Wednesday, August 10, 2011

selamatkan hari yang sepatutnya.

Salam....salam...salam...

Balik dari terawih, terus buang serban, bersihkan celak di mata, tanggal jubah, pakai kain pelekat dengan seluar panjang di dalamnya (oh, akulah lelaki paling beriman di akhir zaman kononnya!), terus aku hadap laptop sebab....sebab apa kau tanya??? sebab aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran atau happy birthday kepada insan istimewa (baca : bukan kanak-kanak istimewa, belia apetah lagi!) kepada :



(betul tak nama ni? hehe dah lama tak tengok buku kedatangan sekolah-ala yang ada senarai nama pastu kat kolum sebelah ada kotak untuk tanda tangan dan biasanya masa form 5 cikgu zarimi suruh aku tandakan memandangkan aku adalah ketua kelas yang tidak seberapa wibawa)


sekadar gambar hiasan

Baiklah. Birthday Aiman atau ulangtahun kelahiran ikut kalender masihi adalah 11 Ogos pada setiap tahun. Tahun Islam aku tak tahu sebab aku punya sendiri pun tak tahu yang aku tahu Shikin Zaki jek sebab Shikin Zaki cakap dia lahir pada nisfu Syaaban aka 15 Syaaban kan? Dia la kata....Dan perlu la aku nak mention itu eh ittew?

Biasa orang wish pukul 12 tengah malam kan? Ah, itu style Barat! Aku jiwa Melayu nan Islam wish lepas Maghrib (tapi bukan sekarang Isya' ke?) Saje je Aiman nak wish lepas Isya' sebab masa Maghrib tadi orang semua sibuk berbuka puasa...Tak nak ganggu...*alasan*
*Kalau yang suka wish lepas pukul 12am tu nape tak berbuka puasa pukul 12am jek?*

Baiklah.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran kau ye Aiman, (orang lain pun bulih baca-no hal!)
Semoga sifat-sifat mahmudah/baik yang ada dalam dirimu itu terus mekar dan bersemi dan berkekalan.
Sifat-sifat mazmumah akan terhakis dan terkakis lalu terkikis.
Untuk pengetahuan umum, aku sangat senang banget bersahabat dengan  Aiman lantaran :

Be nice to me whenever it would be
Be there for me wherever it would be
Be listened to me for any preach/thought I give

Those are beyond enough for me. Kalau setiap sms yang aku hantar, mesti dia balas. Korang ada? Takde kan. Aku yakin sangat Aiman tak pernah kutuk belakang aku. Purely kompiden! Kalau bercanggah pendapat, dia tak pernah attack. Nor personal attack. Senantiasa menyokong aku. Lawak-lawak aku dia gelak. Percayalah ini semua lahir dari hati dan sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kelahiranmu wahai Aiman *hujan rintik-rintik menambahkan suasana sepi dan damai*

Sangat susah nak cari sahabat macam Aiman. You are the truly one macam truly Asia....
Memang la aku ada kawan kat matrik KMNS sampai la kat UKM nak masuk tahun 3 September ni, tapi persahabatan kami tetap ampuh dan utuh (sebut betul-betul)

Ada banyak lagi nak cerita pasal persahabatan kitorang -nak jeleskan korang yang membaca sebab korang ada ke sahabat best macam Aiman???
*aiyoo riak*

Takpelah. Semuanya tersemat dalam hati dan minda walau angin yang menyapu tulisan pasir di pantai tak bisa memadamnya *Cikgu Rohila alert*

Sepanjang perkenalan serius (?) dari form 2 (2004) sampai la sekarang, macam-macam dah kami explore, jumpa, dan temui *sinonim* dan aku malas nak citer kat sini sebab...sebab apa kau tanya??? sebab aku perasan sibuk......

Akhir kata, di bulan puasa ini, aku hanya mampu hadiahkan sekuntum senyuman (bluek!) dan alfatihah buat doa semoga kau, Aiman, sentiasa sihat sejahtera dan berjaya di dunia dan akhirat. Ingat nak baca Yassin tapi tak hafal, maklumlah aku bukan budak maahad, sekadar bekas pelajar sekolah menengah harian...sekolah felda pulak tu...sekolah yang banyak kes raba-ngeh-ngeh-ada-orang-raba-saya-lah-cikgu-norhaizan, kes romen-di-tangga-tangga-dan-taman-permainan, kes adik-abang-akak-cikgu-angkat, dan sebagainya.

Semoga ibadat puasa kita diterima dan banyakkan ibadat sunat di samping yang wajib kerana bulan Ramadan ini penuh kemuliaan dan dilipatkaligandakan ganjaran, jangan lupa bayar zakat.
Semoga kita akan mati dalam iman dengan akidah Islam yang mapan.

Akhir kata (again), semoga kita terus menjadi sahabat baik dunia dan akhirat dan bertemu di syurga yang kekal di dalamnya. Ketahuilah olehmu wahai Aiman bahawa di dalam syurga nanti, akan ada satu hari yang diperuntukkan untuk penghuni-penghuni syurga berhimpun (ibarat macam pasar kot) bersama dan menceritakan atau berbual-bual mengenai kisah di dunia terdahulu dan aku nak borak ngan ko, nanti ajak Shafiq sekali...;)

Rujukan : Buku Keindahan Syurga yang Cikgu Syukri Yusof bagi sebab dapat A1 Sejarah SPM.
Buku tu dah hilang plak.

Akhir kata, selamat berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur dan berhari raya kepada semua dengan ucapan,  kenang daku dalam doamu. Eceh!

love,
jefri

p/s : banyak lagi nak tulis tapi perasan sibuk sudah mari...
p/s 2 : takde hadiah nak bagi *meraung*
p/s 3 : Sape cakap Aiman mulut jahat suka maki orang sebab korang jahat ngan dia. Rasain. Hoho. Kitorang simple jek, macam reflex, kalau baik ngan kami, kami baiklah....Dan sebaliknya.
p/s 4 : kalau ada tersalah kata atau bahasa, sila ampuni, no hard feeling
p/s 5 : sebenarnya...sebenarnya....sebenarnya...aku pakai t-shirt ngan kain pelekat jek pergi terawih tadi. Doakan aku!




4 comments:

h.i.e.D.a.a said...

wahh. express betul. haha.


selamat hari lahir jugakla ye amirul aiman!
*walaupun aku rasa cam baru je lepas kne 'hack' ngan dia kt fb, haha.

Jefri said...

skang sume benda nak cepat...nak masuk toilet pun kena bayar *oh takde kaitan*

gunakan password yang mapan lain kali ;)

SoLy SoLicious said...

selamat ulang tahun kelahiran aiman :)

Jefri said...

terima kasih soly dan doodle-nya

*dari aku yang bukan aiman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...