Saturday, March 31, 2012

Demi Masa.

Salam...salam...salam...

Hari ini kita bincang isu masa. Aku ada teori yang menyebut: Masa adalah makhluk Allah. Suatu ruang dimensi tertangkup yang menyediakan perantaraan untuk makhluk selain masa berjalan di dalamnya. Itu definisi masa.

Punctuality atau menepati masa. Kenapa manusia sekarang sukar untuk menepati masa?


  1. Pandang remeh/ambil ringan
  2. Perasan artis/mengada-ngada/bajet cun/feeling kpop walhal jawa tegar
  3. Ada urusan lain yang lebih penting/tak penting langsung
  4. Malas/enggan bekerjasama/tanda protes
  5. Terlupa (0.000000000000000001 kebarangkalian)


Implikasi atau kesan tidak menepati masa


  1. Dibenci oleh orang yang menunggu
  2. Disumpah seranah oleh orang yang menunggu
  3. Pendek umur sebab dapat doa buruk-buruk dari orang yang menunggu
  4. Hidup tak aman
  5. Mati dalam ke-malu-an
  6. Pendek kata, imej anda yang tidak menepati masa adalah tercalar.


.............

Aku datang dari latar belakang yang sangat menghargai masa. Aku rasa terhina kalau ko saja-saja jek nak buang masa aku. Kalau sesuatu tu melibatkan kau, tahu pun nak orang lain punctual, kan leha kan....leha oiiiiiii

.............


Sila renungkan, andai hari anda menikah anda, anda pun sengaja la nak lambat-lambat lalu tok kadi fed up sebab ada ramai lagi pasangan pengantin yang punctual hendak dinikahkan, maka tok kadi akan kahwinkan pasangan korang yang punctual dengan pengapit korang yang punctual yang tengah berbalas bbm dengan korang yang still bermalas-malasan dengan kata-kata "U kat mana ni? Cepatlah sikit kiah hoi" dan dibalas 'I memang tak suka punctual. It's in my DNA"


Andai kata lah, tok kadi tu jenis yang boleh bertolak ansur (dengan duit), tunggu korang gak, dan korang pun berkahwin la dengan pasangan korang yang punctual tu dan semasa melayari bahtera perkahwinan yang terhuyung-hayang akibat ketidakpunctualan korang tu, korang bernilai sangat ke untuk disimpan dalam bahtera tu?

Secantik-cantik JLO, Rozita Che Wan dan semua ahli kumpulan Elite tu, semua dah diceraikan, so what makes u feel so secure?

Tahukah anda bahawa individu-individu hebat di dunia semuanya adalah menepati masa.
Sekecil-kecil lebah/semut/bakteria/atom/elekton/proton/neutron sehinggalah ke sebesar-besar angkasa/alam semesta/galaksi/sistem cakerawala ini adalah menepati masa/janji.

So what makes u feel so secure?

Aku tak tahu la pasal hukum menepati masa ni sebab ustaz azhar idrus pun takde lagi video dia cerita pasal ni *ehem*

Tapi kalau dah tak menepati janji dan menyusahkan orang lain...Sila semak balik buku teks agama sekolah menengah keluaran kementerian pendidikan malaysia.

Sekian, terima kasih.


love,
jefri

p/s: hey, pempuan memang la lambat nak bersiap...nanti kalau buruk  cakap perempuan ni tak reti jaga laki la, pengotor la apa!

Heyyy, kalau janji pukul 3, yang kau pergi bersiap pukul 3.05 tu kenapa? Bersiap la sebelum Subuh yang ko tu santekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat kan?

p/s 2: untuk teladan semua pihak termasuk diri ini. Sekian, terima kasih. Maaf zahir dan batin.

p/s 3: Sebagai selingan

Saturday, March 3, 2012

Paranoid.

Salam..salam...salam...

Bersua kembali. Terima kasih.

..............

I gather all my strength and I can now write something in this blog. Thanks Allah.

..............

Sebenarnya, lebih kepada luahan rasa jek. Sape yang tengah stress, sila tutup laptop cepat sebab takut bertambah stress.

Baiklah, aku baru nak masuk minggu ketiga semester dua tahun tiga ni. Tapi dugaan dan cabaran dan ujian yang datang ni, boleh sesak nafas jugak lah....Aku rasa kalau dalam graf, aku sedang berada dalam fasa meningkat, fasa eksponential.





Terbeban atau mendapat tugasan atau amanah memang berat. Aku bukan jenis suka ambil ringan sebab benda ni melibatkan amanah. Pernah dengar cerita masa Allah nak lantik khalifah untuk memakmurkan bumi ni. Semua makhluk enggan. Gunung berkata andai amanah sebagai khalifah itu diletakkan kepadanya, nescaya hancur berderailah gunung akibat beratnya amanah itu. Manusia pula dengan yakinnya/bongkaknya menggalas amanah ini.

Aku cuba untuk tak nak salahkan sesiapa tapi aku tahu cara aku motivasikan diri aku adalah memilih alternatif pemikiran iaitu melihat dari sudut berbeza. Baru tenteram sikit.

Apa ujian dan dugaan aku yang sangat aku resahi?

Semua orang ada masalah. Semua orang tak terlepas dari ujian. Aku percaya dan yakin Allah takkan membebani seseorang melepasi daripada tahap yang boleh ditangggung. Aku sedang mencari kekuatan.

Kita doa sama-sama.

..............


Paranoid atau paranoia.

Aku gambarkan perasaan paranoid sebagai rasa takut, terancam, dan gerun dengan sesuatu yang tak pasti. It leads to false accusation. Pemikiran kita memang memainkan peranan penting. Aku percaya kepada kuasa minda. Akal. Iman. Yang paling utama mestilah Iman.

Aku ada masalah nak percayakan orang. Aku bukan perfectionist. Asalkan kerja tu berjalan seperti yang diharapkan sudahlah. Aku percaya kepada tiada akar, rotan pun berguna.
Akhirnya, paranoid yang membawa aku kepada beban tugas kerja yang baru.

Minda pula akan mempersoalkan penerimaan orang luar. Invasion. Serangan, jajahan, penentangan. Siapa yang suka? Adakah aku terikat dengan kuasa kuasa. The power of power?

Adakah aku takut kehilangan kuasa? Apa kuasa aku?

Aku tak takut bersendirian tapi aku tak nak bersendirian untuk jangka masa yang lama.

Aku rasa semangat aku dipatah-patahkan untuk tatapan buat aib.

Aku percaya semua yang berlaku adalah bersebab. One leads to another.

..............


Aku sering mempersoalkan orang lain. Keyakinan aku tidak tergugat-sangat.
Aku perlu menambahkan intensiti kepercayaan bahawa rezeki masing-masing berbeza.
Aku perlu lebih lama menyarung kasut mereka.
Aku percaya mereka juga mahu antara bab kehidupanku dicatat dalam log hidup mereka.

.............

Akhir kata, aku perlu bijak.
Bijak bukan pada akademik semata. Bijak bertoleransi kerana aku hidup dalam spesis berkumpulan,
Bijak merencana kerana di hadapanku banyak tersusun. Bijak mencilok kerana liku-liku sangat kejam.
Bijak itu bijak ini tanpa tergadai maruah diri.


Maruah. Siapa yang masih menggunakan perkataan itu?

..............

Atau aku hanya perlu mengikut rentak mereka. Ini bukan aku. Itu bukan aku.
Aku tidak menjadi aku. Siapa aku?

Aku dulu punya rasa bangga yang tinggi untuk mendabik dada yang aku istimewa tanpa klise.
Aku perlu mengubah paradigma?
Bukan sehari untuk mengubah tamadun.


............

Aku penat. Hati aku letih.
Aku berdoa untuk yang terbaik.

Kita sama-sama berdoa.

............

Amin.


love,
jefri


p/s: My sense of humor is like switch. My feelings are switches. Need to be turned on or off. I decide. By them.

Wednesday, February 15, 2012

saja nak update.

Salam....salam...salam...

Bersua kembali dalam blog yang makin lama makin sepi makin kusam makin hina makin caci makin keji makin pudar makin busuk makin sayang makin cinta selamat hari kekasih aka maksiat. *tak selamat la hidup kalau buat maksiat*

Baiklah. Memang dah lama tak up entri baru tapi...tapi....tapi ye, bukan blog ini saja...
Untuk pengetahuan, aku hari-hari bukak blogspot ni, dan aku tengok la kat dashboard tu, blog-blog lain yang aku follow jarang jugak update.. Apa sekarang ada competition Siapa Update Blog Aku Nak Baca Sebab Aku Perasan Sibuk?

Ya. Benar. Perasan sibuk semakin menular walaupun ketika cuti sem. Diulangi, CUTI.

Ada banyak benda yang nak aku cerita, tapi takkan nak buka kaunter lagi kan, kaunter lama pun dah terabai dan insyaAllah, buka sem nanti kelas agak kurang, semangat nak belajar pun kejap ada kejap takda, kelas ada akan dipura-purakan takda, pensyarah tukar-tukar dan tugasan mungkin kurang, duit pun tak masuk lagi untuk berjimba tahap gaban sebab mata gelap dengan limpahan duit, maka, masa tu nanti i update ye uols.

*macam la ada orang kisah*

Nota: Aku cuti semester 1 tahun 3 nak masuk semester 2 tahun 3 selama sebulan. Dijangka 19hb Februari akan pulang semula ke UKM terchenta dan unpack barang-barang di sana. Oh, tak nak fikir.


Sekian dulu, aku dah sapu habuk.

love,
jefri


p/s: Dunia blog dah makin merudum dan aku seakan merasakan sejarah Myspace akan berulang...but not for the meantime selagi takde pesaing dunia blog yang mampan macam fb vs myspace. Toodles.

Saturday, January 7, 2012

Sebuah update khas buatmu di sana......

Salam...salam...salam


Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia buat semua pengunjung tegar dan pelangut-pelangut setia blog femes aku ni yang sentiasa menanti update terbaru walaupun dah dekat berzaman tak update blog! *POMMMMM bunyi petir sambar-menyambar*

Baiklah, untuk pengetahuan kalian, aku diserang perasan sibuk yang sangat kritikal dan perasan malas yang sungguh kritikal dan hal ini sangat kritikalis bak kata aku. Banyak hal terjadi dan banyak benda terjadi dan hal ini sangat terjadilis bak kata aku. Maka, daripada aku buat karangan SPM cerita pasal rentetan hidup aku sepanjang ketidak-update-an blog ini, bukankah lebih baik jika kita bersemuka face to face lantas aku cerita jek kat korang kan????
*sila ambil nombor di kaunter*
                                   
Kaunter semakin sesak dengan lapisan masyarakat pelbagi kaum dan lapisan umur.


-----Perasan blog femes padahal *teet*-----------


Baiklah. Mungkin ada peminat-peminat aku *matila satgi* yang berada di UK yang tengah amek medik ke *ops*, yang berada di UPSI *ops gak*, yang berada di Ireland *ops lagik*, dan juga di seluruh dunia seperti Angola, Burundi, Mozambique, Djibouti, dan Togo dengan ucapan, "Ok tak buat medic kat situ? Hati-hati kalau nak upload pic kat fb, nak senang, upload kat myspace jek, takde sapa tau!"


                                          
Ai ok jek. Medic is fun! Tiber kan...Huk3. Comel gelak ai tau...



Maka, baiklah kiranya aku tolong summarize-kan kisah hidup aku. Senang korang takyah beratur kat kaunter itu *kaunter kelihatan sesak* dan jimat tiket flight untuk mendengar kisah hidup aku ini. Fuh.

Ok. Mulain ya dong!

  1. Welcome to 2012 to all of you especially to Puak Maya
  2. Malam tahun baru aku tak selebret sangat sebab aku ada banyak benda lain lagi nak buat macam tengok tv, makan sambil tengok tv, tak study tapi online, dan tak study tapi nak exam.
  3. Oh, final exam sem 1 tahun 3 aku sudah bermula pada 3 Januari 2012 dan dijangka tamat pada 19 Januari 2012. Antara subjek yang diambil adalah......................*ada korang kesah kan?*
  4. Isu yang paling hangat sekarang kat UKM adalah isu air. Aku tak terlepas dari terkena tempias ini. Untuk pengetahuan, terdapat dua saliran air UKM yang merangkumi dua lingkaran; lingkaran 1 dan 2. Ala, macam lingkaran api pasifik tuh, eh yeke?
  5. Kolej aku, Kolej Burhanuddin Helmi yang kucintai kujulang setinggi Syura di AJL Nazam Berkasih termasuk dalam lingkungan yang mengalami krisis identiti dan krisis air.
  6. Sudah 5 hari perkara ini berlangsung dengan meriahnya. Bermula hari ketiga, secara rasminya air sudah ghaib dari pandangan penghuni kolej Burhanuddin Helmi dan monyet-monyet sekitar. Tak lupa anjing dan babi yang  berkeliaran.
  7. Maka, bermulah episod cinta dan episod siri pencarian jejak imam muda dan pencarian ustazah pilihan dan pencarian air yang merempatkan para pelajar. Ada yang mencakar-cakar tanah tanda protes pada belenggu permasalahan ini. 
  8. Aku punya pengalaman simple jek, takda air memang dahsyat. Nasib baik ada motor. Aku angkut baju-baju bawa pergi dobi, mandi kat masjid, kat kolej lain, kat Petronas Seksyen *tuut* dan serata fakulti lah siri penjelajahan dan road tour nih.
  9. Aku mengisytiharkan bahawa masalah air kali ini adalah yang terburuk yang pernah dialami sepanjang tiga tahun di sini. *potong reben*
  10. Dan begitulah sebenarnya. Ada banyak lagi benda berlaku tapi malasssssssssssssss. Tahu tak malas? Malas tu tak rajin lah......


Ok.

love,
jefri



p/s: Doakan aku berjaya menjawab dengan tenang, mendapat ilham yang kreatif untuk menjawab, mengulangkaji pelajaran dengan baik, dan mendapat keputusan yang best. Akhir kata, doakan aku terus tabah menghadapi masalah isu air dan jamban yang keras dengan bau hancing-mancing sepanjang musim peperiksaan dan air cepatlah hadir. Kuseruuuuuuuuuuuuuuuu.....Dah la sekarang dekat seminggu gak tak hujan....

Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...