Baru pulang dari menghantar mak ke rutin sebulan sekali perjumpaan dengan pegawai kesihatan untuk memantau darah tinggi dan kencing manis dan aku hanya duduk melangut sehingga proses itu selesai.
Dan aku percaya!
Semua ini adalah dakwah halus dari mak aku yang ingin aku menjaga kesihatan sedari usia muda jika tidak i will end up my life with ulang-alik ambil ubat beban-sebeban di hospital atau klinik kesihatan terdekat kerana pemakanan dan gaya hidup pada zaman mudalah yang menentukan kehidupan di usia tua (kalau panjang umur, murah rezeki-Amin)
Oh, nikmat yang mana lagi aku dustakan?
Sekian intro.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini,
Sebenarnya, aku nak sampaikan suatu perkara yang berkaitan dengan nikmat.
Tadi kita telah sentuh mengenai nikmat kesihatan walaupun sedikit cuma. eceh!
Nikmat itu luas. Ada banyak jenis nikmat seperti
- Nikmat seks
- Korek hidung
- Makan minum
- Beli belah berambos
- Kejayaan cemerlang
- Anak-anak yang mendengar kata
- Pokok-pokok yang berbuah lebat
- Kesihatan yang baik
- Bernafas
- Hidayah Allah
- Dan sebagainya
Dan sentiasalah kita bersyukur.
Rahmat dan nikmat itu melimpah ruah. Tak percaya?
Cuba tengok dengan penciptaan nyamuk.
Manusia telah mencipta Ridsect, Shieldtox,Fumakilla dan sebagainya.
Dan berapa banyak pula kilang-kilang membuat racun serangga dibina?
Peluang kerja semestinya.
Dari penciptaan tubuh manusia ini, berapa banyak pakar boleh dihasilkan?
Pakar jantung, pakar kulit, pakar pembedahan. dan sebagainya lah yang berkaitan ngan ilmu perubatan.
Dari asbab rambut, berapa banyak syampu, gel rambut, conditioner, sikat, tudung, songkok ada di pasaran?
Dari asbab kuku, berapa banyak ketip kuku, kilang besi buat ketip kuku, pedicure, manicure ada kat jalan Bukit Bintang dan jalan-jalan lain?
Dari asbab seks, berapa banyak pelacur, kondom, pad, lubricant, lingerie, pushupbra, viagra, pelamin, hantaran, mak andam, make up, chemicals dalam make up dan chemists yang terlibat dan sebagainya.
Oh, nikmat yang mana lagi aku dustakan.
Sesungguhnya kalau semua pokok di dunia dijadikan pena dan seluruh lautan dijadikan dakwat, nescaya takkan habis tertulis nikmat-nikmat yang Allah kurniakan.
Jadi syukurlah.
Mengakhiri entri di hari Jumaat ini, mari kita berkaraoke lagu ini
sekian dulu
love,
jefri
p/s : Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Dan aku tak perlu jadi ustaz atau nampak macam ustaz untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan...;)
2 comments:
nikmat molek makan free
gunakan kesempatan yang diberi sebaiknya..;))
Post a Comment