Thursday, May 23, 2013

Satu petang di Kuala Lumpur ....(tajuk lagu takde nak ada kaitan sangat dengan entri ini)

Salam....salam....salam...

Menemui peminat-peminat blogku yang tegar dan tidak henti-henti melangut di sini saban hari, i iz terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih oh, oh, dan oh....*audiens diam lalu Jefri petik kelopak bunga senyap-senyap*

Saya bukan merajuk ke marah ke dendam ke apa-apa dengan dunia blogging cuma saya terlalu sibuk dengan alam nyata saya....well you get some you lose some katanya!

Sesungguhnya pelbagai perkara yang berlaku sepanjang ketidakpenulisan saya di sini. Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa saya kini pelajar tahun akhir pogram Sains Forensik, Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2009 hingga 2013 (takde repeat eh mulut kemain bisa nih!) yang semakin meniti hari-hari terakhir bergelar pelajar ijazah....eceh macam ada sesuatu je nak gitau kan...takpelah next entry! (tak janji!)

Terdetiknya saya menulis semula di ruangan ini bukanlah disebabkan saya mengalami mimpi-mimpi aneh seperti yang diceritakan oleh wartawan Mastika baru-baru ini, tetapi saya nak menulis lah....

Ok, alkisahnya ('Dah agak dah, mesti nak cerita something, kalau tak takde nyeeeee,' laung penonton yang berada di altar atas pentas) saya pergi KL naik motor minggu lepas bla bla bla lepas tu parking motor takde bla bla bla biasalah bla bla bla parking nyelit-nyelit bla-bla bla kena saman y'all oleh DBKL nan permai!

Pastu hari ni baru terdetik nak pergi bayar (baca: seorang Jefri sangat perasan sibuk) sebab takut turun naik mahkamah la pulak kalau tak jelaskan dalam tempoh 2 minggu, cis!

Alkisahnya lagi, berdasarkan kajian kepustakaan yang terdahulu, Soleha Solis (baca: kosmet i memang orang Mexico pun, darah mix Mexico and Javanese gitu) pernah terkono benda ni  maka kujadikannya role model gitu (baca: model yang digolek-golekkan).

Katanya Solis, dia pose cantik catwalk pergi ke balai polis *tut* pastu terus setel. Bayar RM50 jek. Gulp juga la kan orang hujung-hujung sem nak kena bayar benda yang tak dapat hasil....

Pastu pagi tadi dengan hang over (baca: bukan alcoholic), pergilah ke sana, pastu terkebil-kebillah kat situ sebab pegawai (baca: pakai baju kemeja pakcik-pakcik, uniform kau mana hey? ke memang dia bukan polis, keje dia camtu jek?) tu kata bayar kat DBKL lah! Ini bukan KL pebenda tah lagi sambil dia tepuk-tepuk dahi dan hantuk-hantuk kepala kat dinding dan ketuk-ketuk Ramadan dan aku pun berlalulah pergi bagai feather ditiup angin *walhal*

Jadi, i pun stress lah.....Kena bayar juga lah ni guna cara paling mudah selain pergi KL yang kat ceruk mana jin bertendang?. Tepon no kat surat saman tu kata kesalahan i di bawah Kaedah 44: Parking di kawasan siar kaki jadi kompaunnya RM100. Terus i tekup mulut sebab mula-mula ingatkan i langgar orang tanpa disedari sebab RM100 ok....Rupa-rupanya masih kesalahan parking....

Selepas mengunyah beberapa keping biskut dan meneguk air mineral cap Cactus, saya pun pergi lah setelkan guna wang pos kat pejabat pos. Eh, abam kat kaunter pos tadi sangatlah mesra pelanggan! Thumbs up!

Selepas itu saya pos lah guna pos laju walaupun sedar esok cuti hari Wesak, takpelah, sampai minggu depan pun takpelah janji sampai dan tak heret saya ke kandang mahkamah....Tapi....tapi...tapi...sobs sedihnya RM100 melayang (literally) dalam sampul surat tu, sedih je tengok dia berlalu jatuh ke dalam peti kuning pos ekspres (dah la wang pos kena bayar komisyen pos rm1.20 pastu sampul ps ekspres tu rm3!) disertai titisan-titisan embun mewarnai kelopak mawar sutramaya tibaaaaaaaaaaaaa

Maka, kesimpulannya, saya agak sedikit trauma nak parking motor kat KL (saya kena kat belakang SOGO, bangunan CIMB, dekat LRT Bandaraya) dan saya bercadang nak drive thru je nanti kalau nak shopping kat SOGO bawa motor. Nice what?


Love,
Jefri


ps: I couldnt remember when was my last time writing that 'love, jefri' (padahal boleh je tengok history post kat blogger ni kan!)

ps 2: hurm, takdapat hadiah ke lepas bayar kompaun? macam dapat laptop asus baru ke? iphone 5 ke? s4 ke?

ps 3: sedang proses cuba bersabar dan menenangkan hati...insyaAllah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...