L+A+H -> 1+12+12+1+8=34% je!

ZASSS! *bunyi kepala kena pancung*

HAHAHAHA

Jefri said...

*sambil belek2 kepala ekebal yang masih terkebil2 matanya*

"takpe ekebal. semoga perjuangan ko memforward email dan sms berantai mendapat keberkatan ilahi di dunia dan di akhirat"

*pangggggg kepala aku plak kena pancung!

-kiddo-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...