Sunday, September 26, 2010

kiri kanan depan belakang. aku bagai cermin.err.



salam..salam..salam..

ini bukan entri lucah.
jangan risau yek. saya belum bernafsu lagi untuk melucahkan blog saya seperti yang saya lakukan pada fb saya...
*oh, kata-kata sundalan, jalang, dan apa-apa aspek pelacuran adalah tidak manis dilafazkan.


ok. tujuan saya untuk menulis entri ini adalah untuk memberitahu :

1. saya busy. mencik! saya busy kerana


1.1 program persatuan-persatuan yang sengaja saya menyibukkan diri.
moral : kalau anda adalah pemalas sp. sila jangan contohi diri.
we r the same species act..


1.2 saya ada kerja sekolah yang tidak pernah habis. menses pun ada gak time dia habis kan.oh, apa kaitan?


1.3 saya juga perasan busy! woha.



2. saya mengantuk.


2.1 saya tidur paling awal pukul 3 pagi. mencik lagi!


2.1.1 saya pun pelik. study ala kadar, tapi surfing yang berkadar-kadar.
tolong, mana-mana pengamal perubatan islam yang boleh bantu!
saya syak saya di bawah pengaruh syaitan laa..


2.1.2 bila saya tidur lambat, so perut ini pinta dilayan. jadi, nafsu buas saya dilayan oleh tak kira perempuan mahupun lelaki yang sudi pergi ke kedai mamak untuk menapaukan saya mi goreng mamak ataupun nasi goreng kampung dan horlick ais atau milo ais. oh, aku keliur!


2.1.3 oh, lupa, saya study di sebuah bilik yang disediakan untuk mesyuarat tapi saya dan rakan-rakan berlainan jantina dan bangsa yang lain tetap menggunakannya seperti kami punya bilik.
sila buat-buat tahu bahawa nama bilik itu adalah bilik seri mayang.



2.2 saya ponteng kelas sebab saya nak top-up tidur!


2.2.1 saya ponteng kelas yang ada kuliah besar jek sebab kebarangkalian untuk kantoi adalah rendah. tapi, baru jek semalam saya ponteng kuliah kecil, subjek khidmat masyarakat.


2.2.2 pernah juga saya ponteng kelas yang ada kuiz mengejut. tapi, saya tak terkejut pun sebab kalau saya pergi pun, bukannya saya boleh jawab dengan jitu dan jaya jusco pun.
eh, saya tak cakap pun itu kelas kimia polimer yang saya tidak suka atau dengan lebih manis, kurang menarik perhatian saya.


2.2.3 maka, saya akan suruh lah sesiapa yang boleh diharapkan untuk membuat saya punya pseudoattendance. kira macam saya pergi kelas secara telepati lah ek...
tapi, tak banyak ah kelas yang ada attendance.
*sila sign up for ukm, sains forensik as your first choice!



3.1 dan sekarang, saya ada di rumah.

3.1 saya tidak busy dengan hal universiti. saya busy on9 dan tengok tv sahaja. sila jeles!

3.2 saya tidak mengantuk sangat. tidur saya sangat tenang ditambah dengan juadah makanan yang sangat best!
*layanan untukku memang spesel since i got in ukm. hehe.
adikku sila gigit jari...


3.3 tapi, saya ponteng kelas lagi. yes, telepatically.(this word doesnt exist k)
sebab saya nak balik esok. esok, ada kelas kul 12pm sampai 5pm.
ah, baik saya pose sleeping beauty kan kat bilik time tu.
*saya dijangka tiba pukul 3pm. bertolak dari stesen bas temerloh pukul 1030am dan diikuti dengan pengangkutan awam seperti lrt, ktm dan mungkin teksi kalau bas ukm lambat sangat.




hmm. ok lah. cukup lah saya mendedahkan kehinaan diri ini..


sob..sob..sob...
*mode : mula nak insaf


sekian dulu, c yaa


love,
jefri



p/s : eh, blog saya tidak lah terlampau femes sampai lecturer saya baca kan???
=p








Thursday, September 23, 2010

me yang updated (not literally)

salam..salam...salam..

isk3.. dah banyak kali aku klik new post..

pastuh klik x.

pastuh x lagi dan lagi.

hmm skang nak serius.!

ok. aku nak update blog.



sebelum itu, mari kita define 'update'

update = mengemas kini peribadi diri dalam blog berkenaan perihal yang ingin diceritakan, diabaikan latar cerita.

ah! apa punya hal!


ok lah. hari ni aku nak cerita pasal busy saya yang menyebabkan saya tak hapdate.

begini....



1. since i got back after raya holiday, saya punya jadual tido berterabor.
jadi saya tak tau bila malam, bila siang? tarikh pun kengkadang blur...

hal ini demikian kerana saya perlu menyiapkan banyak perkara.
izinkan saya menyambungnya di point seterusnya.


2. midsem exam dan quiz. latih tubi tolak tepi.

memandangkan selepas rata ada dua algi midsem dan kuiz-kuiz manja, kena la study untuk mendapat ilham untuk menjawab. siyes, kalu tak baca, memang taktau nak tulis apa.

but then, i feel so grateful gor it. it taught me many things.
~oh, sentences di atas sangat takde kaitan.

aku suka soklan objektif jek sebab kalau blank, bleh tembak mengikut pola jawapan. agak-agak macam banyak a, kurang b. tanda b. sampai aku menemui kesaramarataan. (huh?)

tapi yang tak bestnya, kalau salah, kompem salah. kalau betul, betullah.


then, kalau soklan esei, kalau tahu, memang berasap la kertas tuh aku conteng.
tapi, kalau tak..hmmm

tapi, leh gak harapan dapat markah kesian or dakwat pen. kan.

entah lah.



3. program.

banyak program nih. saje jek kan cari pasal. isk3.




eh, ada keje r nak wat.


taa.



sekian dulu.


love,
jefri

p/s : ponteng kelas sebab nak tidur sebab lama sangat stay up! oh, itu aku. kini. -_-'



Thursday, September 16, 2010

happy rayalicious...~

salam..salam..salam..

apa khabar gemuk-gemuk sekalian?
isk ngaku jek...


ok.
hmm..raya taun ni, aku puas ati.
coz semua berlari dengan lancar.

marathon kot.

tak sedar-sedar dah nak balik ukm.
kengkawan pun yang lain da mula balik.


hm. part ni yang tak best. rasa cam ape tah.

kekosongan tau tak? jiwa kacau. tenses.

*pegi amek wudhu'. wirid, baca quran! --terdengar suara dari backstage.
oh, aku terdiam.


hmm.

ok lah. untuk musim raya ni, aku nak ulas beberapa perkara.

pertama : iklan bertemakan raya.

setakat ni (ada lagi ke nak kuar iklan raya?) iklan-iklan semua GAGAL menarik jiwaku.
oh, dah la tv3 suku bermula dengan iklan kontrobasi, then company lain is tryin too hard ok untuk produce samting yang yasmin-friendly-user-marketability (tah ape ni?)

nak wat cam sedih laa..tapi.....meh sini aku jerit kuat-kuat...

NON HADOO..!!!


isk3. keji sungguh aku. cube aku yang wat iklan.


*err..iklan-iklan raya 2010 sila tengok di youtube. yang tv3suku dah banned.sor
i.



kedua : amalan permakanan.


sangat sadis ok. saya makan dengan gajahnya or in my word : elephanictrifying.
last berbuka e2, ada tahlil kat kampung, makanan semua rendang. tukang masak jek yang lain.
sangat meriah! best kerna kenyang! gila balun weh...

*makanan dimasak oleh tiap-tiap anggota keluarga dan dikongsi beramai-ramai. it is called in my word as sharibialitism.


tak habes ngan tuh. besoknya raya. sebelum solat sunat aidilfitri, makan r kan. hukum sunat tuh. tapi kalau dah makan sampai imam ngah baca surah lazim bila sampai masjid tuh memang dah kira luar biasa sarapan kan.??? ^^

pastuh kan, solat kat atas tar jek. aku terpaksa merentap sejadah jemaah sebelah, walau kutahu dirinya sentap. aku minta maap dalam hati. selamat hari raya!

pastuh, pegi solat jumaat. eh, aku duk saf keempat dari imam.
ini sudah pelik. tolak tambah faktor jemaah perempuan takde tambah ada lelaki yang tetiba uzur
syarie atau ramai dah mula bermusafir raya, so, aku reda.

*eh, nak cari abang yang aku rentap sejdahnya sehingga jiwanya tersentap, tak ingat plak wajahnya.


pastuh, marathon raya. dan malam itu jua aku marathon ke jambannn..



ketiga : duit raya

taun ni. semakin tak meriah duit raya. nak pegi beraya rasa malas. nak drive dari rumah ke rumah, rasa macam kurang melayunya. nak mintak-mintak, rasa cam dapat pelempang. oleh sebab faktor fizikal, jasmani dan mental...aku reda dan cuma menadah impian dan menaruh harapan...
*lagu zaeton sameon berkumandang.

pastuh, ada budak beraya datang beraya.
sayup-sayup dengar bunyi salam dah dapat detect, ni suara materialistik!
dasar raya keempat pun gigih nak cari duit raya!

konklusinya, aku bagi 50sen sorang.
walaupun mak aku suh bagi sorang rm1...
eh, tuh banyak tu wei...
raya keempat patut bagi 5sen jek yang kaler emas2 gangsa itu.
huh!
*istigfar weh!


keempat : rumah terbuka

eh, rumah saya buat. tapi yang tak berapa nak terbuka.
menu adalah laksa, bihun goreng, kuih raya dan kek-kek yang rata-rata saya yang beria buat.
penat woo. persediaan mental selama 2hari mana kala fizikal 7jam.

terima kasih la kepada semua hadirin yang sudi datang
yang rata-ratanya selebriti bloggers (wow!), rakan-rakan,
dan saudara mara yang kenal maupun tidak kenal sangat...=)


pastuh, saya jua pergi ke rumah terbuka orang lain yang juga tidak berapa nak terbuka.

*rumah tak berapa nak terbuka = just makan2.takde artis, PA system lagu raya, khemah kahwin maupun bunga telur?


terima kasih la kepada semua tuan rumah yang tak berapa nak terbuka yang berjaya meng-elephanatizing diri ini..

kelima, keenam dan seterusnya.. sila tambah sendiri ok. malas nak layan ok!


eh, mengakhiri entri ini,

sila nikmati pics saya yang juga malas nak buh banyak-banyak.


............


eh jap. dah dua hari entri ni terperap coz nak tunggu pic leh uploaded.
tapi still, stuck. mencik!

tapi..hmm.

lain entri la ek.
insyaAllah..




sekian dulu.. c yaa



love,
jefri




p/s : puasa enam. hmmm....insyaAllah..=)




Friday, September 10, 2010

salam lebaran..^^



sementara menunggu daging beger, sosej ngan apetah lagi makanan digoreng yang tinggi kolestrol,
tidak baik untuk kesihatan itu siap digoreng...



salam...salam...salam...


wargh. sudah satu syawal weh.
sape puasa ri ni?? sape?
sah, korang yang puasa ni dapat dosa free.
haha. suruh makan jek pun. haha.
*isk tak baik r gelakkan dosa orang! tadi kan baru minta maaf, neng yatimah ratu-raja nangis bagai...



eh, jap ek.. dah mula ada bau la gorenganku itu.




...............



ceit! bau hangit. rentung. takpe.


..........


erk. alhamdulillah.

eh, lampu ni nape malap-malap manja?


letrik makin takde ni.
cepat-cepat update blog!



ok. sebenarnya,
sempena bulan syawal ini,
kita pun baru habis puasa sebulan bagi yang mampu,

saya nak ucapkan :

eh, cam penah tengok...header blog lah!

a very very happy eid raya. selamat hari raya. maafkanlah atas keterlanjuran diri ini di alam nyata mahupun di alam maya. semua yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kekhilafan diri ini...

*pose kesat air mata...




ok lah. sekian dulu. c yaa...


love,
jefri



p/s : eh, malam raya pertama ni pun ada perang mercun lagi? mari meletupkan duit!
p/s lagi : eh, jap nak jemput semua datang rumah raya keempat ek. insyaAllah.
nak paksa mak saya masak laksa...

Thursday, September 9, 2010

atas talian kini di sini.

salam..salam...salam..


ehem..ehem..dan ehem...

hehe. saya sedang beron9 di rumah.


segala usaha,perjuangan saya untuk meletak seketul batu yang berkedip-kedip yang mampu mengeluarkan sinaran komunikasi antara semesta, nyata berjaya!
a.k.a saya udah punya streamyx 1mbp di rumah!



hoyeah!

pergh ai. halangan dia giler berlambak. meh aku citer :


1. nak gi amek borang jat tmpoint kajang. time ni dalam ujung bulan 0gos.??
pastuh, rupenye baru kutahu untuk bulan puasa, tmpoint tutup 430pm instead of 530pm.
dan aku sampai kul 4.32. cis!



2. aku berlegar-legar. berkat puasa, aku kurang mencarut.
eh, jap. pintu terbuka.ada customer yang punya delayed business keluar. hiihee.
aku mintak kat jaga yang bukak pintu, ceh kekwat tamau bagi aku masuk.
then, ada supervisor ke ape tah aku cepat2 panggil mintak borang. dapat!


3. esoknya, kena hantar ke HEP ukm sebab nak sahkan yang aku ni student ukm sebab aku amek student package. eh, wah..wah..dan wah...borang tu berlambak kat laci tu! haiz.


4. call mak mintak poskan segala bil sebab tm nak wat apetah. haiz.
tergesa-gesa mak i posekspreskan walaupun dua hari baru sampai.
*tulis jek ukm sehari kompem sampai, namun...non hado!


5. submit semua borang dan semua yang dimintak.
"eh, kat chemomoi (kawasan umahku) ni line tak bape nak ok lah.
amek masa sikit."

"hmm..paling lama?"

"seminggu." pegawai itu membalas dengan senyuman yang dibalas jua dengan kucupan eh dosa, senyuman...

.............



dekat dua minggu baru sampai.



6. kelmarin, technician datang. install semua ah. pastuh, cakap esok (hari ni) baru ada line.



7. line ada. pastuh, nape tak leh connect? ngan manual guide yang sangat ^&*()_)(*&^%$
mencik lah! col dekat 2,3 orang technician. last answer yang paling best,
"eh, awak kena cari sendiri orang yang pandai komputer nih. "
"eh, eh, dan eh!"



8. fuh. nasib baik shafiq ngan aiman datang tolong tengok. shafiq la yang godek-godek sampai anda berjaya membaca ini entri. tepukan buat mereka!


9. esok......dan mendatang? insyaAllah ok.



k lah sekian dulu. c yaa




love,
jefri



p/s : "eh, nape tak wat entri khas raya?"
"ah, aku penat baru sampai dari ukm kot petang tadi!"





Saturday, September 4, 2010

suatu malam itu. oh!

terjagaku dari tidur yang lena..
melangkah malas menuju jendela
kabus menyelubungi subuh
mengimbas segala kenangan yang lalu..


salam..salam..salam..

eh, lagu gemilang, ella berkumandang?
*sila beryutube sendirik kalu mau tau lagu itu.

aduh. memang kok saya baru bangun tidur.
fenin-feni itu kepala.




oleh itu, suka la saya nak berpesan kepada kalian,

janganla amalkan tidak tidur semata-mata untuk cuma berjimba dan berhoo haa

hahaha.tapi best!


betul...



.........


"non hadoo la engko ni, markovnikov nagn saytzef rule pun x ingat"
"siyes wei, aku memang kena mula dari kosong.."
"ok..ok..camni...bla..bla..bla..bla dan bla.."


"wei, cane mechanism ni wei?"
"camni..camni..camni..dan camni.."


beberapa jam sebelum itu




.........


pukul 2.00am


"wah. dah habes baca. tapi tak kompiden nak jawab sok.cane?" aku bermonolog.

"weh, ko bila nak balik?" soal soleha.
"jap agi ah...dalam dua tiga minit nanti," aku membalas sambil pekena air kopi yang serbuk kopinya diimport dari india, menurut kawanku itu, jeya.

...........



pukul 3.ooam.

"wah, segar kot pale otak aku. pasal kopi ke pasal gosip?"
*bila masa pulak bergusip??? tak bek tau.puasa nih..~

"ah, aku ngantuk, pasang mp3 ko wei. nak lagu kasih kekasih.lama tak dengar."
pinta si katak, eh, solehah......


si rumput pun membuka folder beliau....

nota : rumput adalah nama manja saya yang sangat tak komersil kan?
katak pula nama manja solehah yang sangat catchy, kan?




............



pukul 3.50am

"non hadoo la engko ni, markovnikov nagn saytzef rule pun x ingat"
"siyes wei, aku memang kena mula dari kosong.."
"ok..ok..camni...bla..bla..bla..bla dan bla.."


"wei, cane mechanism ni wei?"
"camni..camni..camni..dan camni.."



.............



setinggi seluas gunung dan lautan
sejuta harapan dipertaruhkan
beronak berliku jalan kulalui
selagi berupaya kuteruskan

alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
di dalam keberanian terusik jua perasaan......



aku menyanyikan bait-bait lirik lagu itu tanpa disedari olehku,
solehah turut menyanyikannya dengan patah liriknya sendiri.


azhar masuk dan turut menggerakkan bibir bersama-sama menyanyikannya, namun dia keluar semula dari bik study itu.



*sape azhar n solehah itu? nape nama mereka disebut-sebut dalam blog jepree yang jarang menampilkan nama-nama budak lain selain dirinya sendiri kerana berpegang dengan konsep, ini blog jepree.so, kisah jepree jek lah.
**jepree menjawab, u see the 'jarang' word? jarang means, there'll be a time to do something that isnt usual. jarang doesnt mean 'never' at all, right?

***eh, nak kenal r ngan mereka.
****alah, cam xkenal jek??? eh, betul xkenal? gi bukak fb aku --->
then cari fren nama solehah azman ngan rocky perisa chekellete




.....lagu bungaku bakawali berkumandang......


"weh, pasang balik wei,ko jangan nyanyi sekali"
pinta solehah yang sememangnya takkan kuturuti.

"aku nyanyi nih then aku google lirik.
leh nyanyi sekali. ingat aku hapal ke lirik2 nih?
selama ni aku taram jah.."



"oh, tengok sekali.."


dan sekali itu bertukar dua kali..tiga kali ..empat kali ..lima kali..
dan sehingga penulis tidak ingat sudah berapi kali agaknya yaa...


oh, azhar masuk kembali dan acara nyanyian trio bermula,
seakan gangstarz versi mantap-gila-babeng-dan-tipulah-hihi



.........


pukul 5am something.


bersahur bersama warga emas eh bukan. bersahur bersama-sama...

sambil jua meyoutube...


.........


subuh di surau-sebelah jek ngan bilik study itu.

habis subuh, semua terjelopok.
study? yiiii haaaa...


............



pukul 9am-1130am.

mid sem organik chem bermula...

"adoi.!"



............





selepas terloncat-loncat di bus stop dan tak tentu hala merapu,
saya balik tidur tanpa disedari sudah pukul 4pm baru saya bangun.


oh, sayalah sleeping handsome yang paling meriah. eh?




hmmm. ok lah..sekian dulu,
masih mamai lagi ini.



love,
jefri


hohoho



hihihi hahaha..


eh, sorry.

sekian dulu.


love,
jefri



p/s : isnin ni mid sem pathology. lagi best kot preparation of study nya kan? mari beryoutube guys....=))))

vengang? bengang lah ngang oi.the-tah-pape-entri


Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri



oh, lirik lagu itu takde kaitan ngan VENGANG pun sebebnarnya kan?
sesungguhnya the lyricist xtau makna sebenar vengang.
dont u?


ehem..ehem..ehem...


salam..salam..salam..


hari ini, saya bangun awal sikit daripada cuti biasa.
nak pergi kampus kl, kul sebelas dah kena tunggu bas.

oh, ya. this session, i am the new class rep.

so, segala hal-hal kekelasan adalah di bawah amanah saya.
ok, uruskan bas is one of them.

haiyoo, yang bengangnya,
dah lama tunggu (3minit jek pun)

pastuh call driver, leh cakap dia kat dectar.
memang kalau aku tak col, tak datang lah.

nota : dectar-kolej saya = 350meter.hmm.ntah la.dtg ukur sendirik ek.


ok. tapi itu tidak lah vengang sangat.

sesampainya saya di kampus kl.
oh, saya merayau-rayau dulu sementara menunggu waktu ke masjid.

meriah gak ek chow kit ngan sambutan raya.

pastuh, apa yang vengangnya?
takde apa.......

ok teruskan.

pastuh, saya pergi solat jumaat.
di masjid.


ok.


tensen tau solat kat satu sudut yang sempit dan tidak selesa.
saya dah la kerengga.

menciks.

eh jap. kat longkang kampus kl tadi kan, saya nampak ikan tilapia..
longkang dia jernih sikit jek dari sungai klang.


isk3.


ok. sambung balik pasal vengang.


ehmm..vengang pasal ape jek.

takde ape lah.


eh, jap.

tadi time otw balik dari kl ke bangi,
jalan raya sangat penuh dengan kaya dan jem nenas.

pastuh sebagai pemandu baru,
saya sangat terpegun melihat cara pemanduan orang kl.
orang kl ke dorang? ntah.

pastuh, saya turun dari bas.
saya terhantuk tv bas itu.
nota :saya naik bas kecik yang macam coaster itu.

pastuh, apa yang vengangnya?

haa..tm nih.
cakap nak pasang streamyx kat umah i this friday, paling lambat.

menciks tau.


ok lah.

sekarang saya nak wat list my wishing-azam-nekad for this sem.

1. dapatkan for at least ONE A for chemistry subject.
nota : haish. nape liat sangat nak dapat a ek? paling best pun b+. paling teruk c. memang teruk pun. isk!!! dulu kemain minat. skang..haizzzz....

umm.. dah r. satu jek kot.
lain kali rasa nak tulis, saya tulis ek.



dah r. jam menunjukkan pukul 315am.
saya pun xtau ape yang saya update nih.


korang yang baca entri ni vengang x?

kalau x, hmm. marilah menyanyi lagu bengang itu.


eh, jap. aku tak pernah teringin/nak/akan hafal algu bengang ini ok.

akim af7? so-not-me.
i layan ahmad jais ngan saripah hapsah eh saripah aini jek...taa




love,
jefri



p/s : eh, esok mid sem organic chem lah. patutlah entri ini camni...*terdengar suara dari backstage.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...