Salam...salam...salam...
Di keheningan malam ini, aku teringin membuka pekung di dada berkenaan:
Errrrr..aku masuk matrik tahun 2008. Kalau tak silap aku 12 Mei 2008 (belek kalendar laptop tahun 2008 yang tengah bulan dan hari Isnin).
Masa kat matrik lagi aku dah set tarikh ni kat handphone, tapi handphone tu dah hilang abang aku cuai tertinggal kat pondok telefon, time tu pakai phone Nokia N70! Beli pakai saki baki duit biasiswa BKP habis form 5. Itupun second hand punya rm500 kot hahaha!!!
Symbian 60 okay!!! Kira level2 bebudak iphone sekarang la kalau pakai s60 ni. Siapa pakai s40 tu level2 budak sekarang pakai lenovo, samsung, xiaomi *calit ekebal
Yang symbian 40 tu handphone polyphonic yang boleh MMS tapi limited functions and takleh letak memory card.
Err, you all tak tahu apa itu MMS???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok. Melalut.
Back to
Molek kalau aku mulakan dengan proses permohonan, kan?
Errr sebelum itu, aku macam nak warning lah..aku rasa benda ni akan jadi entri terpanjang dalam blog ni lah. Makanya, entri ini sangat sesuai dibaca kalau you all semua memang takde kerja nak buat, takde laki nak ulik, tengah melepak kat airport mahupun depot imigresen (HAMEKKK KAUUU DAH LAMA TAK MENULIS BLOG, TERUS TERCATAT DALAM LIPATANLEMAK SEJARAH ENTRI TERPANJANG OKEH!)
Sebagai seorang yang acah-acah OCD, aku akan buat pemerengganan dan mengikut flow yach!
Nota: Aku masuk matrik tahun 2008 tau! Kiranya dah 9-10 tahun meninggalkan segala-mala aktiviti matrikulasi, kalau aku berzina time tu dan dapat anak, dah darjah tiga anak aku sekarang! Oleh itu, entri ini dikarang sebagai tujuan arkib pengalaman seorang Jefri sahajorrr..
Makanya, entri ini tidak boleh dijadikan panduan bulat-bulat oleh adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian di matrikulasi sebab sekarang punya sistem matrikulasi dah macam-macam berubah, sangatlahhh berbeza! (Pakai warna MERAH tanda amaran!)
Cumanya. entri ini mungkin boleh dijadikan ikibar dan pedoman di hari muka gitulah bagi sesiapa yang berkenaan!
1. PERMOHONAN
Zaman aku SPM tahun 2007, di sebuah sekolah ceruk yang terpencil, penduduknya menyumpit untuk memburu makanan, tinggal di atas pokok macam penduduk negeri filem Avatar, sumber air dari tujuh mata air yang dihentak oleh pahlawan keramat dan setiap rumah ada satu piring Astro yang masa tu guna tagline 'Macam-macam Ada!' yang Atuk MMA dalam iklan tu pun dah arwah,
Err... you all tak tahu apa itu MMA???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok, aku isi borang permohonan matrikulasi pakai isi borang manual okeh yang lorek-lorek pakai pensil karbon tu!
Sesungguhnya, kami yang tengah muda dan bergetah time form 5 masa tu memang tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan SPM..pastu masuk matrik pun tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan matrik, pastu masuk U pun tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan U, begitulah..sampailah abang Jamil kita mampossss...
Jadi, bila kaunselor sekolah suruh isi borang, isi lah...dah tu, aku isi borang last day dateline isi borang untuk hantar ke kaunselor sekolah (nanti dia akan setelkan, thank you!), aku pun gelabah manja lah nak setelkan..
Maka, aku suruh orang lain tolong lorekkan sekali borang aku atas dasar perintah aku lah nak lorek apa...
Leceh tahu nak lorekkan tu...nak isi nama pun kena lorek bulatan M pastu U pastu H pastu A sampai jadi Muhammad, belum lagi details lain...pitam ke tidak sistem zaman tu?
Actually, application via online system dah ada time tu bebudak bandar, MRSM, SBP aman-aman je isi borang ketik-ketik, tapi biasalah kan sekolah aku yang *ulang point sekolah ceruk terpencil di atas*
Kemudian, setel lah...aku pun mengharungi persekolahan dengan yakin dan cantik bergaya sampailah dapat tahu yang kita boleh semak permohonan matrikulasi yang kita lorek borang tadi tu sebelum tarikh akhir finalize segala jenis permohonan, via online system. Time tu matrik tumpang website kementerian pendidikan, yang www.moe.gov.my (kurang lebih yach).
Actually juga, walaupun kami dok ceruk terpencil *ulang point sekolah ceruk terpencil di atas*, ktorang selalu jah lepak CC untuk sumber internet dan keje dok add friends myspace jah
Nota: zaman dulu siapa yang ramai FRIENDS kat profile myspace dianggap terhormat lah macam sekarang instafemes dianggap terhormat bila ada banyak FOLLOWERS. Tapi myspace tu takdelah sampai tahap so called review jana pendapatan macam budak-budak sekarang yang kaya-raya pendapatan ribu-riban hasil so called review pastu sentap bila netizen attack...yihhhhh
Ok, so, aku semak lah permohonan aku tu nak double confirm kan jugak yang top 3 pilihan matrik yang aku lorek tu betul, iaitu aku pilih
Errr spoiler alert lah kan memang aku dah gitau aku matrik Negeri Sembilan. Ermm aku memang nak KMNS sebab dekat Pilah je (1 jam 30 min dari rumah). Tak mau jauh-jauh hoii aku masih muda nggak mahu berjauhan family (sekarang pun lol).
So, betul lah top 3 pilihan aku tu. Tapi kat jenis sekolah aku, rupanya lorek sekolah menengah agama!
Aku pun bersangka buruk lah yang kawan aku Rafidah tu yang salah lorekkan sebab dia antara yang tolong lorek borang aku. Gitu. Tapi takpe, aku boleh ubah kat sistem tu.
Seterusnya, aku pun mengharungi persekolahan dengan yakin dan cantik bergaya sampailah keputusan permohonan matrikulasi keluar.
2. KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI KELUAR!
Rasanya, result matrik keluar bulan 4 tahun 2008 tu.
Well, sepanjang habis SPM sampai lah masuk matrik, aku melepak dok rumah je sambil jaga dan asuh Shamina adik aku masa tu umur 5 tahun.
Mak ayah aku gi keluar menyumpit, aku kemas rumah pagi-pagi basuh baju kat sungai, besarkan Shamina, masak yang simple macam tanak nasi dan jerang stok air panas.
Petang-petang pulak dok melepak dengan geng-geng seangkatan yakni Aiman, Dayati dan Ekin Abu ahhhh bestnyaaaa, ermmm, aku tak kerja part time ke apa macam yang lepasan SPM lain yang kuek gebang bangga tu lantaklah kan bukan aku merasa pun duit keje ko tu *tiiberrr bitter*
Masa tu, semakan result matrik pakai SMS tau. Err... you all tak tahu apa itu SMS???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Aku ingat lagi susunan rumah aku time tu, dah dekat tengah hari, aku baru setel jemur baju, Aiman ke siapa tah mesej gtau dah leh check result matrik (time tu mana ada wassap group nak bertubi-tubi masuk mesej gtau! *nangissssss), aku tengah cas handset time tu pastu aku sambil cas tu aku semak la pakai sms tu. 15 sen kot dia makan.
Keputusannya bagitahu kita berjaya ke tidak dan dapat matrik mana?
As we all know, i got the offer; matrik Negeri Sembilan!
Seterusnya, blast sms lah kat classmate semua tanya dapat matrik mana? Unfortunately, zaman tu, syarat matrik sangat ketat, mesti kredit subjek lah macam-macam lagi (tahun seterusnya makin longgar sehinggakan result yang sama atau lagi teruk dengan kawan aku yang tak dapat, tapi dapat offer matrik...
Tapi sekarang disebabkan bebudak makin senang score (banyak sumber nak belajar pakai apps lah home tutor lah youtube lah, maka matrik jadi ketat balik..gitu..ini bukan iklan jamu yach!)
Berikut merupakan hasil gigih aku tanya setiap sorang classmate yang 27 orang kalau tak silap.
Tahu tak time tu satu mesej 30 sen kalau berlainan telco dan 10 sen sesama telco (1 sen kalau kita daftarkn senarai nombor tu dalam 8pax celcom). Err... you all tak tahu apa itu 8pax???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok, yang dapat matrik 1st intake, Program Satu Tahun untuk sekolah aku yang sampai form 5:
1. Aiman (Perak)
2. Hida (Perak)
3. Aishah (Pahang)
4. Khaty (Pahang)
5. Aku (Negeri Sembilan)
Yang dapat matrik untuk kawan-kawan aku yang sambung luar lepas form 3:
1. Dayati (Pahang)
2. Wani (Pahang)
See.. aku sorang je Negeri Sembilan? Dah la aku bersedih gilos ramai classmate tak dapat matrik (secara tak langsung takde teman sama matrik Negeri Sembilan).
Ok, aku teruskan lah masuk matrik dengan hati lara dan tak syok *spoiler alert* maka aku berpegang harapan untuk second intake. Harap-harap lah ada meneman aku yang tak tentu arah serabut dah kat matrik *spoiler alert*
Dan, result second intake pun keluar,
Yang dapat:
1. Fazrul (Pahang)
2. Fendi (Pahang)
3. Nuar (Pahang)
ARGHHHHHHHH!!!!!!!!!!! NO ONE GOT KMNS!!!!!!
Tapi aku gembira lah untuk Fazrul tu sebab mak dia memang nak dia masuk matrik. Masa first tak dapat matrik, dia sambung form 6 kat SMK Sulaiman, Bentong.
Aku masa tu semak result 2nd intake ni guna PC kat library KMNS yang ada berapa, 3 ke 4 ketul kat situ. Terus aku call rumah Fazrul gitau mak dia. Oh my gigihnya aku..'Mak cik, Fazrul dapat matrik panggilan kedua' hahahaha HASHTAG GIGIH!
Sebulan di matrik, result untuk program dua tahun (PDT) pulak keluar. Tapi sekarang result PDT ke PST ke, keluar sekali, kan?
Dan, classmate aku yang dapat:
1. Zahir (Johor)
2. Ekin Zaki (Johor)
3. Isma (Negeri Sembilan)
Warghhhhhh halleluyeayyyyy!!! Ada gak lah walaupun tak sama jadual, redo jah.
Dipendekkan cerita, Isma sambung 2 minggu jah kat matrik PDT tu pastu dia dapat offer USM study jadi nurse... hadoiiii..aku jumpa dia 2 kali je sebab matrik kan sibuk *spoiler alert*.
Jumpa dia time berselisih dia nak gi orientasi, aku balik kelas. Lagi satu masa sama-sama balik rumah hujung minggu, sebelum tu lepak sama-sama makan KFC Kuala Pilah yang kat area Courts Mammoth tu sekarang situ lagi ke entahlah?
Maka, kembalilah aku bersendirian solo mengharungi sesi matrikulasi dengan yakin dan cantik bergaya kecekalan yang tersisa *spoiler alert*
Di keheningan malam ini, aku teringin membuka pekung di dada berkenaan:
PENGALAMAN SEORANG JEFRI DI MATRIK KHUSUSNYA KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)!!!
*bunyi guruh*
Errrrr..aku masuk matrik tahun 2008. Kalau tak silap aku 12 Mei 2008 (belek kalendar laptop tahun 2008 yang tengah bulan dan hari Isnin).
Masa kat matrik lagi aku dah set tarikh ni kat handphone, tapi handphone tu dah hilang abang aku cuai tertinggal kat pondok telefon, time tu pakai phone Nokia N70! Beli pakai saki baki duit biasiswa BKP habis form 5. Itupun second hand punya rm500 kot hahaha!!!
Yasssss inilah dia Nokia N70. Sarung belakang tu kita slide, dia auto on camera.
Feeling have-have sangat tau walaupun second hand sajork...~
Symbian 60 okay!!! Kira level2 bebudak iphone sekarang la kalau pakai s60 ni. Siapa pakai s40 tu level2 budak sekarang pakai lenovo, samsung, xiaomi *calit ekebal
Yang symbian 40 tu handphone polyphonic yang boleh MMS tapi limited functions and takleh letak memory card.
Err, you all tak tahu apa itu MMS???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok. Melalut.
Back to
PENGALAMAN SEORANG JEFRI DI MATRIK KHUSUSNYA KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)!!!
*bunyi guruh*
Molek kalau aku mulakan dengan proses permohonan, kan?
Errr sebelum itu, aku macam nak warning lah..aku rasa benda ni akan jadi entri terpanjang dalam blog ni lah. Makanya, entri ini sangat sesuai dibaca kalau you all semua memang takde kerja nak buat, takde laki nak ulik, tengah melepak kat airport mahupun depot imigresen (HAMEKKK KAUUU DAH LAMA TAK MENULIS BLOG, TERUS TERCATAT DALAM LIPATAN
Sebagai seorang yang acah-acah OCD, aku akan buat pemerengganan dan mengikut flow yach!
Nota: Aku masuk matrik tahun 2008 tau! Kiranya dah 9-10 tahun meninggalkan segala-mala aktiviti matrikulasi, kalau aku berzina time tu dan dapat anak, dah darjah tiga anak aku sekarang! Oleh itu, entri ini dikarang sebagai tujuan arkib pengalaman seorang Jefri sahajorrr..
Makanya, entri ini tidak boleh dijadikan panduan bulat-bulat oleh adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian di matrikulasi sebab sekarang punya sistem matrikulasi dah macam-macam berubah, sangatlahhh berbeza! (Pakai warna MERAH tanda amaran!)
Cumanya. entri ini mungkin boleh dijadikan ikibar dan pedoman di hari muka gitulah bagi sesiapa yang berkenaan!
1. PERMOHONAN
Zaman aku SPM tahun 2007, di sebuah sekolah ceruk yang terpencil, penduduknya menyumpit untuk memburu makanan, tinggal di atas pokok macam penduduk negeri filem Avatar, sumber air dari tujuh mata air yang dihentak oleh pahlawan keramat dan setiap rumah ada satu piring Astro yang masa tu guna tagline 'Macam-macam Ada!' yang Atuk MMA dalam iklan tu pun dah arwah,
Err... you all tak tahu apa itu MMA???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok, aku isi borang permohonan matrikulasi pakai isi borang manual okeh yang lorek-lorek pakai pensil karbon tu!
Isi borang BRIM pun pakai online sekarang khen!
Sesungguhnya, kami yang tengah muda dan bergetah time form 5 masa tu memang tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan SPM..pastu masuk matrik pun tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan matrik, pastu masuk U pun tak berapa nak fikir sangat nak jadi apa, yang tahu....habiskan U, begitulah..sampailah abang Jamil kita mampossss...
Jadi, bila kaunselor sekolah suruh isi borang, isi lah...dah tu, aku isi borang last day dateline isi borang untuk hantar ke kaunselor sekolah (nanti dia akan setelkan, thank you!), aku pun gelabah manja lah nak setelkan..
Maka, aku suruh orang lain tolong lorekkan sekali borang aku atas dasar perintah aku lah nak lorek apa...
Leceh tahu nak lorekkan tu...nak isi nama pun kena lorek bulatan M pastu U pastu H pastu A sampai jadi Muhammad, belum lagi details lain...pitam ke tidak sistem zaman tu?
Actually, application via online system dah ada time tu bebudak bandar, MRSM, SBP aman-aman je isi borang ketik-ketik, tapi biasalah kan sekolah aku yang *ulang point sekolah ceruk terpencil di atas*
Contoh SBP
Kemudian, setel lah...aku pun mengharungi persekolahan dengan yakin dan cantik bergaya sampailah dapat tahu yang kita boleh semak permohonan matrikulasi yang kita lorek borang tadi tu sebelum tarikh akhir finalize segala jenis permohonan, via online system. Time tu matrik tumpang website kementerian pendidikan, yang www.moe.gov.my (kurang lebih yach).
Actually juga, walaupun kami dok ceruk terpencil *ulang point sekolah ceruk terpencil di atas*, ktorang selalu jah lepak CC untuk sumber internet dan keje dok add friends myspace jah
Nota: zaman dulu siapa yang ramai FRIENDS kat profile myspace dianggap terhormat lah macam sekarang instafemes dianggap terhormat bila ada banyak FOLLOWERS. Tapi myspace tu takdelah sampai tahap so called review jana pendapatan macam budak-budak sekarang yang kaya-raya pendapatan ribu-riban hasil so called review pastu sentap bila netizen attack...yihhhhh
Kelihatan acik-acik gomen LHDN tersenyum bersedia mengejar
Ok, so, aku semak lah permohonan aku tu nak double confirm kan jugak yang top 3 pilihan matrik yang aku lorek tu betul, iaitu aku pilih
3. Matrik Melaka
2. Matrik Pahang
1. Matrik Negeri Sembilan
Errr spoiler alert lah kan memang aku dah gitau aku matrik Negeri Sembilan. Ermm aku memang nak KMNS sebab dekat Pilah je (1 jam 30 min dari rumah). Tak mau jauh-jauh hoii aku masih muda nggak mahu berjauhan family (sekarang pun lol).
So, betul lah top 3 pilihan aku tu. Tapi kat jenis sekolah aku, rupanya lorek sekolah menengah agama!
Aku pun bersangka buruk lah yang kawan aku Rafidah tu yang salah lorekkan sebab dia antara yang tolong lorek borang aku. Gitu. Tapi takpe, aku boleh ubah kat sistem tu.
Seterusnya, aku pun mengharungi persekolahan dengan yakin dan cantik bergaya sampailah keputusan permohonan matrikulasi keluar.
2. KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI KELUAR!
Rasanya, result matrik keluar bulan 4 tahun 2008 tu.
Well, sepanjang habis SPM sampai lah masuk matrik, aku melepak dok rumah je sambil jaga dan asuh Shamina adik aku masa tu umur 5 tahun.
Mak ayah aku gi keluar menyumpit, aku kemas rumah pagi-pagi basuh baju kat sungai, besarkan Shamina, masak yang simple macam tanak nasi dan jerang stok air panas.
Petang-petang pulak dok melepak dengan geng-geng seangkatan yakni Aiman, Dayati dan Ekin Abu ahhhh bestnyaaaa, ermmm, aku tak kerja part time ke apa macam yang lepasan SPM lain yang kuek gebang bangga tu lantaklah kan bukan aku merasa pun duit keje ko tu *tiiberrr bitter*
Masa tu, semakan result matrik pakai SMS tau. Err... you all tak tahu apa itu SMS???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Aku ingat lagi susunan rumah aku time tu, dah dekat tengah hari, aku baru setel jemur baju, Aiman ke siapa tah mesej gtau dah leh check result matrik (time tu mana ada wassap group nak bertubi-tubi masuk mesej gtau! *nangissssss), aku tengah cas handset time tu pastu aku sambil cas tu aku semak la pakai sms tu. 15 sen kot dia makan.
Keputusannya bagitahu kita berjaya ke tidak dan dapat matrik mana?
As we all know, i got the offer; matrik Negeri Sembilan!
Seterusnya, blast sms lah kat classmate semua tanya dapat matrik mana? Unfortunately, zaman tu, syarat matrik sangat ketat, mesti kredit subjek lah macam-macam lagi (tahun seterusnya makin longgar sehinggakan result yang sama atau lagi teruk dengan kawan aku yang tak dapat, tapi dapat offer matrik...
Tapi sekarang disebabkan bebudak makin senang score (banyak sumber nak belajar pakai apps lah home tutor lah youtube lah, maka matrik jadi ketat balik..gitu..ini bukan iklan jamu yach!)
Berikut merupakan hasil gigih aku tanya setiap sorang classmate yang 27 orang kalau tak silap.
Tahu tak time tu satu mesej 30 sen kalau berlainan telco dan 10 sen sesama telco (1 sen kalau kita daftarkn senarai nombor tu dalam 8pax celcom). Err... you all tak tahu apa itu 8pax???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Ok, yang dapat matrik 1st intake, Program Satu Tahun untuk sekolah aku yang sampai form 5:
1. Aiman (Perak)
2. Hida (Perak)
3. Aishah (Pahang)
4. Khaty (Pahang)
5. Aku (Negeri Sembilan)
Yang dapat matrik untuk kawan-kawan aku yang sambung luar lepas form 3:
1. Dayati (Pahang)
2. Wani (Pahang)
See.. aku sorang je Negeri Sembilan? Dah la aku bersedih gilos ramai classmate tak dapat matrik (secara tak langsung takde teman sama matrik Negeri Sembilan).
Seraya pose kak Erra-Berteman Sepi
Dan, result second intake pun keluar,
Yang dapat:
1. Fazrul (Pahang)
2. Fendi (Pahang)
3. Nuar (Pahang)
ARGHHHHHHHH!!!!!!!!!!! NO ONE GOT KMNS!!!!!!
Tapi aku gembira lah untuk Fazrul tu sebab mak dia memang nak dia masuk matrik. Masa first tak dapat matrik, dia sambung form 6 kat SMK Sulaiman, Bentong.
Aku masa tu semak result 2nd intake ni guna PC kat library KMNS yang ada berapa, 3 ke 4 ketul kat situ. Terus aku call rumah Fazrul gitau mak dia. Oh my gigihnya aku..'Mak cik, Fazrul dapat matrik panggilan kedua' hahahaha HASHTAG GIGIH!
Sebulan di matrik, result untuk program dua tahun (PDT) pulak keluar. Tapi sekarang result PDT ke PST ke, keluar sekali, kan?
Dan, classmate aku yang dapat:
1. Zahir (Johor)
2. Ekin Zaki (Johor)
3. Isma (Negeri Sembilan)
Warghhhhhh halleluyeayyyyy!!! Ada gak lah walaupun tak sama jadual, redo jah.
Dipendekkan cerita, Isma sambung 2 minggu jah kat matrik PDT tu pastu dia dapat offer USM study jadi nurse... hadoiiii..aku jumpa dia 2 kali je sebab matrik kan sibuk *spoiler alert*.
Jumpa dia time berselisih dia nak gi orientasi, aku balik kelas. Lagi satu masa sama-sama balik rumah hujung minggu, sebelum tu lepak sama-sama makan KFC Kuala Pilah yang kat area Courts Mammoth tu sekarang situ lagi ke entahlah?
Maka, kembalilah aku bersendirian solo mengharungi sesi matrikulasi dengan
Okay, baru nak masuk point utama entri ni! Pengalaman hidup di matrikulasi kan?!
Sekarang dah pukul 1 pagi omg esok lah sambung...hahahaha
-Beberapa jam kemudian-
3. PERSEDIAAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI
So I had like 3 to 4 weeks to prepare myself physically and MENTALLY before embarking this new life as matriculation student katanyah.
Untuk pengetahuan you all, aku dengan tak malunya nak cakap yang aku ni sangatlah seorang yang homesick jenis cari tempat duduk sorang-sorang menangis panggil mak. There you have it!
Macam zaman sekolah kalau kena pergi kem ke mana ke kalau sorang-sorang mula lah perangai sememeh ni menjadi-jadi. Beberapa hari sebelum pergi kem/program tu, perut aku mula dimasuki rama-rama lah. Mostly because, aku tak suka benda yang aku takleh kawal dan juga benda baru senang cerita orang cakap comfort zone.
Masa form 3, kem PMR, errr... you all tak tahu apa itu PMR???? Arghh pakcik sudah tua!!!,
Sekolah hantar aku, Haidil, Faris pergi kem motivasi kecemerlangan kat Dusun Eco Resort, Bentong, tahun 2005. Aku lega tau tapi sampai kat sana kitorang kena berpisah! Makan hati berulam jantung la aku menjadi-jadi homesick tangisan hoiiii.. Tapi selepas dua hari, ada bebudak Tersang tegur aku dan buat kawan, oh my, terus hilang homesick malah makin semangat..gittewwww gedik...
Pastu masa form 5 untuk kem kecemerlangan SPM kat Duta Village Beach Resort, Kuantan, aku tak homesick langsung sebab aku pergi dengan besfriends sekolah kot; Aiman dan Haidil ada sekali. Pastu, sampai kat Karak, jumpa delegasi sekolah Tersang! Kawan yang aku buat masa form 3 pun ada!
Heaven ke tidak?
Ok lah. Jadinya, untuk masuk matrikulasi ni, aku dah sedia maklum yang aku akan sorang-sorang! Jumpa orang baru, persekitaran baru, oh no!
I had the most butterflies in my stomach in my entire life! Jujurnya, pasal orang cakap matrik ni susah nak skor lah apa, aku tak heran sangat, benda tu jatuh ke tangga empat? lima?
Tapi, aku tak terpikir pulak nak reject offer matrik tu maybe sebab aku dah mula faham yang matrik ni jalan pintas kesyurga universiti untuk program ijazah.
Seminggu sebelum tu, keputusan UPU keluar. First choice aku Diploma Kej. Kimia (feeling lah sebab suka subjek Kimia time sekolah) kat UiTM Dungun. Masa sekolah kan feeling2 nak masuk U, pastu ni dah dapat? Tak nak ke?
Aku minta pendapat Pak Tam aku dia cikgu sekolah. Dia pun suruh pergi matrik je. Aku pun yakinkan diri yang pergi matrik sebab setahun je dah setaraf diploma dan dekat dengan rumah la yang utamanya!
Maka, bermulah persiapan dan meniti hari memasuki matrikulasi.
11 Mei 2018 tu kitorang satu family tidur rumah nenek kat kampung sebelah. Rumah aku ke Pilah tu 1jam 30 min. Rumah nenek aku tu 1jam 15min la kot. Hahaha.
Petang tu aku dengan mak aku pergi kebun Pak Njang aku dia tengah gali lubang nak tanam apetah, kawasan tu tanah lapang dah siap memerun lah, sebab mak aku nak suruh Pak Njang aku jadi driver esoknya. Pastu Pak Njang aku suruh cangkul lubang. Habis blister tapak tangan hahaha.
Maghrib tu mak aku suh sapu minyak gamat, pastu Pak Njang aku ada, aku ingat lagi dia kata, 'Tangan tak biasa kerja kampung ye. Tangan banyak pegang pen ni.'
Okay, jadi, pekung di dada, malamnya, merah mata ye menangis-nangis sebab nak berpisah lah sangat kan. Malam tu aku susah nak tidur sebab aku tak nak masa berjalan sebab kalau masa berjalan bermaksud masa untuk berpisah tu makin cepat.
Aku homesick bukan nak mak aku je tapi dengan Shamina sekali yang aku asuh dia woi kalau dia derhaka dengan aku jaga lah dia- baru aku tahu perasaan ibu bapa yang diderhakai anaknya.
Sebenarnya, beberapa minggu sebelum tu pun berendam air mata tapi sorang-sorang je lah weh dalam kelambu masa malam nak tidur. Tapi masa tu pujuk hati, lambat lagi...lambat lagi..nah, tahu-tahu, dah malam sebelum.
Malam tu aku sesaja lah ambil gambar setiap ahli keluarga aku; mak, abah, abang aku, Shamina, nenek aku tu, kucing kat rumah tu, pakai nokia N70 tu lah. Buat tatapan katanya. Aku ambil gambar mak aku pun mak aku mata merah-nampak sangat mak aku pun homesick versi dia lah kan.
Hello, mak aku pun jenis kalau aku takde rumah, dia dok menangis juga ketiadaanku tau.. hahahaha,.
Makanya, aku pun berendam air mata lah malam tu dok meratap pelbagai hadoiii...Tapi depan orang lain, aku tunjuk ok lah. Tak tahu ke dalaman aku meratip hiba...aduhaiiiii pening kan seorang Jefri 2008 nih!
4. HARI PERTAMA DI MATRIKULASI , ORIENTASI, DAN KISAH HOMESICK
Masa tu pakai kereta Nissan Sunny warna merah, penuh lah kereta. Daftar je, semua keluarga aku masuk bilik. Pak Njang aku driver time tu ayah aku tak kompeten sebab mesti sesak hari pendaftaran. Yang ikut time tu, abah, mak, pak njang, Shamina, nenek aku, aku. Semua tu masuk bilik aku tolong kemas.
Budak form 6 pun (kengkawan aku yang tak dapat matrik) pun daftar lebih kurang time ni juga rasanya. Sepupu aku, Kinah pun join form 6 tu, dia lah citer kat aku dulu yang bebudak sekolah aku ni risau aku first day kat matrik (sebab aku pernah ada kes selamba tarik diri dari kem buat kat sekolah sebab homesick).
...........
Aku dapat blok B4 aras 1 bilik 4 (B4.1.4). Aku orang terakhir masuk bilik tu. Katil aku mula-mula masuk pintu belah kiri.
Satu bilik kan 4 orang. Jadi, berdepan dengan aku, yang buka pintu belah kanan, yang kalau tidur aku nampak dia; budak Cina dari Menglembu, Perak nama Henry.
Bertentangan dengan aku tapi dipisahkan almari kami, jadi kitorang tak nampak lah satu sama lain, budak Kuala Berang, Terengganu, nama Izwan.
Bertentangan Henry dan diagonal aku, budak felda Adilla, Kota Tinggi, Johor, nama Syam.
...........
Hari pertama tu masing-masing sibuk mengemas kawasan bilik masing-masing.Pak Njang aku sempat la gurau-gurau dengan keluarga Syam dari Johor tu, pakat ketuk kunci mangga.
Orientasi pun bermula.
...........
Henry tu dah bergaul dengan kengkawan Cina dia. Syam tu ada kawan sekolah menengah dia sekali. Izwan tu budak SBPI Batu Rakit. Jadinya, rata-rata akan gerak ke orientasi dengan kenalan masing-masing.
Unnnhhhhhh that is why lah aku stress sebab takde sape schoolmate atau sesiapa yang aku kenal dapat sama matrik Negeri Sembilan!
Bilik aku tu sebelah je toilet. Kat toilet tu ada satu toilet khas untuk tandas duduk yang besar tapi bukan tandas OKU tapi saiz sama.
Nah, situlah port aku menangisi homesick aku tu! Pegang phone, tatap gambar yang aku ambil tu, even gambar kucing pun aku menangis tengok! Nah, kalau dah berjauhan kan! LOL.
Seminggu orientasi tu lah aku menangis homesick tapi aku akhiri setiap sesi homesick tu dengan cakap dengan diri sendiri yang okay, hujung minggu boleh balik rumah. Tinggal lagi 4 hari, 3 hari, 2 hari, 1 hari. Camtu lah setiap weekend. Kadang-kadang monolog lah cakap, 'Mak, Shamina tunggu ek, 5 hari je lagi.' Itulah mantera setiap Ahad maghrib.
...........
Hari kedua orientasi, malamnya, ada aktiviti pelik apalah apalah Fasi buat. Pastu aku dengar budak mengomel sama macam aku mengomel lah tak suka. Budak sebelah bilik aku je, nama Lan @ Mazlan, dari Kuantan, ayah dia ayah tunggal, dia sekolah SMART Kuantan.
Jadinya, aku tegur dia dan minggu orientasi aku memang dengan dia je lah.
...........
Hujung minggu tu aku balik rumah, ayah aku jemput la pastinya. Masuk je tanah Chemomoi tu terus rasa macam baru balik berperang! Turun banyak juga lah berat badan hahaha sebab masa orientasi aku feeling-feeling rebel tak nak makan beli beratur kat kafe, makan roti beli kat koperasi dan minum air kosong je.
Hari Sabtu baru boleh balik sebab orientasi habis Jumaat malam.
Sabtu malam tu ada AF6 yang Stacy menang tu. Aku tidur awal tak tunggu habis. Aku dengar mak ngan abang aku cakap yang kesian lahhh aku penat betul ni sebab aku sepatutnya tengok rancangan hiburan ni sampaikan kalau aku balik kampung, sedara mara aku memang allocate 1230pm hari Ahad tu slot aku tengok tv sebab time tu Melodi matilahhhh!
Dan, malam Ahad nak balik tu pun kembali berendam air mata lah. Gelisahhhhhh.
Kebiasaannya, memang aku gerak dari rumah pukul 3 petang. Singgah rumah nenek aku lepak lepak salam salam semua sampai lah matrik pukul 5 petang camtu.
Esoknya mula lah pengkuliahan.
...........
Okay lah, aku rasa aku edit kat sini lah kisah homesick aku tu.
I was so homesick, during semester 1, every weekend I would go home!
I was so homesick, I would still go home though it was not a go-home-weekend!
I was so homesick, i called my mother 3 to 5 times a day just to listen to her voice so that it sooth me.
I was so homesick, my homesick songs were 11 Januari and My Heart Will Go On and I would cry everytime I listened to those songs using Ultra Mp3 Nokia n70!
My friend, Dayati once shared her experience of her first few days in boarding school, she said, 'You would feel like you want to tear the walls apart and run back to your home, and I did feel that!
Aku homesick nak kan mak aku, nak main-main dengan Shamina (dok tatap la gambar, video dan setiap kali balik masa weekend, created new memories pictures videos and the cycle repeated), nak kan kawan-kawan sekolah, teringat cikgu-cikgu sekolah especially cikgu Rohila, Muniyati, cikgu Zeti, cikgu Raziatul Ain.
Aku sampai macam, is this even real? Aku ada gak terpikir, sampai bila lah aku ni jenis homesick. Masa habis UPSR dan PMR both dapat offer SBP tapi aku tak nak sebab takut homesick (which I had tremendously in matric!)
Apparently, my homesick arised from me not be able to control the situation and feeling helpless. Sekarang aman-aman jah! Matieyh!
Okay, ada minggu-minggu yang diharamkan balik sebab ada program wajib matrikulasi contohnya larian kakom, ceramah Dinamika, dan raptai dinner Dinamika. Kalau nak balik juga, kena dapat borang pelepasan daripada HEM. Kalau tak, guard tak bagi keluar. Garang okeh guard!
Tapi, mana boleh?! Motivasi aku mengharungi minggu ke minggu adalah dengan mengharap balik rumah setiap hujung minggu! Tapi ada halangan?
What did I do? Gurrrrrlllllllllllllll I did everything off the law books!
(Sekadar bacaan, kalau ada pembaca yang nak tiru, I tak bertanggungjawab!)
1. Ada satu masa tu aku macam nak cuti panjang. Aku dapat ilham, masa tu pejabat FELDA ada call offer sambung kat maritim kot. Benda tu kena medical check up. So, aku buat excuse nak balik rumah hari Rabu (Khamis tu aku cakap kena gi jumpa pejabat FELDA kot dan Jumaat lah check up katanyah! walhal aku pose cantik je kat rumah! Matieyhhhhhh).
Aku kena jumpa siapa nama HEM tu tah, dia kata boleh tapi kena isi borang dan sign lecturer yang aku ada kelas untuk hari terbabit. Aku pergi je lah dan diakhiri dengan kena minta sign felo blok aku.
Felo aku tu Encik Nasir-ajar Kimia tapi aku tak pernah ada kelas dengan dia. Dia baca alamat aku, eh Chemomoi, dia kenal cikgu bio aku masa sekolah, cikgu Suhardi (dorang ex colleague masa kat matrik Pahang). Terus lah lancar perbualan kitorang.
Hari raya tahun tu, Encik Nasir kirim aku duit raya ke anak-anak cikgu Suhardi pastu dah aku kena gi beraya rumah cikgu Suhardi yang dia pun kirim balik duit raya ke Encik Nasir (nilai sama je aku buka cuma sorang cikgu Suhardi bagi duit pecah hahahaha).
Moralnya, aku berjaya lah balik minggu bercuti dengan lama sikit aku siap kawtim lagi dengan HEM tu aku nak keluar awal. Aku ingat lagi petang tu hujan lebat dan aku singgah BSN Pilah tu.
Tapinya, 2 hari kot aku tertinggal kuliah (dengan sengaja) dan aku pun agak gelabah kot sebab macam tertinggal banyak. Hamdalah la boleh catch up. Fuh!
2. Budak kelas aku ada cerita pasal dia balik sebab ada wedding family.
Inspired from that, ada minggu tak boleh balik tu, aku cakap aku kena balik wedding paksu aku (tapi paksu aku kahwin tahun 2016 yakni 8 tahun kemudian!). Kawan tu sape ek tak ingat lah, cakap, HEM nak bukti kad undangan je. Makanya, aku pergi CC, pastu aku edit kad undangan dan print! Nahhhhh, berjaya pulang!
3. Ada minggu yang tak boleh balik tu sebab ada raptai ke apa, aku suruh kawan kelas aku cover macam tolong tanda kedatangan aku (sebelum tu aku mula berbaik dengan dia bagi pinjam tutorial dan tolong sign attendance dia!) Kira macam balas budi lah hohoho.
Satu hari tu acara wajib subjek Dinamika yang aku tak pergi (sebab balik rumah, dia buat hari Sabtu kot!), nama aku naik sebab aku tak sempat pesan kawan aku suh isikan sebab dorang ingat aku pergi (nooooo wayyyy!!!!), lepastu aku pun siap-siap lah skrip cakap lupa tulis nama, pastu terus aku interview kawan aku yang pergi, tanya program tu pasal apa.
Kawan aku si Ali ni cakap lah benda tu forum pasal blok. Aku ingatkan pasal kehidupan kita kat blok, rupanya pasal BLOG. Sabar je lah.
Lepas kuliah kena jumpa pensyarah unit dinamika tu untuk pertahankan diri gitu kalau ada surat mc ke apa. Dan, aku lolos yach dengan penuh keyakinan. *tiup kuku*
Masa dinner dinamika pulak, Jumaat malam ada raptai gitu nak pilih pasangan (last2 kawan aku cakap tak jadi pun - mujur aku balik kan, kalau tak menangis hiba lah aku sebab sia-siakan peluang!). Dinner dinamika tu macam praktikal lah apa yang dah belajar kat kelas pasal etika, kehadiran tentulah wajib kan!
Boleh pulak masa sampai kat Batu Kikir (30 minit lagi nak sampai matrik), kereta ayah aku tu rosak apa tah, gelabah lah jugak aku sebab aku suka moment dalam kereta nak ke matrik sebab bersama family kan nak sepuas-puasnya ching, naik teksi lah ke matrik.
Sampai nak dekat pukul 7, cepat-cepat lah aku tukar pakaian (tema retro katanya), sesi tafakur menangis kat tandas duduk tu pun aku buat cepat-cepat hahahadoi.
4. Selain itu, kalau nak balik kena pukul 2 pm hari Jumaat. Solat Jumaat kat luar matrik kena daki bukit hoi masjidnya atas bukit. Kereta sapu van sapu memang dah standby dah kat luar matrik ramai-ramai lepas pukul 2 tu. Tapi pukul 12 pun dah mula ada sikit yang tunggu.
Aku kalau balik rumah aku bawa beg travel yang jinjing tu letak baju kotor n all. Aku selalu beli roti squiggles beli kat koperasi, buah tangan buat Shamina. Gituh.
Ada minggu yang aku rasa nak balik awal, aku dengan beg jinjing tu aku menyelit antara bebudak lelaki yang tengah ramai-ramai nak pergi masjid, aku terus meluru ke kereta sapu dan berjaya lah aku pergi ke hentian bas Pilah. Pastu aku rojer lah ayah aku jemput kat hentian bas je takyah masuk matrik.
Bila dah keluar awal tu memang aku melepak lah area hentian bas tu (better than feeling trapped dalam matrik katanya). Sampaikan aku ada favorite stall dah untuk beli buah potong. RM1 jah dan aku suka beli 3 paket, anggur, jambu, mangga. Masuk pasar raya Upwell tengok-tengok barang, pernah beli kek birthday Shamina sekali.
Kadang-kadang aku balik naik bas dari Pilah-Pelangai tu lah tapi bas tu on off sebab tak berapa ramai penumpang. Kalau nampak kelibat bas tu memang syukur lah. Ada satu masa tu sekali je trip dia pukul 1pm. Sebab tu lah aku gigih gak mencelah keluar pukul 12. Ada gak bas tu terawal, hampeh betul! Auntie yang favorite stall aku tu lah selalu tolong alert kan bas tu untuk aku hahaha.
Dan bila dah keluar awal tu kan, kalau aku tunggu family aku jemput, maka memang aku solat jumaat kat bandar Pilah tu lah. Merasa lah aku solat kat masjid orang India yang khutbah bahasa tamil memang aku tercengang je lah.
5. Ada gak aku buat gempak kat HEM pagi Jumaat tu mengadu nak balik sebab ahli keluarga sakit. Timing kan? *angkat kening*
6. Ada gak minggu tu aku decide aku nak balik hari Isnin sebab aku rindu nak pergi pasar malam Chemomoi yang hari Ahad tu! Hadoi! Sabtu tu aku pergi bandar Triang dengan selamba je aku tanya kaunter, nak beli mc. Hadoi! Memang takdo lah!
Lastly, hari Isnin aku pergi klinik pastu mengadu sakit perut minta mc. MA tu tanya aku sekolah apa semua aku cakap matrik Pilah, dia bagi mc sampai Selasa. Hamdalah gitulahhh. Hari Selasa aku balik dan macam biasa, panik sebab banyak tertinggal.
Aku mesej ketua kelas Izwan hari Ahad cakap aku MC gituh. Izwan ni jadi ketua kelas secara default gitu sebab rupanya hari Sabtu masa habis orientasi, ada perjumpaan kelas dan dia sorang je lelaki yang datang. Penolong pulak Dayah.
Pukul 7 pm hari Ahad kat rumah time tu sambil kitorang melantak buntut ayam dan sebagainya, aku cakap, 'Pintu matrik dah tutup dah ni,' ala-ala bangga terlepas matilaaaaaa...
Hari Rabu tu masuk kelas tutorial, buat-buat muka lesu gitu berlakon baru recovered. I dieded!
5. PENGAJIAN DI MATRIKULASI
Aku budak Hayat (Math, Kimia, Bio) kuliah Hayat 2 Praktikum 7 (H2P7). Aku cuba senaraikan nama budak kelas aku
1. Wong Lai Hong (habis matrik, kitorang satu degree pulak!)
2. Aizah (UiTM Shah Alam-kos komputer)
3. Tijah (UMT-Kimia)
4. Pika (UTeM-Engineering apetah)
5. Dayah (USM-Forensik)
6. Shila (UKM-Geologi)
7. Shima (UTM-Teknologi something)
8. Shark (UKM-Farmasi)
9. Aina (UM-Genetik)
10. Kak Wan PDT (UMP-Komputer)
11. Izzah (UniKL-Medic)
12. Kak Mas (UMT)
13. Aishah (UMT-Software)
14. Yuyu Shuhada (Unimas)
15. Jijie Hazirah (UKM-System Management)
16. Kak Sue PDT (Unimas)
17. Ain (SPA-Nurse)
18. Nadzira (UPSI)
19. Kak Nik PDT (UniMaP)
20. Shafawati?
21. Farizan?
22. Daus (disappeared habis matrik haha)
23. Nizam (UiTM-Kimia)
24. Fikri (UPM-Environment Management)
25.Izwan (UPM-Medic)
26. Ali (UiTM Dungun kot)
27.Izat (UTeM kot)
28.Husaini (Unimas-Computing)
29. Aku
30. Perempuan tak ingat nama tapi dia stay matrik sebulan je pastu terima tawaran Asasi Farmasi kat UIAM.
Kiranya berjaya jugak ye budak-budak kelas aku ni dulu ek hahaha...sebab kelas kitorang bukanlah yang paling menonjol dalam kuliah Hayat 2 tu.
Ok, jadinya, sepanjang semester bermula tu, aku memang bergandingan dengan bebudak kelas aku ni je lah. Aku MALASSS nak bersosial dengan budak blok ke biliik sebelah ke hahaha... Bear in mind yang aku masih homesick cuma tak tunjuk, memang bergantung pada port tandas duduk tu la kan.
Jadi, kehidupan selepas kuliah yang biasanya pukul 5pm ke atas, aku setelkan tutorial dan latihan kuliah kalau ada. Memang kossser lah nak bersosial kan tengok cerita kat laptop ke bising-bising. Mujurlah aku aras 1, kiranya budak bising biasanya duduk kat aras atas, typical.
...........
Kemudian, budak 2nd intake masuk, aku berkawan la dengan dorang ni sebab dorang lebih desperate nak ada kawan sebab ala-ala 'freshie' la kan. Harus aku ambil kesempatan. Aku rapat dengan Faiz (sekarang Doktor Perubatan kat Hosp Sarawak-degree medic UKM twinned programme Gadjah Mada kot).
Masa orientasi pun aku cuba guna taktik ni aku cari budak yang 'boleh makan untuk dijadikan kawan matila' ada lah sorang ni tapi dia pulak nak kekwat. I was like, 'Eh you are as loner as me kot! Motip kekwat?!' Sehari dua je pastu aku malasssssssssssssssss.
Memang teratur lah jugak hidup dengan Faiz ni jenis baik-baik Allahuakbar. Dia dengan sorang lagi budak 2nd intake. kami bertiga ni rajin la sarapan sama kalau ada kuliah sama mula-mula hari tu. Boleh lah tengah sarapan tu dia tegur kawan sorang lagi tu (lupa lah nama dia tapi sem 2 dia keluar masuk UiTM Disember, alang-alang result sem 1 dia cukup makan atas 2.0) dia tegur 'kita kena berak setiap pagi. Pastikan kena berak jugak.'
Dengan Faiz ni, rajin jugak lah aku follow dia pergi dengar ceramah kat surau matrik tu walaupun tak istiqomah.
Okay, apa jadi sama Lan sebelah bilik yang masa orientasi tu?
...........
Ada satu malam tu, aku pergi lah jenguk Lan kat bilik, macam nak borak-borak. Pastu dia macam enggan gitu nak fokus lah apa sampai aku ingat lagi dia kata,' Aku nak study, aku tak nak repeat.'
Gitulah. Aku pun bagi la dia ruang, lama-lama ruang tu terlalu besar hahaha. Padahal satu kuliah kot; Hayat 2, sebelah bilik pulak, boleh je kalau nak gerak sama-sama. Tapi dia kata dia nak urus hidup cara sendiri.
Somehow, we lost connection. Kaedohnya dia makin lalai (gitu statement!) sejak rapat dengan budak praktikum dia. Kan kami sama-sama kurang kawan, tapi dia seronok sangat budak kelas dia rapat dengan dia.
Aku pulak noooo wayyyyyy, mesti ikut cara aku walau bermaksud aku kena seorang diri! *seraya menangis homesick kat toilet duduk tu*
Kalau dalam dewan kuliah tu, dia dah duduk seat belakang (sinonim dengan kelompok rebel malas nak study) dengan bebudak kelas dia yang nakal-nakal tu.
Aku duduk seat 4 dari bawah, tepi sekali sebelah Faiz. Memang itu seat cop mohor aku kalau kat Dewan Kuliah 1.
Kalau kat blok tu, terrserempak la jugak dengan Lan tu tapi dia yang macam nak mengelak ala-ala menjauhkan diri dari aku lah.
Erm, kat blok pun dia dah pandai berkawan. Dia relakan diri dia diperbudak-budakkan.Aku pulak noooo wayyyyyy, mesti ikut cara aku walau bermaksud aku kena seorang diri! *seraya menangis homesick kat toilet duduk tu*
Ada satu hari aku nampak Arif (watak baru!) bergomol dengan Lan atas katil Lan masa aku tengah isi air panas daripada heater yang disediakan. Orang ramai pun kerumun la tengok. Lan macam malu la bila nampak aku tengok dia camtu (gituh perasantan!).
Oh, Arif ni budak fizik. Dia tinggal bilik sebelah tandas. Kan bilik aku sebelah tandas, bilik dia tu sebelah tandasnya. Faham kot? Kiranya kami ni jiran yang dipisahkan oleh tandas.
Dipendekkan cerita, aku dapat tahu Lan kena repeat matrik.
Result dua-dua sem dia bawah 2.0, tapi dia tak nak repeat, dia apply maktab dan dapat jadi cikgu dah sekarang! Kayaknya persekitaran maktab lebih tulus yach! Few years back dia ada contact kat FB dan kitorang aman-aman sahajor kini.
...........
Kiranya sem pertama tu memang aku hanya habiskan masa dengan budak kelas lah kan. Sebulan dua lepas tu, puasa! Warghhh puasa berjauhan dari keluarga!
Aku berbuka sorang diri jah atas meja sambil tenung dinding. Sekarang sedap lah you all makan sambil layan smart phone atau tengok cerita kat laptop! Habut lah lantak je budak-budak blok nak feeling iftar reramai ke apa *jeling Lan*.
Tak lama lepas tu, ada ujian pertengahan semester. Ke sebelum puasa?
Aku pun sesambil melepak kat One Stop Centre tempat ada meja kerusi untuk study dengan budak sekelas, aku sesaja tonjolkan perangai suka mengajar aku tu channeling my inner teacher (zaman SPM aku buat study group dengan Aiman dan Fazrul seraya self proclaimed seorang tutor time tu, tetiap malam kat rumah Fazrul, pastu mak Fazrul hidang air teh o panas beserta makanan iringan).
Turned out, they wanted more and siap anjurkan ala-ala kelas tambahan lagi (aku lah cikgunya!). Kitorang namakan kelas kitorang H2P9 ala-ala the lost practicum gitu sebab kuliah Hayat 2 ada 8 je praktikum (H2P1 sampai H2P8).
Masa awal penubuhan, ada 3 ke 4 orang je ahli asal (Aizah, Tijah, Pika). Pastu berkembang sampai separuh classmate lah nak join, pastu kawan kepada kawan lah join gak. Matieyhhhhh....
Budak perempuan takleh buat H2P9 sampai lewat malam, jadinya, waktu malam tu, aku buat kelas dengan budak-budak laki (almost semua tapi Fikri, Nizam, Ali, Daus kedatangan wajib) kat kafe blok B depan blok B5.
Sampai lah semester kedua, tapi hujung-hujung sem 2, semua nak fokus sendiri, kelas H2P9 aku kembali ke ahli asal tapi itupun tak sekomited dulu. Masa sem 2 ni juga ada satu petang tu kitorang ronda-ronda satu matrik masuk segala ceruk hutan. tangki air, sampai ke entrance KMNS, bergambar sambil pakai baju kelas yang baru siap tempah. Baju tu pun dah lunyai, aku lupa dah apa ayat tertulis kat baju tu.
-Beberapa jam kemudian-
3. PERSEDIAAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI
So I had like 3 to 4 weeks to prepare myself physically and MENTALLY before embarking this new life as matriculation student katanyah.
Untuk pengetahuan you all, aku dengan tak malunya nak cakap yang aku ni sangatlah seorang yang homesick jenis cari tempat duduk sorang-sorang menangis panggil mak. There you have it!
'Dia macam automatik tau rasa sedih pilu tu,' ucapku pada wartawan.
Macam zaman sekolah kalau kena pergi kem ke mana ke kalau sorang-sorang mula lah perangai sememeh ni menjadi-jadi. Beberapa hari sebelum pergi kem/program tu, perut aku mula dimasuki rama-rama lah. Mostly because, aku tak suka benda yang aku takleh kawal dan juga benda baru senang cerita orang cakap comfort zone.
Masa form 3, kem PMR, errr... you all tak tahu apa itu PMR???? Arghh pakcik sudah tua!!!,
Sekolah hantar aku, Haidil, Faris pergi kem motivasi kecemerlangan kat Dusun Eco Resort, Bentong, tahun 2005. Aku lega tau tapi sampai kat sana kitorang kena berpisah! Makan hati berulam jantung la aku menjadi-jadi homesick tangisan hoiiii.. Tapi selepas dua hari, ada bebudak Tersang tegur aku dan buat kawan, oh my, terus hilang homesick malah makin semangat..gittewwww gedik...
Pastu masa form 5 untuk kem kecemerlangan SPM kat Duta Village Beach Resort, Kuantan, aku tak homesick langsung sebab aku pergi dengan besfriends sekolah kot; Aiman dan Haidil ada sekali. Pastu, sampai kat Karak, jumpa delegasi sekolah Tersang! Kawan yang aku buat masa form 3 pun ada!
Heaven ke tidak?
Ok lah. Jadinya, untuk masuk matrikulasi ni, aku dah sedia maklum yang aku akan sorang-sorang! Jumpa orang baru, persekitaran baru, oh no!
I had the most butterflies in my stomach in my entire life! Jujurnya, pasal orang cakap matrik ni susah nak skor lah apa, aku tak heran sangat, benda tu jatuh ke tangga empat? lima?
Tapi, aku tak terpikir pulak nak reject offer matrik tu maybe sebab aku dah mula faham yang matrik ni jalan pintas ke
Seminggu sebelum tu, keputusan UPU keluar. First choice aku Diploma Kej. Kimia (feeling lah sebab suka subjek Kimia time sekolah) kat UiTM Dungun. Masa sekolah kan feeling2 nak masuk U, pastu ni dah dapat? Tak nak ke?
Aku minta pendapat Pak Tam aku dia cikgu sekolah. Dia pun suruh pergi matrik je. Aku pun yakinkan diri yang pergi matrik sebab setahun je dah setaraf diploma dan dekat dengan rumah la yang utamanya!
Maka, bermulah persiapan dan meniti hari memasuki matrikulasi.
I'm ready, bitchessszzzz...walhal...
11 Mei 2018 tu kitorang satu family tidur rumah nenek kat kampung sebelah. Rumah aku ke Pilah tu 1jam 30 min. Rumah nenek aku tu 1jam 15min la kot. Hahaha.
Petang tu aku dengan mak aku pergi kebun Pak Njang aku dia tengah gali lubang nak tanam apetah, kawasan tu tanah lapang dah siap memerun lah, sebab mak aku nak suruh Pak Njang aku jadi driver esoknya. Pastu Pak Njang aku suruh cangkul lubang. Habis blister tapak tangan hahaha.
Yes, ini gambar sebenar kejadian. Jantung berdegup kencang menantikan matrikkkkk
Maghrib tu mak aku suh sapu minyak gamat, pastu Pak Njang aku ada, aku ingat lagi dia kata, 'Tangan tak biasa kerja kampung ye. Tangan banyak pegang pen ni.'
Okay, jadi, pekung di dada, malamnya, merah mata ye menangis-nangis sebab nak berpisah lah sangat kan. Malam tu aku susah nak tidur sebab aku tak nak masa berjalan sebab kalau masa berjalan bermaksud masa untuk berpisah tu makin cepat.
Aku homesick bukan nak mak aku je tapi dengan Shamina sekali yang aku asuh dia woi kalau dia derhaka dengan aku jaga lah dia- baru aku tahu perasaan ibu bapa yang diderhakai anaknya.
Sebenarnya, beberapa minggu sebelum tu pun berendam air mata tapi sorang-sorang je lah weh dalam kelambu masa malam nak tidur. Tapi masa tu pujuk hati, lambat lagi...lambat lagi..nah, tahu-tahu, dah malam sebelum.
Malam tu aku sesaja lah ambil gambar setiap ahli keluarga aku; mak, abah, abang aku, Shamina, nenek aku tu, kucing kat rumah tu, pakai nokia N70 tu lah. Buat tatapan katanya. Aku ambil gambar mak aku pun mak aku mata merah-nampak sangat mak aku pun homesick versi dia lah kan.
Hello, mak aku pun jenis kalau aku takde rumah, dia dok menangis juga ketiadaanku tau.. hahahaha,.
Makanya, aku pun berendam air mata lah malam tu dok meratap pelbagai hadoiii...Tapi depan orang lain, aku tunjuk ok lah. Tak tahu ke dalaman aku meratip hiba...aduhaiiiii pening kan seorang Jefri 2008 nih!
4. HARI PERTAMA DI MATRIKULASI , ORIENTASI, DAN KISAH HOMESICK
Masa tu pakai kereta Nissan Sunny warna merah, penuh lah kereta. Daftar je, semua keluarga aku masuk bilik. Pak Njang aku driver time tu ayah aku tak kompeten sebab mesti sesak hari pendaftaran. Yang ikut time tu, abah, mak, pak njang, Shamina, nenek aku, aku. Semua tu masuk bilik aku tolong kemas.
Budak form 6 pun (kengkawan aku yang tak dapat matrik) pun daftar lebih kurang time ni juga rasanya. Sepupu aku, Kinah pun join form 6 tu, dia lah citer kat aku dulu yang bebudak sekolah aku ni risau aku first day kat matrik (sebab aku pernah ada kes selamba tarik diri dari kem buat kat sekolah sebab homesick).
...........
Aku dapat blok B4 aras 1 bilik 4 (B4.1.4). Aku orang terakhir masuk bilik tu. Katil aku mula-mula masuk pintu belah kiri.
Ini lah rupa tempat aku ni. Nampak je riang-ria aidilfitri, hakikat cintanya, syahdu di perantauan! Blok KMNS ni memang mostly berbatu bata tak plaster macam tu. Imej KMNS sebagai antara tiga matrik terawal sama dengan matrik Melaka dan matrik Johor?
Satu bilik kan 4 orang. Jadi, berdepan dengan aku, yang buka pintu belah kanan, yang kalau tidur aku nampak dia; budak Cina dari Menglembu, Perak nama Henry.
Bertentangan dengan aku tapi dipisahkan almari kami, jadi kitorang tak nampak lah satu sama lain, budak Kuala Berang, Terengganu, nama Izwan.
Bertentangan Henry dan diagonal aku, budak felda Adilla, Kota Tinggi, Johor, nama Syam.
...........
Hari pertama tu masing-masing sibuk mengemas kawasan bilik masing-masing.Pak Njang aku sempat la gurau-gurau dengan keluarga Syam dari Johor tu, pakat ketuk kunci mangga.
Orientasi pun bermula.
...........
Henry tu dah bergaul dengan kengkawan Cina dia. Syam tu ada kawan sekolah menengah dia sekali. Izwan tu budak SBPI Batu Rakit. Jadinya, rata-rata akan gerak ke orientasi dengan kenalan masing-masing.
Unnnhhhhhh that is why lah aku stress sebab takde sape schoolmate atau sesiapa yang aku kenal dapat sama matrik Negeri Sembilan!
Bilik aku tu sebelah je toilet. Kat toilet tu ada satu toilet khas untuk tandas duduk yang besar tapi bukan tandas OKU tapi saiz sama.
Nah, situlah port aku menangisi homesick aku tu! Pegang phone, tatap gambar yang aku ambil tu, even gambar kucing pun aku menangis tengok! Nah, kalau dah berjauhan kan! LOL.
I cried a lot and I took pride of it! Gimme some medal! Tiiber
Seminggu orientasi tu lah aku menangis homesick tapi aku akhiri setiap sesi homesick tu dengan cakap dengan diri sendiri yang okay, hujung minggu boleh balik rumah. Tinggal lagi 4 hari, 3 hari, 2 hari, 1 hari. Camtu lah setiap weekend. Kadang-kadang monolog lah cakap, 'Mak, Shamina tunggu ek, 5 hari je lagi.' Itulah mantera setiap Ahad maghrib.
...........
Hari kedua orientasi, malamnya, ada aktiviti pelik apalah apalah Fasi buat. Pastu aku dengar budak mengomel sama macam aku mengomel lah tak suka. Budak sebelah bilik aku je, nama Lan @ Mazlan, dari Kuantan, ayah dia ayah tunggal, dia sekolah SMART Kuantan.
Jadinya, aku tegur dia dan minggu orientasi aku memang dengan dia je lah.
...........
Hujung minggu tu aku balik rumah, ayah aku jemput la pastinya. Masuk je tanah Chemomoi tu terus rasa macam baru balik berperang! Turun banyak juga lah berat badan hahaha sebab masa orientasi aku feeling-feeling rebel tak nak makan beli beratur kat kafe, makan roti beli kat koperasi dan minum air kosong je.
Hari Sabtu baru boleh balik sebab orientasi habis Jumaat malam.
Sabtu malam tu ada AF6 yang Stacy menang tu. Aku tidur awal tak tunggu habis. Aku dengar mak ngan abang aku cakap yang kesian lahhh aku penat betul ni sebab aku sepatutnya tengok rancangan hiburan ni sampaikan kalau aku balik kampung, sedara mara aku memang allocate 1230pm hari Ahad tu slot aku tengok tv sebab time tu Melodi matilahhhh!
Dan, malam Ahad nak balik tu pun kembali berendam air mata lah. Gelisahhhhhh.
Kebiasaannya, memang aku gerak dari rumah pukul 3 petang. Singgah rumah nenek aku lepak lepak salam salam semua sampai lah matrik pukul 5 petang camtu.
Esoknya mula lah pengkuliahan.
...........
Okay lah, aku rasa aku edit kat sini lah kisah homesick aku tu.
I was so homesick, during semester 1, every weekend I would go home!
I was so homesick, I would still go home though it was not a go-home-weekend!
I was so homesick, i called my mother 3 to 5 times a day just to listen to her voice so that it sooth me.
I was so homesick, my homesick songs were 11 Januari and My Heart Will Go On and I would cry everytime I listened to those songs using Ultra Mp3 Nokia n70!
My friend, Dayati once shared her experience of her first few days in boarding school, she said, 'You would feel like you want to tear the walls apart and run back to your home, and I did feel that!
Aku homesick nak kan mak aku, nak main-main dengan Shamina (dok tatap la gambar, video dan setiap kali balik masa weekend, created new memories pictures videos and the cycle repeated), nak kan kawan-kawan sekolah, teringat cikgu-cikgu sekolah especially cikgu Rohila, Muniyati, cikgu Zeti, cikgu Raziatul Ain.
Aku sampai macam, is this even real? Aku ada gak terpikir, sampai bila lah aku ni jenis homesick. Masa habis UPSR dan PMR both dapat offer SBP tapi aku tak nak sebab takut homesick (which I had tremendously in matric!)
Apparently, my homesick arised from me not be able to control the situation and feeling helpless. Sekarang aman-aman jah! Matieyh!
Okay, ada minggu-minggu yang diharamkan balik sebab ada program wajib matrikulasi contohnya larian kakom, ceramah Dinamika, dan raptai dinner Dinamika. Kalau nak balik juga, kena dapat borang pelepasan daripada HEM. Kalau tak, guard tak bagi keluar. Garang okeh guard!
Tapi, mana boleh?! Motivasi aku mengharungi minggu ke minggu adalah dengan mengharap balik rumah setiap hujung minggu! Tapi ada halangan?
What did I do? Gurrrrrlllllllllllllll I did everything off the law books!
(Sekadar bacaan, kalau ada pembaca yang nak tiru, I tak bertanggungjawab!)
1. Ada satu masa tu aku macam nak cuti panjang. Aku dapat ilham, masa tu pejabat FELDA ada call offer sambung kat maritim kot. Benda tu kena medical check up. So, aku buat excuse nak balik rumah hari Rabu (Khamis tu aku cakap kena gi jumpa pejabat FELDA kot dan Jumaat lah check up katanyah! walhal aku pose cantik je kat rumah! Matieyhhhhhh).
Aku kena jumpa siapa nama HEM tu tah, dia kata boleh tapi kena isi borang dan sign lecturer yang aku ada kelas untuk hari terbabit. Aku pergi je lah dan diakhiri dengan kena minta sign felo blok aku.
Felo aku tu Encik Nasir-ajar Kimia tapi aku tak pernah ada kelas dengan dia. Dia baca alamat aku, eh Chemomoi, dia kenal cikgu bio aku masa sekolah, cikgu Suhardi (dorang ex colleague masa kat matrik Pahang). Terus lah lancar perbualan kitorang.
Hari raya tahun tu, Encik Nasir kirim aku duit raya ke anak-anak cikgu Suhardi pastu dah aku kena gi beraya rumah cikgu Suhardi yang dia pun kirim balik duit raya ke Encik Nasir (nilai sama je aku buka cuma sorang cikgu Suhardi bagi duit pecah hahahaha).
Moralnya, aku berjaya lah balik minggu bercuti dengan lama sikit aku siap kawtim lagi dengan HEM tu aku nak keluar awal. Aku ingat lagi petang tu hujan lebat dan aku singgah BSN Pilah tu.
Tapinya, 2 hari kot aku tertinggal kuliah (dengan sengaja) dan aku pun agak gelabah kot sebab macam tertinggal banyak. Hamdalah la boleh catch up. Fuh!
2. Budak kelas aku ada cerita pasal dia balik sebab ada wedding family.
Inspired from that, ada minggu tak boleh balik tu, aku cakap aku kena balik wedding paksu aku (tapi paksu aku kahwin tahun 2016 yakni 8 tahun kemudian!). Kawan tu sape ek tak ingat lah, cakap, HEM nak bukti kad undangan je. Makanya, aku pergi CC, pastu aku edit kad undangan dan print! Nahhhhh, berjaya pulang!
3. Ada minggu yang tak boleh balik tu sebab ada raptai ke apa, aku suruh kawan kelas aku cover macam tolong tanda kedatangan aku (sebelum tu aku mula berbaik dengan dia bagi pinjam tutorial dan tolong sign attendance dia!) Kira macam balas budi lah hohoho.
Satu hari tu acara wajib subjek Dinamika yang aku tak pergi (sebab balik rumah, dia buat hari Sabtu kot!), nama aku naik sebab aku tak sempat pesan kawan aku suh isikan sebab dorang ingat aku pergi (nooooo wayyyy!!!!), lepastu aku pun siap-siap lah skrip cakap lupa tulis nama, pastu terus aku interview kawan aku yang pergi, tanya program tu pasal apa.
Kawan aku si Ali ni cakap lah benda tu forum pasal blok. Aku ingatkan pasal kehidupan kita kat blok, rupanya pasal BLOG. Sabar je lah.
Lepas kuliah kena jumpa pensyarah unit dinamika tu untuk pertahankan diri gitu kalau ada surat mc ke apa. Dan, aku lolos yach dengan penuh keyakinan. *tiup kuku*
Masa dinner dinamika pulak, Jumaat malam ada raptai gitu nak pilih pasangan (last2 kawan aku cakap tak jadi pun - mujur aku balik kan, kalau tak menangis hiba lah aku sebab sia-siakan peluang!). Dinner dinamika tu macam praktikal lah apa yang dah belajar kat kelas pasal etika, kehadiran tentulah wajib kan!
Boleh pulak masa sampai kat Batu Kikir (30 minit lagi nak sampai matrik), kereta ayah aku tu rosak apa tah, gelabah lah jugak aku sebab aku suka moment dalam kereta nak ke matrik sebab bersama family kan nak sepuas-puasnya ching, naik teksi lah ke matrik.
Sampai nak dekat pukul 7, cepat-cepat lah aku tukar pakaian (tema retro katanya), sesi tafakur menangis kat tandas duduk tu pun aku buat cepat-cepat hahahadoi.
Throwback dinner Dinamika tu. Zaman dulu mana ada filter!!!!!!
4. Selain itu, kalau nak balik kena pukul 2 pm hari Jumaat. Solat Jumaat kat luar matrik kena daki bukit hoi masjidnya atas bukit. Kereta sapu van sapu memang dah standby dah kat luar matrik ramai-ramai lepas pukul 2 tu. Tapi pukul 12 pun dah mula ada sikit yang tunggu.
Aku kalau balik rumah aku bawa beg travel yang jinjing tu letak baju kotor n all. Aku selalu beli roti squiggles beli kat koperasi, buah tangan buat Shamina. Gituh.
Yessss i'm ready nak balik dah ni!
Ada minggu yang aku rasa nak balik awal, aku dengan beg jinjing tu aku menyelit antara bebudak lelaki yang tengah ramai-ramai nak pergi masjid, aku terus meluru ke kereta sapu dan berjaya lah aku pergi ke hentian bas Pilah. Pastu aku rojer lah ayah aku jemput kat hentian bas je takyah masuk matrik.
Bila dah keluar awal tu memang aku melepak lah area hentian bas tu (better than feeling trapped dalam matrik katanya). Sampaikan aku ada favorite stall dah untuk beli buah potong. RM1 jah dan aku suka beli 3 paket, anggur, jambu, mangga. Masuk pasar raya Upwell tengok-tengok barang, pernah beli kek birthday Shamina sekali.
Kadang-kadang aku balik naik bas dari Pilah-Pelangai tu lah tapi bas tu on off sebab tak berapa ramai penumpang. Kalau nampak kelibat bas tu memang syukur lah. Ada satu masa tu sekali je trip dia pukul 1pm. Sebab tu lah aku gigih gak mencelah keluar pukul 12. Ada gak bas tu terawal, hampeh betul! Auntie yang favorite stall aku tu lah selalu tolong alert kan bas tu untuk aku hahaha.
Dan bila dah keluar awal tu kan, kalau aku tunggu family aku jemput, maka memang aku solat jumaat kat bandar Pilah tu lah. Merasa lah aku solat kat masjid orang India yang khutbah bahasa tamil memang aku tercengang je lah.
5. Ada gak aku buat gempak kat HEM pagi Jumaat tu mengadu nak balik sebab ahli keluarga sakit. Timing kan? *angkat kening*
6. Ada gak minggu tu aku decide aku nak balik hari Isnin sebab aku rindu nak pergi pasar malam Chemomoi yang hari Ahad tu! Hadoi! Sabtu tu aku pergi bandar Triang dengan selamba je aku tanya kaunter, nak beli mc. Hadoi! Memang takdo lah!
Lastly, hari Isnin aku pergi klinik pastu mengadu sakit perut minta mc. MA tu tanya aku sekolah apa semua aku cakap matrik Pilah, dia bagi mc sampai Selasa. Hamdalah gitulahhh. Hari Selasa aku balik dan macam biasa, panik sebab banyak tertinggal.
Aku mesej ketua kelas Izwan hari Ahad cakap aku MC gituh. Izwan ni jadi ketua kelas secara default gitu sebab rupanya hari Sabtu masa habis orientasi, ada perjumpaan kelas dan dia sorang je lelaki yang datang. Penolong pulak Dayah.
Pukul 7 pm hari Ahad kat rumah time tu sambil kitorang melantak buntut ayam dan sebagainya, aku cakap, 'Pintu matrik dah tutup dah ni,' ala-ala bangga terlepas matilaaaaaa...
Hari Rabu tu masuk kelas tutorial, buat-buat muka lesu gitu berlakon baru recovered. I dieded!
5. PENGAJIAN DI MATRIKULASI
Aku budak Hayat (Math, Kimia, Bio) kuliah Hayat 2 Praktikum 7 (H2P7). Aku cuba senaraikan nama budak kelas aku
1. Wong Lai Hong (habis matrik, kitorang satu degree pulak!)
2. Aizah (UiTM Shah Alam-kos komputer)
3. Tijah (UMT-Kimia)
4. Pika (UTeM-Engineering apetah)
5. Dayah (USM-Forensik)
6. Shila (UKM-Geologi)
7. Shima (UTM-Teknologi something)
8. Shark (UKM-Farmasi)
9. Aina (UM-Genetik)
10. Kak Wan PDT (UMP-Komputer)
11. Izzah (UniKL-Medic)
12. Kak Mas (UMT)
13. Aishah (UMT-Software)
14. Yuyu Shuhada (Unimas)
15. Jijie Hazirah (UKM-System Management)
16. Kak Sue PDT (Unimas)
17. Ain (SPA-Nurse)
18. Nadzira (UPSI)
19. Kak Nik PDT (UniMaP)
20. Shafawati?
21. Farizan?
22. Daus (disappeared habis matrik haha)
23. Nizam (UiTM-Kimia)
24. Fikri (UPM-Environment Management)
25.Izwan (UPM-Medic)
26. Ali (UiTM Dungun kot)
27.Izat (UTeM kot)
28.Husaini (Unimas-Computing)
29. Aku
30. Perempuan tak ingat nama tapi dia stay matrik sebulan je pastu terima tawaran Asasi Farmasi kat UIAM.
Gambar reramai masa iftar kat kafe C sajork tapi macam tak lengkap je 29 orang?
Kiranya berjaya jugak ye budak-budak kelas aku ni dulu ek hahaha...sebab kelas kitorang bukanlah yang paling menonjol dalam kuliah Hayat 2 tu.
Ok, jadinya, sepanjang semester bermula tu, aku memang bergandingan dengan bebudak kelas aku ni je lah. Aku MALASSS nak bersosial dengan budak blok ke biliik sebelah ke hahaha... Bear in mind yang aku masih homesick cuma tak tunjuk, memang bergantung pada port tandas duduk tu la kan.
Jadi, kehidupan selepas kuliah yang biasanya pukul 5pm ke atas, aku setelkan tutorial dan latihan kuliah kalau ada. Memang kossser lah nak bersosial kan tengok cerita kat laptop ke bising-bising. Mujurlah aku aras 1, kiranya budak bising biasanya duduk kat aras atas, typical.
...........
Kemudian, budak 2nd intake masuk, aku berkawan la dengan dorang ni sebab dorang lebih desperate nak ada kawan sebab ala-ala 'freshie' la kan. Harus aku ambil kesempatan. Aku rapat dengan Faiz (sekarang Doktor Perubatan kat Hosp Sarawak-degree medic UKM twinned programme Gadjah Mada kot).
Masa orientasi pun aku cuba guna taktik ni aku cari budak yang 'boleh makan untuk dijadikan kawan matila' ada lah sorang ni tapi dia pulak nak kekwat. I was like, 'Eh you are as loner as me kot! Motip kekwat?!' Sehari dua je pastu aku malasssssssssssssssss.
Memang teratur lah jugak hidup dengan Faiz ni jenis baik-baik Allahuakbar. Dia dengan sorang lagi budak 2nd intake. kami bertiga ni rajin la sarapan sama kalau ada kuliah sama mula-mula hari tu. Boleh lah tengah sarapan tu dia tegur kawan sorang lagi tu (lupa lah nama dia tapi sem 2 dia keluar masuk UiTM Disember, alang-alang result sem 1 dia cukup makan atas 2.0) dia tegur 'kita kena berak setiap pagi. Pastikan kena berak jugak.'
Dengan Faiz ni, rajin jugak lah aku follow dia pergi dengar ceramah kat surau matrik tu walaupun tak istiqomah.
Okay, apa jadi sama Lan sebelah bilik yang masa orientasi tu?
...........
Ada satu malam tu, aku pergi lah jenguk Lan kat bilik, macam nak borak-borak. Pastu dia macam enggan gitu nak fokus lah apa sampai aku ingat lagi dia kata,' Aku nak study, aku tak nak repeat.'
Gitulah. Aku pun bagi la dia ruang, lama-lama ruang tu terlalu besar hahaha. Padahal satu kuliah kot; Hayat 2, sebelah bilik pulak, boleh je kalau nak gerak sama-sama. Tapi dia kata dia nak urus hidup cara sendiri.
Somehow, we lost connection. Kaedohnya dia makin lalai (gitu statement!) sejak rapat dengan budak praktikum dia. Kan kami sama-sama kurang kawan, tapi dia seronok sangat budak kelas dia rapat dengan dia.
Aku pulak noooo wayyyyyy, mesti ikut cara aku walau bermaksud aku kena seorang diri! *seraya menangis homesick kat toilet duduk tu*
Kalau dalam dewan kuliah tu, dia dah duduk seat belakang (sinonim dengan kelompok rebel malas nak study) dengan bebudak kelas dia yang nakal-nakal tu.
Aku duduk seat 4 dari bawah, tepi sekali sebelah Faiz. Memang itu seat cop mohor aku kalau kat Dewan Kuliah 1.
Kalau kat blok tu, terrserempak la jugak dengan Lan tu tapi dia yang macam nak mengelak ala-ala menjauhkan diri dari aku lah.
Erm, kat blok pun dia dah pandai berkawan. Dia relakan diri dia diperbudak-budakkan.Aku pulak noooo wayyyyyy, mesti ikut cara aku walau bermaksud aku kena seorang diri! *seraya menangis homesick kat toilet duduk tu*
Ada satu hari aku nampak Arif (watak baru!) bergomol dengan Lan atas katil Lan masa aku tengah isi air panas daripada heater yang disediakan. Orang ramai pun kerumun la tengok. Lan macam malu la bila nampak aku tengok dia camtu (gituh perasantan!).
Oh, Arif ni budak fizik. Dia tinggal bilik sebelah tandas. Kan bilik aku sebelah tandas, bilik dia tu sebelah tandasnya. Faham kot? Kiranya kami ni jiran yang dipisahkan oleh tandas.
Dipendekkan cerita, aku dapat tahu Lan kena repeat matrik.
Result dua-dua sem dia bawah 2.0, tapi dia tak nak repeat, dia apply maktab dan dapat jadi cikgu dah sekarang! Kayaknya persekitaran maktab lebih tulus yach! Few years back dia ada contact kat FB dan kitorang aman-aman sahajor kini.
...........
Kiranya sem pertama tu memang aku hanya habiskan masa dengan budak kelas lah kan. Sebulan dua lepas tu, puasa! Warghhh puasa berjauhan dari keluarga!
Aku berbuka sorang diri jah atas meja sambil tenung dinding. Sekarang sedap lah you all makan sambil layan smart phone atau tengok cerita kat laptop! Habut lah lantak je budak-budak blok nak feeling iftar reramai ke apa *jeling Lan*.
Tak lama lepas tu, ada ujian pertengahan semester. Ke sebelum puasa?
Aku pun sesambil melepak kat One Stop Centre tempat ada meja kerusi untuk study dengan budak sekelas, aku sesaja tonjolkan perangai suka mengajar aku tu channeling my inner teacher (zaman SPM aku buat study group dengan Aiman dan Fazrul seraya self proclaimed seorang tutor time tu, tetiap malam kat rumah Fazrul, pastu mak Fazrul hidang air teh o panas beserta makanan iringan).
Turned out, they wanted more and siap anjurkan ala-ala kelas tambahan lagi (aku lah cikgunya!). Kitorang namakan kelas kitorang H2P9 ala-ala the lost practicum gitu sebab kuliah Hayat 2 ada 8 je praktikum (H2P1 sampai H2P8).
Masa awal penubuhan, ada 3 ke 4 orang je ahli asal (Aizah, Tijah, Pika). Pastu berkembang sampai separuh classmate lah nak join, pastu kawan kepada kawan lah join gak. Matieyhhhhh....
The originals
Budak perempuan takleh buat H2P9 sampai lewat malam, jadinya, waktu malam tu, aku buat kelas dengan budak-budak laki (almost semua tapi Fikri, Nizam, Ali, Daus kedatangan wajib) kat kafe blok B depan blok B5.
Sampai lah semester kedua, tapi hujung-hujung sem 2, semua nak fokus sendiri, kelas H2P9 aku kembali ke ahli asal tapi itupun tak sekomited dulu. Masa sem 2 ni juga ada satu petang tu kitorang ronda-ronda satu matrik masuk segala ceruk hutan. tangki air, sampai ke entrance KMNS, bergambar sambil pakai baju kelas yang baru siap tempah. Baju tu pun dah lunyai, aku lupa dah apa ayat tertulis kat baju tu.
Banyak lagi koleksi pic kat matrik ni simpan kat MySpace lah tapi. Banyak yang takleh retrieve.
Masa tu memang berkobar lah semangat nak jadi cikgu masa degree nanti. Lastly, masa isi UPU fasa pertama, tak letakkan pilihan pendidikan kat top 2 (syarat kalau nak ambil kos pendidikan).
Masa fasa 1, first choice aku Fisioterapi UKM tau. Pastu ubah masa fasa 2 lepas Aizah campur tangan dengan mak dia sekali bagi pendapat. Hadoi!
Tapi serius lah yang study group tu sangatlah membantu nak keep up, catch up silibes matrik yang banyak. Setiap hari belajar benda baru tapi boleh je lah! Boleh je! Memang lah masa kuliah belajar laju tapi itu pentingnya kelas tutorial; untuk memastikan kita ni betul-betul faham atau perasan faham.
...........
Antara cikgu/pensyarah yang aku ingati lagi
1. Cikgu Dani Asmadi: Kimia.
Selalu bagi ayat yang deep. Paling famous: Percayalah, ada cahaya di hujung terowong.
Dia pernah mempopularkan aku dalam kuliah Hayat 2!!!!.
Aku ni jenis malas lah nak beli buku rujukan buku latihan sangat sebab aku percaya pakai buku tutorial yang dibagi pun dah cukup, khennnn? Memang aku selalu lah belek buku tutorial kimia dan selit-selit kertas nota ke apa kat buku tu sampai buku tu jadi agak lunyai.
Masa sesi tutorial dengan dia merayau tengok kerja pelajar-pelajar, dia perasan lah buku aku tu dan tegur. Classmate aku yang lain biasa dah tengok camtu hahaha.
Yang kat dewan kuliah tu, sambil dia taburkan kata-kata dia yang deep tu, masa tu bab akhir sem 1 bab 8 kot tapi aku ingat lagi nama bab tu Phase Equilibrium yang ada graf bentuk daun tu, hard water bagai, dia cakap, kalau nak cepat faham, kena selalu lah buat latihan tutorial sampailah buku kamu jadi macam buku Jefri!
Haiyommm! Ditakdirkan, aku tak bawa buku tu masa kuliah tu maka aku dok diam je lah tersipu-sipu. Cikgu Dani macam mengharapkan aku tayang buku tu. Tapi aku tak bawa la hari tu..errrr (sepatutnya wajib bawa ke kuliah buku tutorial-hence tersipu membatu)
Dia sangat lah memperjuangkan kimia. Hairan jugak lah, kalau kuliah dia selepas kuliah biologi baru habis, dia macam menganjeng biologi lah. Kalau kimia takde, biologi takde apa yang boleh dipelajari. Leulz.
Dia ada cerita, kalau kimia takde, kamu akan belajar biologi macam ni 'Daun itu berwarna hijau'.
Dia terus lah menganjeng biologi (secara humor dan kami gelak-kami tidak slow) sampai lah nak habis matrikulasi, dia cerita sebenarnya masa dia habis degree, dia dapat interview jadi pensyarah matrikulasi, isteri dia baru bersalin, panel interview tanya, boleh tak dia ajar Kimia?
Dia sebenarnya option Biologi. Memikirkan isteri yang baru bersalin, dia terima! Hahahaha begitulah kisahnya! No wonder lah dia tahu terma biologi masa dia menganjeng semua tu especialy bab biodiversity yang susah tu Animalia yang develop anus dulu ke develop mouth dulu. Oh, aku pun dah hilang ingatan pasal tu.
2. Cikgu Sudani Sudan: Biologi.
Dia punya aura tu sangatlah kuat. Tak payah nak jerit ke apa camtu. Sampaikan Izwan buat statement yang dia leh nampak kat belakang Puan Sudani tu ilmu yang besar? Herm.
Okay, dia ada cerita yang masa interview untuk jawatan pensyarah matrikulasi tu lah, panel interview tanya, describe the kidney response when there is more/lack water in the body camtu lah lebih kurang.
Dia blur gila pastu dia jawab, 'Saya tak tahu.'
Dia ada gak cerita yang dia sikit lagi nak jadi doktor tapi dia tak lepas exam ke tak jawab exam camtu. Masa tu dia nak jadi doktor hospital tu ke? Sekarang ni aku fikir balik, mungkin dia maksudkan viva kot untuk jadi doktor PhD? Entahlah.
Masa tu topik genetik ke mutation camtu, dia cerita masa degree, dia buat lab sambil tak berapa nak hirau personal protection equipment sangat. Tak lama lepas tu dia kahwin. Anak dalam kandungan dia, scanned, macam ada kecacatan dan umur tak panjang kalau lahir. Dia macam buntu nak keep the pregnancy or abort. Dia rujuk ustaz, ustaz cakap biar je teruskan kandungan tu. Dia pun ikut cakap ustaz dan anak pertama tu pun umur tak panjang sebagaimana dijangka.
Tapi lepas tu, anak-anak dia yang lain normal dan sihat. Dia selalu gak up laki dia bina badan lah apa anak lelaki sulung dia masa tu form 2 kot pun ikut sama bina badan lah apa.
See, Cikgu Sudani ni bercerita je keje dia.
Buku rujukan biologi aku beli yang dia antara penulisnya. Dia promote kat kelas, nah, taktik sangat tapi gempak lah kan buku tu dijual meluas satu Malaysia.
Tapi, aku paling tak suka subjek Biologi hahaha. Kelas Kimia dan Maths suka gila.
Nota: Dulu 3 subjek ni je dikira untuk pointer. Ada subjek lain tapi untuk lulus gagal je yakni bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, kokurikulum (sem 2 satu kelas kitorang dapat softball), Dinamika Kemahiran (sem 1- ajar protokol dan etika), Informatif Komputer? (subjek asas komputer, software camtu, sem 2).
Tapi sekarang ada modul lah pelik-pelik pastu budak PDT takkan bergaul dengan PST dalam kuliah sebab PDT sekarang ada silibes sendiri sampai habis pengajian.
3. Sir Albert Nathan
Dia ni guru ganti je untuk subjek bahasa Inggeris sebab cikgu kitorang, Mdm Leena, bersalin. Tapi dia ajar dalam sebulan lebih pun still seronok dan terdetik lah jugak kan best kalau dia je cikgu Inggeris dari awal sampai habis semester.
First day dia tanya, 'Did you guys watch AJL?' (Tahun tu Itu Kamu jadi juara edisi AJL22)
'What do you think about Ziana Zain's dress?'
Ni haaa persembahan Nek Jenna lagu Dingin
Nah, sempoinya. Habis matrik, aku add dia kat facebook dan kini kami saling keep in touch sampai kat Smule! leulz!
Speaking of English, I took MUET kat matrik lah! Masa keluar result MUET, Izzah ada tegur aku okay ke tak padahal aku okay je. Sebabnya...masa result sem 1 keluar, aku tak dapat 4 flat pastu aku dok meraung tepi dewan serba guna tempat ambil slip result tu sambil call mak aku dok nangis warghh tak boleh jadi doktor...padahal aku tak nak jadi doktor pun maybe stigma masyarakat kot dan sedara mara, yakni masuk Hayat kena jadi doktor..matilaa...
Pastu, Faiz (sila skrol atas kalau lupa siapa Faiz) sehari lepas result keluar, approach aku kat dewan kuliah, tanya, 'Macam mana kita nak jadi doktor ni? Sama-sama tak dapat 4 flat.'
Aku balas entah lah hahaha.
Tapi, dia berjaya je cuma laluan dia jauh sikit lah kena buat twin programme dengan Uni Indo dulu.
4. Madame Ong (maths sem 1) dan Mr Lim (maths sem 2)
Madam Ong ni sangatlah sempoi dari segi percakapan, pemakaian, dan pengajaran. Tengok dia selesaikan soalan tutoral maths tu macam tengok magic show bak kata Nizam.
Sem 2 pulak, cikgu Maths kitorang cikgu perempuan tudung labuh yang sarat mengandung. Tapi Mr. Lim, dia ni Ketua Unit Maths KMNS, dia turun padang dan ambil kelas kami sebagai kelas dia mengajar jugak. Kaedohnya, sekejap dia kat depan sekejap lagi cikgu sorang lagi mengajar.
Tapi Mr Lim memang power lah (dah dia ketua unit pulak!). Ada satu hari tu bincang soalan tutorial bab Probability yang ada aplikasi Permutation and Combination. Soalan pasal hari nelayan tangkap ikan camtu lah, dia macam slow sikit nak tackle, pastu aku tunjuk yang aku punya, terus dia puji (padahal aku tanya cina roomate aku tu).
Dan juga, dia pernah buat cabaran maths gitu, tak ingat lah sangat benda ni macam sepatutnya math error tapi dia kata boleh. Rasanya, apa jawapan intergration of 1/x dan dia bagi teaser langkah penyelesaian awal tinggal kita nak habiskan.
Pastu, aku pergi jumpa dia face to face and dia ajar weh! Totally like a magician! Sebelum tu, aku ada pergi jumpa pensyarah maths nama dia Mr Ong rasanya, macam baru posting setahun dua. Dia pun give up. Atas meja dia siap ada kotak tau untuk kita masukkan memo atau apa-apa lah jadi dia pesan nanti kalau dah dapat jawapan tu, masukkan.
Well, aku pun dengan bangganya lah letakkan tu walaupun aku sekadar jumpa face to face je Mr Lim tu hahaha. Moralnya, kat matriks ni aku sangatlah menghargai dan meminati Matematik sebab masa sekolah aku macam anti sikit. Berpeluang juga merasa jawab soalan olimpiad Maths yang motip motip motip motipppppppp soalannya.
Honorable mentions
1. Ada sorang cikgu English ni tak ingat nama, kalau terserempak kat bilik guru atau mana-mana dia akan sergah bagi salam sambil cakap, 'Yeay saya dapat lebih pahala! (sebab dia bagi salam dulu sebelum aku)'
Pensyarah English dengan Pendidikan Islam ni satu bilik. Aku tak ingat la urusan apa tah aku masuk tu, pastu dia sergah macam biasa, depan aku dan seorang ustaz ni.
Hari tu aku rajin pulak melayan, lepas jawab salam, aku balas lah, 'Eh, saya lah lagi banyak pahala sebab jawab salam tu wajib, bagi salam tu sunat. Kan pahala amalan wajib lagi besar dari pahala amalan sunat?'
Pastu dia terus tanya ustaz depan tu betul ke camtu ek? Aku pun tak tahu hahaha.
Kebetulan atau tidak, lepas tu, aku jarang ke tak terserempak dah dengan dia.
2. Cikgu Koko tak ingat nama.Macam Suhadi? Entah. Dia ajar softball. Rupanya sebelum ni dia cikgu fizik pastu serap jadi cikgu koko. Fun lah kelas koko ni petang Rabu ke Khamis, aku dengan bebudak lain melawak je tak serius, dia pun tak serius.
Satu hari tu dia buat satu perlawanan antara kelas kitorang dengan kelas H2P3 yakni kelas Lan! Masa tu aku memang tak berharap nak kawan dengan Lan, tegur pun tegur penuh keyakinan gitu takde awkward (dari pihak aku lah at least), dan hasil perlawanan tu kelas kitorang kalah teruk hahahaha. Oh satu budak kelas dengan Lan di satu blok B4 dengan kitorang gak, Misbah namanya. Dia budak surau yang jenis open gitu takde lah kerja nak menerakakan orang je.
Sem 2 juga ada mini kakom. Karnival sukan matrik yang sem 1 tu tapi versi KMNS sahaja. Jadi, untuk markah koko, kena join sukan atau jadi AJK. Ofkos lah AJK kan dan kisahnya aku dengan kengkawan lain jadi AJK untuk mini kakom sukan skuasy.
Kelas kitorang yang masuk AJK Skuasy
Aku kena jadi photographer event pulak! Dia kata, aku mesti ambil gambar kejadian-kejadian yang penting, baru dapat markah once aku serah pendrive dengan isi gambar tu.
Aku mana ada kamera digital (time tu pakai kamera digital-Olympus lah paling top). Aku cakap la pakai fon boleh tak? Geleng-geleng kepala dia. Mujur la ada sorang student India ni yang join AJK tu cakap kawan dia ada boleh pinjamkan.
Cuak jugak pagi program tu aku call dia tak jawab tapi hamdalah lah setel.
Ada satu budak perempuan luka kena raket ke apa, cikgu tu pun cuci luka dan letak bandage semua lah. Aku pun apa lagi ini kan kejadian-kejadian yang penting, cikgu tu tak bagi pulak amek gambar. Tapi sempat lah aku amek. Aku rasa macam mesti dia nak sebenarnya gambar tu diambil tapi chingggg gitu lah.
Masa dah setel tu, dia berceramah pasal kepentingan first aid lah bagai lalu membuka dirinya cerita pasal adik dia mati lemas rasanya. Pastu pasal kitorang mengadu penat kena kemas kosongkan bilik sebab KMNS jadi tuan rumah KAKOM pastu dia cerita yang kat U nanti macam tu jugak yang dia ada tolong kemas adik dia kosongkan bilik kena bawa baldi semua masuk kereta dia.
3. Ustazah Faridah ajar Pendidikan Islam. Antara tugasan nak lulus subje ni kena hafal tafsir surah iftitah, hafal surah sajadah, dan ayat amanarrasul boleh buat dalam waktu yang sama atau lain-lain hari sampailah dateline. Sekarang semua tu aku dah lupaaaa matilaaa
Ustazah juga tahu kawasan rumah aku ye dia cakap dia biasa lalu untuk pergi Karak.
Bawah Unit Pendidikan Islam ni juga ada program sempena bulan puasa, baca quran satu matrik untuk khatam kiranya setiap kelas dalam matrik tu diberi kena baca surah mana ayat sampai mana. Kumpulan kitorang buat okay!
4. Miss Geetha ni mentor aku dia baru posting, ajar student Akaun. Ahli mentee ni pulak lain dari kelas, macam campur lah segala budak Hayat, Fizikal, Akaun, kiranya makin ramai lah kenalan kita tapi tak rapat mana pun hahaha habis mentor mentee (30 minit camtu) tu habis situ je lah. Kat matrik tu ada program mentor mentee setiap rabu pagi sebulan sekali camtu lah akan ada macam latihan dalam kumpulan ala-ala program motivasi untuk pelajar matrik. Mentor Mentee ni alternate dengan perhimpunan pagi rasanya. Kalau perhimpunan tu ramai yang serong untuk bangun tidur lambat, kalau Mentor Mentee kehadiran diambil jadi wajib lah perginya.
Tujuannya untuk pastikan semangat kita ok ke apa camtu lah. Tapi aku tak gunakan medium ni pun untuk luahkan homesick aku tu semua heyyy. Waktu lapang aku untuk bagi keseronokan aku main cc kat situ. Masa ni add friends kat myspace masih relevan, ya! Time ni juga aku mula rajin layan forum tapi time tu forum Carigold. Masuk degree baru aku layan forum Cari.
Kaedohnya, lawak-lawak internet yang datang dati emel forward kat forum tu aku print okeh pastu bawa ke kuliah. Haish. Antara yang aku share tu dengan Am. Budak Kuantan, satu kelas dengan Lan. Ni cerita sem 1 la masa tu aku gigih lagi berkawan dengan Lan.
Lan cerita lah yang dia masa habis orientasi, dia nak balik Kuantan, dia pun sejenis homesick gak tapi tak seteruk aku lah. Tiket ke Kuantan dah habis, merasa la pilu dia. Pastu Am tegur dia tanya semua dan Am korbankan tiket dia pada Lan yang nampak desperate tu hahaha. terharu sangat Lan. Bila dapat tahu Am tu satu praktikum dengan dia, makin menggeletis lah. Yihhh hahahaha.
5. Akak jual jagung waffle dan adiknya. Dorang ni bukan pensyarah tapi tumpang meniaga kat kedai koperasi baru buka masa aku sem 2. Sebelum ni ada satu kedai koperasi yang dah lama bertapak. Kedai baru ni barang lagi banyak lah tapi ada yang murah ada yang mahal.
Aku rajin lah ringan mulut menegur dorang tu rupanya dorang tu orang Pahang kat Jengka kot dan tahu Chemomoi tu apa. Aku kalau orang tahu pasal Chemomoi ni memang aku turut menggelitis bak Lan lah kan.
Pastu ada adik akak tu dari UiTM Segamat datang lepak sekali tolong meniaga masa tu dia study week dia melepak kejap. Yang adik sorang lagi tu nama pun aku lupa dah, dia sebaya aku. Dia budak STAM. Habis matrik, aku pernah terjumpa dia sekali masa bulan puasa aku degree first year ke second year kat jalan Masjid Jamek tu dia dengan bf lah nak balik Jengka kot ikut bas Pekeliling.
Diorang gigih la menyewa rumah kat bawah matrik tu untuk kerja tu. Owner kedai tu perempuan muda ala-ala wechat gitu free hairnya. Tunangnya yang bawa masuk akak tu sebab kenalan ke sedara jauh camtu. Yang adik akak UiTM Segamat tu sengaja dok cari pasal tarik muka dengan owner tu hadoi.
Aku luahkan simpati gak lah dorang nak survive sewa rumah, datang balik meniaga naik teksi selalu lah aku support jagung dan waffle dorang tu. Ais krim pun ada rasanya. Pastu aku cakap pasal nasi goreng kafe A yang banyak dan murah rm1.50 je isi sendiri penuh polistrin, dorang teruja lah sebab dorang beli mahal.
Aku pun tolong la perkenalkan dan belikan supaya dorang leh jimat lah tang makanan tu.
Tapi serius murah lah nasi goreng tu tapi nasi goreng kicap je, dengan ayam baru rm3 lebih. Nasi dia dah isi dalam bekas makanan tu kita sumbat je dalam bekas polistrin.
Mula-mula feeling lah kan jaga makan pastu pensyarah Bio nama cikgu Nizaha cakap yang kamu ni muda lagi, kamu makan banyak takpe, dibakar untuk guna neuorons kamu tu waktu kamu belajar.
Nah, natijahnya, makan tak ingat dunia atas alasan neurons walhal hahahaha
6. KEHIDUPAN DI BLOK
So, I would like to revisit my dormitory's life in matrik.
Kat atas-atas tadi ada cerita secara ringkas pasal dorang. Mari kita berkenalan gitu.
1. Syam-roomate dari Johor
Antara 3 orang roomate, aku paling rapat dengan dia ni lah! Jenis cakap lepas jugak dan feeling lah! Hahaha. Mula-mula, aku, Syam, dengan Lan ni berkawan lah kat blok tu. Pergi refill air RO sama-sama bawa baldi untuk angkut banyak botol.
Syam, Lan, dengan Mizi roomate Lan (satu sekolah dengan Izwan roomate aku tu) ni cheapskate share duit untuk mesin basuh (tepi bilik kitorang je-iron pulak kat wing sebelah bersama heater-memang mudah la hidup aku tu, aku iron baju setiap Ahad malam pakej semua 5 helai sekali. Baju jarang basuh pakai mesin sebab bawa balik rumah je dan kalau sikit basuh tangan je), dorang share lah basuh sekali, sumbat baju kotor sorang setel, tabur sabun, pastu baju kotor orang lain, tabur sabun. Jadi kek lapis gitu. Bila dah siap, dorang keluarkan memang jadi kek lapis la! Guling-guling si Syam gelak hadoi Bertepek-tepek lah baju dengan sabun; cheapskate gone wrong!
Laundry malfunction gituh
Cibainya si Syam ni, sebulan je dia masuk matrik sebab lepas tu dia dapat offer study kat MAS yang lesen jurutera kapal terbang something like that, under FELDA. Pemergian dia antara punca aku kureng bergaul dengan Lan jugak.
Masuk je degree, kan dah ada laptop, pakat online je lah dan bila Facebook dah mula famous, kitorang selalu lah berkomunikasi melalui fb status masing-masing. Somehow, makin lama makin kurang komunikasi mungkin masing-masing mula sibuk? Sekarang tengok instagram dia dok melencongggg je best nya lahhhhh.
2. Henry-roomate dari Perak
Henry ni typical Chinese lah kuek study. Aku selalu lah rujuk dia tutorial ke apa. Masa bab awal-awal Maths, aku dengan Syam serbu dia suruh dia demo cara jawab bab logarithm. Hebat jah sebab masa tuisyen form 5 Add Math dengan cikgu import, cikgu Zainudin abang cikgu Mariam cakap yang Chinese kureng bab logarithm. Chinese Triang kalu?
Disebabkan dia ni ala-ala bedside aku je, maka kami memang selalu berpandangan lah tu untuk tidur ataupun aktiviti masing-masing tapi serius lah dia tak merengsekan pun hahaha. Kalau kawan dia datang jumpa dia dan aku nak solat, dia terus adjust tune in the slowest talk.
Side to side gitu. Choppp nak jadi Ariana *seraya acah whistle*
Rutin dia setiap malam sebelum tidur, dia akan basuh muka pastu lap dengan towel good morning. Nak cakap dia ni pembersih, dia beria mengelap tempat dia tu masa first day daftar tu je lol.
Hampeh jugak si Henry ni, sem 2, dia dengan geng-geng bebudak Cina pergi setinggan kat tingkat 4 camne tah boleh jumpa bilik kosong tu?!
Wait, sebelum tu, kan Syam sebulan je duduk kan, lepas dia keluar, katil dia kosong. Lama juga la lepas tuy, kawan Henry, budak Cina lah nama Jason kot (masing-masing nama Caucasian tau tak nak kalah!), pulak setinggan situ.
Jason ni roomate dengan Arif, jiran aku yang terpisah dengan tandas tu lah. Lama juga la dia setinggan situ sebab dia selesa lah dengan Henry satu bangsa dengan dia tapi lepas tu dia kembali ke bilik dia (dia takut felo spot check kot) pastu dua-dua ciaoooo pergi setinggan bilik kosong tingkat 4 tu.
Henry yang budak fizik sambung degree engineering kat USM kini bahagia melencong ke sana-sini latest nampak dia post kat ig dekat sebulan gak *shade* dia post pics kat New Zealand.
3. Izwan-roomate Terengganu
Dia ni tough sikit la untuk aku hidup bersama gitu sebab dia bawa tabiat hidup asrama masa sekolah. Badan saiz S kot masa awal-awal sem tu dia suka pinjam kemeja Syam saiz M untuk pakai pergi kuliah, matilahhhhh. Aku cerita kat mak aku, nasiblah aku saiz XS khenn dia tak leh pinjam. Syam agak rengsa lah (we can tell like of course lah kan hahaha) pastu lama-lama dia tak pinjam dah.
Izwan berani nak pinjam-pinjam dengan Syam mungkin sebab dorang kat bedside partners pastu dorang pernah outing sama-sama (aku tak join lah kan aku homesick-setiap weekend balik!), Syam pernah cerita yang Izwan tu mabuk dalam bas nak ke Seremban ikut jalan Bukit Putus. Katanya, Izwan cakap besar camtu lah masa kat hentian bas Pilah, itu yang Syam kata kena sumpahan Bukit Putus!
Bukit Putus ni nama tempat yang jalannya curam ye bukan bukit tu putus-putus-putus-putus, laluan dari Pilah ke Seremban. Tapi sekarang dah ada jalan alternatif yang lebih selamat.
Iya, terima kasih, datang lagi ye bilik ni jumpa lah selalu Izwan tu...
Ampaian dalam bilik ada satu ruang. Kebanyakan perbualan kami tu pasal, 'Ni baju siapa? Ni seluar siapa? Dah kering ni siapa punya?' Sebabnya masing-masing nak jemur pulak kat ampai yang ada 4 lines pendek (konon satu line untuk satu penghuni heyyy mana muat!).
Selain itu, dia merokok jenis dalam bilik. Tetiba je bau asap rokok. Hadoiii aku ni dah la tak biasa dengan smokers sebab kat rumah pun takde smoker. Henry pun of course la tak suka tapi aku rasa kalau Henry ada, dia tak smoke. Macam kalau dia tinggal sorang-sorang baru dia smoke dan aku balik dari kelas, bilik bau asap rokok. Ada masa Henry pulak yang balik dan perasan bau rokok tu, aku tengok je Henry macam kibas-kibas sindir nak halau bau rokok, buka pintu luas-luas. Aku perhati je la hahaha.
Cubaan Henry melenyapkan asap rokok
Kaedohnya, kan katil Syam yang dibiar sepi tu, lepas Jason dan Henry keluar, aku ingatkan aman lah kan tinggal kitorang berdua je. Izwan ni pulak jenis suka lepak bilik orang lain (maybe dia sedar diri yang aku tak suka sangat orang lelepak bilik kami ni), macam bilik tu aku conquer lah.
Namun, sepemergian Jason (Henry ada lagi-sebelum Henry dan Jason both sashay ke tingkat 4), dia angkut sorang budak dia cap Ketereh masuk, nama Wan kot. Sejak henry keluar jugak, Izwan ni makin selamba je smoking walaupun aku tengah ada dalam bilik. Sobs. Mungkin dia ingat aku ni Melayu sama macam dia yang boleh tolerate smoking, well spoiler alert, I do not!
Wan tu pulak sangatlah nak ambil hati aku dia cuba la ajak berborak ke buat lawak hambar ke komunikasi memang aku tak layan lah tapi dia tetap persistent, motip aku nak menggalakkan setinggan macam dia takde bilik sendiri pulak, tapi aku akur je lah.
Ada satu masa tu, Henry ada lagi kat bilik tu, Wan punya belakang badan kena penyakit kulit macam kurap panau camtu lah. Kesian juga lah. Syam ada jampi ke apa katil dia tu? Hahahaha.
Dalam kitorang berempat, aku je ambil Hayat. Izwan tu masa sem 1 ada juga tanya-tanya pasal kimia, Maths dia tanya Henry. Lepas result sem 1 keluar, pointer dia atas 3 tapi tak sampai 3.5 dan dia tahu pointer aku. Dari situ dia mula lah lebih hormat aku dan minta tiru tutorial (sebab tinggal kitorang dua je). Sekali lah dengan Wan.
Ada satu masa tu, dia suruh aku ajar dia English sebab dia lemah gila English. Cara dia, dia suruh aku ajar English guna keratan surat khabar bahasa Inggeris yang mana tah dia ambil.
Aku ajar la pasal singular plural verb semua tu dan ada satu part yang sangat personal bagi aku, dia asyik tanya pasal perkataan 'set', kenapa bukan 'sets' kenapa bukan 'setted' kenapa bukan 'seting' camtu lah. Hal ini demikian kerana, masa aku darjah 4 ke 5, teacher Azi rasanya, dia suruh kitorang belajar daripada surat khabar English dan perkataan yang aku macam berlegar camtu adalah 'set'. Teks surat khabar tu pasal perlawanan badminton.
Habis matrik dia sambung kat UMP engineering. Sekarang dah selamat menikah dan abah-abah look.
4. Arif-jiran dipisahkan tandas
Arif ni dari Sungai Petani. Tak tahu lah macam nak cerita tapi dia ni lah yang buatkan aku hilang homesick! Plot twist sangat hahahaha.
Hujung sem 1 camtu kitorang sama-sama kat toilet kot tengah basuh baju kat sinki. Dia yang mula tegur. Rasanya, dia dengan Lan pun dah tak rapat. Pastu, jumpa-jumpa kat hallway, kitorang tegur-tegur gitu pasti saling berkunjung ke bilik masing-masing. Nah, rapat.
Sem 2 aku memang all out berkawan dengan Arif dan sorang lagi budak kelas dia nama Niezam yang stay aras 2 (bakal story jap gi). Aku ngan Arif ni memang rapat lah pastu bila selisih dengan Lan pun kitorang macam 'Hi earthling' gitu Lan, you should have been with us but you chose the other road gitu.
Tapi takdelah sosial macam ni. Kami masih sunti ye (pada waktu tu-eh!)
Tapi ada waktu tu kami kawan je dengan Lan ajak sama-sama gerak ke masjid untuk solat jumaat tapi subhanallah lembab nauu sampai kena maki lah dengan Arif.
Satu hari tu Arif nak ajak makan malam tapi maghrib dulu lah kan dia datang bilik aku tengok aku tengah solat pastu dia gi cuit aku tanda nak jadi jemaah! Hampeh betul! Tak suka la hahaha. Lepas bagi salam tu, dia blah balik bilik dia?!
Aras tu memang kitorang star lah kot dengan reputasi kitorang dua, Arif ni jenis outspoken and confident, aku pulak jenis fake and devious gitu tiibahhhh. Yang Niezam plak macam minion Arif.
Kitorang bertiga mula conquer bilik tv especially petang-petang tengok Spa Q pukul 6.30 pm. Setiap petang tu kitorang pergi kafe A (blok perempuan A-blok perempuan C jauh tapi sedap, kalau weekend jah gigih, blok C tu ada CC tau, tempat aku lepak layan youtube AF), kitroang tapau nasi goreng kicap tu penuh polistin pastu ayam seketul (saiz dia besar gila) tak sampai rm5 pun semua tu dengan air. Makan tu sambil menghadap Spa Q.
Weekend pula tengok ulangan Ugly Betty kat 8tv.
Moment paling best kat bilik tv tu tengok ramai-ramai debat Anwar dengan Shabery Chik tu. Err moment sangat ada sorang macai BN dok sorak bila Shabery berhujah. DIA SORANG JE!
The most memorable moment for this debate was Shabery punya air liur kan? Aku pun dah lupa dorang debat isu apa ni?
Dan aku pun mula kumpul kekuatan untuk melawan homesick sebab sampai bila (gitulah padahal dah jumpa kawan!) selain kesian kan family aku luangkan masa dan minyak kereta serta tenaga gitu, tapi syoknya kalau balik, kitorang singgah Bahau, Kampung Lonek tengok sawah, Rompin Negeri Sembilan tempat jual seafood dan ikan murah-murah, singgah Batu Kikir especially bulan puasa dia punya bazaar letop!
Kalau tak singgah, weekend tu mesti jenjalan ke Triang time tu famous Tunas Manja (ada terserempak dengan cikgu sekolah-cikgu Rohaidah, tanya pasal matrik and all, ada kisah aku dengan dia ni lain kali lah sebab ni macam dah luar konteks). Time keluar ni aku rajin restock beli baju hahaha.
Minggu yang aku tak balik tu rasa produktif sangat! Aku kemas katil kemas bilik. Siapkan tutorial. Aku jenis tak study nota, memang buat latihan tutorial tu je. Buat nota untuk aku ajar kelas H2P9 aku tu.
I am so domestic katanyaaa
Pastu ada malam weekend tu aku, Arif dengan Niezam ni recreate scene Spa Q. Kaedoh sangat! Niezam yang innocent tu dijadikan watak Azizah Mahzan memang hambar la..Terus Arif yang nak pegang watak Qistina yang victim tu tukar role.
Arif ni jugak karats tokti so dia feeling lah dia tu tokti dan aku dia anggap sebagai rival kan so terus dia cop aku ni tokpah seripah aini (kes emel layang siti) dan Niezam tu pulak Ifa Raziah katanya masa tu blog Azwan Ali aku follow dengan gaya menulis semua capslock tu hadoi.
Arif ada laptop, masa aku main cc baca blog tu aku kopipes lah blog Azwan Ali tu takyah buang masa buang duit baca kat cc, letak dalam pendrive, sambung baca kat laptop Arif je. Kitorang tiga suka pulak baca ayat-ayat Azwan Ali tu ada entri kutuk Ifa Raziah, terus Arif calitkan Niezam sebagai Ifa Raziah.
Kitorang jugak pernah bosan-bosan malam weekend, pergi ronda matrik malam-malam tu dengan pakai kain pelekat je, pastu aku suggest lah buat photoshoot feeling ANTM. Pakai fon Niezam express music warghhh nostalgila!
Macam biasa lah Niezam yang easy vote out pastu dia kena pilih aku atau Arif best picture. Jalan selamat dia kata tiada pengalah semua pemenang. Cisss.
Hadoiii ni feeling-feeling yang ANTM7 punya tema ep1 yang typical model, Brooke yang jadi back stabbed model. Caridee jadi bimbo. Michelle twin jadi bulimia.
Oh, gegambar tu aku cuci ye pastu beli frame kedai RM2 masukkan dalam frame. Dulu-dulu aku rajin cuci gambar sampai lah degree tahun kedua jadi malas.
Dengan Arif dan Niezam ni lah aku berjaya bertahan sebulan tak balik rumah (rekod weh! tanpa perlu bertafakur menangis kat tandas duduk). First time keluar Seremban dengan dorang lah pergi outing. Guard tak bagi keluar leher bulat rupanya nasib baik aku ada bawa sweater nipis ada rupa kolar aku beli kat Rompin Negeri Sembilan. Takyah patah balik blok yang agak jauh nak tukar baju kolar.
Merasa lah aku naik kereta sapu ke hentian bas untuk ke Seremban (biasa pergi balik rumah je!) dan kitorang jalan-jalan Terminal One sajork. Situ lah first time rasa Dunkin Donut. Tijah pernah pesan yang DD punya donut yang sedap hanyalah Bavarian custard filling dan sampai sekarang aku beli tu je lepas test donut yang lain-lain.
First time juga lah aku tengok wayang kat GSC Terminal One tu filem Maut. Hahahaha. Niezam nak tengok Ong Bak tapi aku berat nak ke Maut kenapa tah. Maka, tengok lah Maut. Cian Niezam.
Filem Melayu ok pergi tengok kat wayang. Filem ala-ala inspirasi Mastika je ni
5. Niezam-classmate Arif
Niezam asal Melaka ni kenal dengan Pika classmate aku tu sebab dorang sama-sama menari untuk KAKOM. Dorang ni budak fizik jadi memang jumpa kalau melepak kat bilik Arif je lah. Untuk Mini KAKOM, disebabkan Niezam ni budak tarian, dia jadi jurulatih/koreografer lah untuk blok B4.
Mini KAKOM tu buat lawan antara blok; ikut negeri blok katanya. Kitorang negeri 4 merangkumi blok perempuan A4 gabung perempuan C4 dan lelaki B4. Tapi tarian ni asing kategori lelaki dan perempuan.
Aku jadi manager jah. Arif join menari under Niezam ni. Kelakar la pulak tengok Niezam pulak yang in charge of Arif. Cabaran nak rekrut budak-budak join tarian lah. Guna pengaruh ketua blok, ramai join dan not bad lah tarian dorang. Si Talib tu jadi peniup seruling untuk opening.
Niezam koreo kuda kepang, zapin dan joget rasanya. Bersungguh la latihan bagai ni. Niezam pun dok stress la mengadu pada aku pasal dorang susah nak pick up step, dah dorang bukan penari kan. Terus Niezam reflected diri gituh teringat cikgu zapin dia mengeluh masa ajar dia zapin dulu.
Lastly, lelaki negeri 4 juara okay persembahan tarian! Ada kontroversi seram pulak malam tu lepas ambil gambar ramai-ramai, masa tu aku minta diri awal malas nak tunggu. Gambar tu ada entiti asing gitu. Boleh tak aku nak speku tu entiti jelmaan aku yang takde dalam gambar? Matila nanti orang cakap aku bela saka pulak, NOOOOOOO!!!!
Ramai speku sebab lelaki negeri 4 bawa kuda kepang lah, perempuan negeri 4 ulik mayang lah, heboh jugak lah bluetooth malam tu leulz.
Err... you all tak tahu apa itu bluetooth???? Arghh pakcik sudah tua!!!
Hey bluetooth ni pun jadi alat hilang bosan tau dalam dewan kuliah. Tengah bosan dalam dewan kuliah tu, ko ON lah bluetooth fon, pastu connect je lah dengan sesiapa situ, nanti dapat lah gambar ke short video 3gp ke apa time tu...the excitement tu datang bila kita nak buka apa yang kita dapat tu. Hadoi macam-macam! Jangan virus sudah!
Inilah Niezam sungguh la innocent sekarang pakai branded branded sajork *makan hati*
Masa assignment bio kena buat video, kitorang pilih tajuk pengurusan kebersihan kafe blok A. Aku team up and Aizah, Pika, and Tijah. Aku memang dikenali dengan karats Desperate Housewives dan Tijah pun layan gak (btw Tijah ni JPP Perwakilan Pelajar bahagian Kebajikan, gigih bertanding tapi aku tengok keje dia perjuangkan tiket bas je *shade* dan ada sorang lagi JPP yang jadi teman tapi mesra dia nama Raja ala-ala kekwat tapi join gak H2P9 aku sebab jeles aku dengan Tijah selalu gelak-gelak dan ada satu pic kontroversi kitorang kat library, tapi habis matrik, tak lama PJJ, break up. Sedeyh!)
Ini lah pic yang kontroversi sampai Raja tak senang duduk tu hahaha
Jadinya! Plot assignment tu aku feeling buat macam Mary Alice Young jadi narrator. Gitulah. Kitorang interview Arif dengan Niezam ni lah jadi pengguna kafe. Edit semua video tu, burn dalam CD, keje Tijah la tu, hantar kat cikgu Sudani. Esoknya cikgu Sudani cakap video takleh play. Apooo..pastu camne tah Tijah setelkan.
Niezam ni antara yang gigih balik kampung gak sebab dekat jugak rumah dia dengan matrik Pilah ni. Arif macam nak join balik rumah Niezam sebab dia jauh nak balik ke Sungai Petai tu tapi Niezam macam enggan gitu hahaha.
Arif pulak suruh aku bawa balik makanan dari rumah. Senang citer, aku beli je laksa bihun sup pelbagai bungkus kat pasar malam Simpang Pertang setiap Ahad, en route ke matrik. Pasar malam tu walaupun simple tapi nostlagik lah.
Ada sorang makcik tu jual macam pancake nipis ala apam balik lipat-lipat, letak coklat lah manisan dalam tu dan dibungkus dengan kertas manila homemade gunting memang nampak la homemade gunting tu. Yang mengharukan aku dengan Shamina (sampai sekarang kalau lalu Simpang Pertang mesti aku buka kisah ni kat Shamina tak bagi lupa), dia letak sticker macam nak raih perhatian bebudak beli. Aku support la bisnes dia out of symphaty gitu.
Lama-lama Arief ikut balik rumah Talib (senior PDT yang hot stuff katanya) dan Arif pun feeling-feeling kongsi kisah-kisah dia yang *teet* *aib* *teet* *aib* *teet* entah-entah propa jah aku ngan Niezam cakap hahaha. Benda ni kononnya gosip gah lah jugak sampai aku cakap ngan bebudak H2P9 yang last day exam bila semua sibuk nak balik aku akan cerita pasal Talib yang dikorek oleh Arif (i did), plus, Talib masa tahun pertama dia kapel dengan kak Mas classmate kitorang (break up tahun kedua). Very the.
...........
Masa hujung-hujung minggu nak habis sem, HEM ada buka permohonan siapa nak jadi fasi untuk sesi matrik akan datang. Arif lah ajak join so we all bertiga pun apply dan tak sangka dapat!
Dipendekkan cerita, matrik pun tamat. Budak baru pun nak masuk. Niezam tak jadi join ada hal apa tah. Aku pulak jadi malas-malas gitu sebab dah lama duduk rumah kan. Fasi ni kena datang awal sehari sebab ada bootcamp dulu. Shila classmate merangkap warga H2P9 pun join benda tu.
Aku fikir malas la menyusahkan family aku hantar ke matrik, aku berkeras lah tak pergi jadi fasi tu walaupun mak aku kata okay je kalau nak hantarkan. Takyah la aku kata habiskan duit minyak je. Pastu pagi Sabtu tu, Arif sms aku cakap dia dah sampai hentian bas Pilah, tanya mana aku?
Aku cakap la aku tak jadi join, cover up dengan cakap ada hal family. Sedih gak lah dia.
...........
Nah, kat bootcamp tu, dia dilantik jadi Ketua Fasi untuk minggu orientasi. Kalau aku and Nizam ada mesti kitorang akan jadi wingmen dan dominate orientasi tu. Sigh.
Aku rasa sejak tu aku rasa macam bersalah tau dan aku sendiri rasa awkward nak keep in touch dengan Arif sebab aku macam mungkir janji gitu.
...........
Tambahan lagi, lepas setel semua tu, tak lama tu result sem 2 keluar. Lan PM aku kat myspace, spilled the tea cakap yang Arif kena repeat. Lan somehow tahu sebab dia mengaku kat aku yang dia pun kena repeat. Lan suruh aku yang confirmkan dengan Arif sebab dia kata aku lagi rapat dengan Arif.Result sem 1 Arif atas 3.0. Kalau betul dia repeat, memang teruk la drop pointer sem 2 dia.
Aku tak SMS Arif. Aku PM kat myspace tanya pasal tu, haruslah aku petik nama Lan.
Quite humiliating la kalau dia repeat sebab dia ketua Fasi kot, nanti repeat dengan bebudak yang dia jaga time orientasi! (tapi tahun tu, budak repeat kena repeat kat matrik lain bukan matrik asal, contohnya matrik N9 repeat ke matrik Johor camtu-jaga air muka kalu?)
Kelakarnya, Arif mengamuk kat PM Myspace aku tu dia cakap dia dapat 3 Flat (tak pernah plak aku dengar) pastu yang repeat tu si Lan! Hahahahaha...
...........
Itulah last conversation kitorang. Masing-masing sibuk dengan hidup degree baru.
Niezam sambung UTeM manakala Arif sambung UPM bahagian komputer kot.
Yang buat aku ralat, UPM dengan UKM tempat aku ni dekat je kan. Aku dah add fb dia. Boleh je kalau nak ajak jumpa kat The Mines ke Mid Valley ke. Sama-sama ego atau sama-sama sibuk? Atau dia macam, nanti lah tegur, nanti lah tegur lama-lama makin jauh. We used to be close kot. Herm.
Sampailah tahun 2016 aku dapat tahu pasal kematian Arif. Itupun aku stalk dia punya profil fb. Nampak la gambar dia ada orang post kat wall, gambar dia terlantar. Kurus kering cengkung kesian gila lah. Stalk komen ada yang cakap kena buatan orang lah, sakit jangkitan kuman lah, macam-macam teori. Padahal dia nak covert master dia ke PhD rasanya dia mula jatuh sakit (ini pun baca dari komen-komen)
Dapat tahu je pasal kematian tu, aku terus PM Niezam. Apparently, dia pun lost contact dengan arwah lepas habis matrik.
It's too late dah for me. Nak reconcile apa? Salah silap aku dia ada simpan ke terguris? Kalau dia sambung study overseas, boleh je arrange reunion ke apa bila-bila. He is gone forever!
Semua ni jadi kenangan je lah. Another chance of meeting him is in the hereafter. Semoga kita semua dikurniakan syurga! Dengan rendah hati, aku mohon pembaca untuk sedekahkan pahala bacaan Al Fatihah kepada arwah Arif.
Terima kasih.
Honorable mentions
Roomate arwah Arif pun kenal aku bila aku selalu lepak bilik dia kan. Muaz (schoolmate Shila classmate aku tu), Datuk (sempena nama dia Hishamuddin), Nuar (budak Kelantan depan bilik arwah) yang slow dalam pelajaran tapi gigihlah suruh aku terangkan kat dia terutamanya subjek Maths, roomates Lan yakni Helmi, Fahmi, Mizi, budak depan bilik aku sorang ni apetah jenis kuat belajar sambung medic USM, dia ajar aku cara hafal Kreb's Cycle pakai lagu birthday tapi tak membantu pun, kawan kepada warga H2P9 yang join kelas H2P9 aku macam Sheeda (lecturer UniKL dah sekarang!), Raja (ex Tijah whops!), Nik (teman tapi mesra Pika), dan lain-lain (tak ingat sebenarnya).
7. PASCA KMNS
Moralnya, dalam setahun tu, selain padat dengan belajar silibes laju semua, kenangan semua tu memang padat lah but somehow, we cherished all those moments. I am glad that this matriculation life helped a lot in moulding my next phase of life. I was lucky to be surrounded with nice people and environment during my matriculation's life because I know some of my friends (from other matric) who did not have the privilege of enjoying their times.
Habis matrik, memang masing-masing melepak la sementara tunggu panggilan UPU untuk sambung degree. Sesambil tu, kelas kitorang wujudkan blog okeh! Masa tu mana ada whatsapp group pelbagai untuk update each other! Kaedohnya blog tu jadi macam medium berbalas surat secara digital hahahaha. Tunggu orang ni balas cerita dengan post entri, pastu kita pulak buat entri balas (blast sms setiap ahli password login). Aku online kat cc Chemomoi tu lah nak layan blog tu. Mujurlah zaman tu memang zaman blogging.
Kalau sesiapa gigih nak melayan blog ni silakan lah ye.
Tapi awasssssss tau, level BBNU dalam entri-entri kat blog ni sangat lah tinggi boleh menyebabkan suppp ke otak!
Masa berlalu dan blogging pun makin dilupakan. Masing-masing makin sibuk dengan hidup masing-masing. Update hidup masing-masing though fb dan insta je lah itupun ada yang takde.
...........
Tapi yang menariknya, ada yang bertemu jodoh okay sesama classmate kitorang!
Selamat mendirikan rumah tangga:
1. Fikri + Jijie
Couple ni sejak first semester si Fikri try Jijie. Aku perasan masa satu hari tu Fikri selamba je bagi kad bank dia suruh Jijie withdraw duit kat satu-satunya ATM BSN kat library. Kalau aku memang tak bagi lah kad bank dengan no pin sekali.
Aku tanya Jijie macam mana boleh terima Fikri, ada masa tu Jijie demam, pastu Fikri kemain take care dia belikan ubat, makanan, keep in touch semua. Hahaha. Hamdalah jodoh panjang sampai ke jinjang pelamin. Kahwin lepas masing-masing grad rasanya.
2. Izwan + Aishah
Sem 2 baru dorang berputik cinta dan tanpa segan silu dah Izwan tunjuk dorang ni couple. Tapi dorang macam low profile sesama dorang je. Jodoh panjang walaupun berjauhan masa degree.
Fikri UPM, Jijie UKM kira dekat lah gak kalau nak jumpa. Aishah ni UMT, Izwan UPM medic pulak. Dorang kahwin masa tengah degree lagi rasanya, masa tahun ketiga.
Yang tak selamat mendirikan rumah tangga:
1. Yuyu + Daus
Lebih kepada Yuyu crush kepada Daus je. Kena usik-usik gitu lah tapi tak proceed.
2. Nizam + Pika
Nizma ni kemain la try Pika sejak sem 1 tapi sem 2 Pika couple dengan Nik kenal sama-sama tarian KAKOM. Pernah dengar pasal Nik dengan Nizam bergaduh pasal Pika gak hahahadoi. Jodohnya, Pika kawen dengan orang lain yang dia kenal kat UTeM dah dapat sepasang anak laki perempuan comel dua-dua ikut muka Pika!
...........
It has been 10 years since we all first met entered matriculation! Thats why lah tahun ni aku nak menyelinap masuk KMNS waktu hari pendaftaran pelajar baru, boleh la aku jenguk bilik lama aku tu, dewan kuliah, kelas tutorial, kafe ohhh kafe D paling sedap weh dia punya ayam potong kecik-kecik masak lemak campur kacang panjang dengan talapia masak berlada memang tu alternate lauk aku, yang masak lemak ayam potong kecik tu cepat habis, dan juga nak jenguk lah apa-apa pembaharuan.
Baiklah, sekian dulu lah ye. TIGA (3) hari kot aku ambil masa nak setelkan entri ni!!!! Aku rasa aku dah curahkan banyak dah pengalaman aku ni. Entri ni jadi arkib je lah untuk aku mengenang zaman matrik, lantak lah takde orang nak baca pun! Bukan aku hadap pun readership!*tiiber bitter*
Gambar ramai-ramai kuliah terakhir hari Jumaat
Sekian, terima kasih.
love,
jefri
p/s: hari terakhir kat matrik ada mesej berangkai (forwarded message) yang eksklusif untuk bebudak KMNS lah. Sayuuuuu kot. Ini petikannya:
Assalamualaikum..hi!
Lagi beberapa jam je nak exam..
pas isnin, selase plak..
rabu naseb baek cuti..
boleh rehat cket kn?
Khamis continue bertarung..
jumaat kite dok perang untuk kimia..
rabu naseb baek cuti..
boleh rehat cket kn?
Khamis continue bertarung..
jumaat kite dok perang untuk kimia..
Maka, kul 4 ptg pun tibe..
sume happy je..
bagi yg xapply USM da boleh balik..
sume happy je..
bagi yg xapply USM da boleh balik..
bawa balik semua khazanah..
dari bantal, ke selimut..
shampoo lah..
shower gel la..
berus gigi la
baju2 kuliah!
hehehe..baju guni ko-k tuh..
simpan ler buat kenangan..
jap..buku2 lg..
nota2..
hm..byk kn??
tp xpe..parents dtg amek.
jauh dorg dtg..
sanggup blanja duet minyak utk amek anak..
sanggup korbankan satu hari travel..
kelantan, sarawak,kedah..huish..jauhnye.
before balik kite jumpe kawan buat kali terakhir..
peluk..
cium..
nangis..
gelak...
nangis balik..
kenangan tuh..
tak boleh buang senang2 gitu je..
mcm2 pesanan dipesan kt membe...
jgn lupe kn aku..
klu tukar no,gtaw..
klu kahwin, jemput aku..
hahaaha
klu kite bayang kn..mesti lawak kn?
da naek kete..kite mesej kwn2..
wah! bahagianya da tinggalkan pilah..
sungguh..bahagia sangat...
tapi tu la sbenanye tempat kite kenal diri sebenar kite..
boleh tak hidup ngn elaun 1250 untuk 6bulan?
tak cukup kn?mintak parents..hee
tak cukup gk..
seari mkn sekali jek..
ye laa..nk jimat..
kat sini gak kita kenal ramai org..
dr tmpat yg blom pernah kite jejak..
smpaila ke org kg kite sndiri..
dari yang baik..
ke yg kurang menyenangkan..
tapi xpe..pengalaman..
COBAAN!!
kena tahan..
kat sini jugak kita belajar basuh baju sendiri,,sidai baju..gosok baju.
tu bg yg xpernah dok kt hostel la..
bagi yg xpernah wat kerja..skrag da pro..
then..kenal ngn pakcik prebet la..
aunty prebet yg bwa laju la..
first time outing..
BHOON HWA, UPWELL, KFC..wahwahwah..
agak2 yg da biasa..g ulu bendul..
port dickson..
seremban..
hahaha..kat situlah ramai kantoi dating..
hurm..da kua matriks mana ada cmnie lg..
jap..penuh kan contacts no?
byk betul no prebet..
da boleh stat delete da..
no2 lecturer?
terpulangla..agk2 nanti result gempak nk ucap thanks simpan la..
tak rugi ape pon..
haish..dok bace mesej nie..buku da khatam?
sian otak kite dok perah ilmu
insyaallah segala keringat akan dibayar..
Allah maha adil
kejayaan untuk kita SEMUA!
kejayaan untuk kita SEMUA!